Saya masih kurang jelas mengenai kisah Adam seperti di dalam surah Al-Baqarah. Mulanya Allah memberitahu malaikat yang Allah akan mencipta khalifah atas bumi. Kemudian Allah menyuruh Adam 'tinggal di dalam syurga dan makanlah buah-buahan di dalamnya' (seperti maksud ayat Quran). Kenapakah Nabi Adam tidak ditempatkan di atas dunia terus untuk menjadi khalifah, tetapi sebaliknya diperintahkan oleh Allah supaya ia duduk di dalam syurga, sehinggalah kemudian Syaitan menggoda ia supaya memakan buah yang terlarang. Atau adakah perkataan `syurga' (jannah) di dalam kes ini merujuk kepada Taman (paradise) di atas dunia? Boleh tolong jelaskan.
Sumber Rujukan Islam Anda..
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2299 : KELIRU MENGENAI KISAH NABI ADAM AS
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih dan syabas kepada Saudara Belut Pisang daripada U.K yang mempunyai keperihatinan mengenai selok-belok pengajian Islam .
Kita akan menumpukan kepada 2 titik utama daripada soalan saudara demi meleraikan kekeliruan saudara , iaitu :
1 – Mengapakah tidak diciptakan terus Nabi Adam a.s sebagai Khalifah di atas muka bumi , mengapakah perlu ditunggu sehingga dikeluarkan daripada syurga akibat pujukan syaitan yang menggodanya dan isterinya , Saidatina Hawa’ a.s agar makan buah terlarang itu ? .
2 – Di manakah syurga yang pernah di duduki oleh kedua-dua datuk-nenek kita itu ? . Adakah ianya syurga yang bakal kita diami kelak di Hari Akhirat ataupun ia adalah satu taman yang begitu indah laksana syurga di atas muka bumi ini ? .
JAWAPAN KAMI : [/b]
1 – Kisah mengenai kedua-dua orang datuk-nenek kita yang tercinta ini boleh saudara-saudari ikuti di dalam Surah al-Baqarah , ayat 30 – 38 .
Adapun mengenai mengapakah tidak diciptakan terus Baginda Nabi Adam a.s sebagai khalifah di atas muka bumi ini dan mengapakah mesti menungguh sehingga dikeluarkan daripada syurga akibat godaan Iblis L’A ~ Maka jawapan sebenarnya hanya Allah Ta’ala sahajalah yang lebih mengetahuinya .
Cuma yang ada hanyalah pandangan-pandangan manusia mengenai “ MENGAPA “ itu , yang boleh jadi sahaja betul , ataupun tidak .
Namun , kalau kita terus-menerus berfikir “ mengapa “ dan “ kenapa “ , tidak mustahil nanti kita akan bertanya-tanya pula :
A – Mengapakah ditaqdirkan Baginda Nabi Adam a.s memakan buah terlarang itu ? . Bukankah lebih baik Baginda Nabi Adam a.s itu ditaqdirkan tidak memakannya sehingga tidak ada seorang pun manusia yang berasal daripadanya a.s terkeluar daripada syurga yang indah rupawan itu ? .
B – Mengapakah ditaqdirkan Iblis L.’A menjadi musuh terutama bagi manusia ? . Bukankah lebih baik dia menjadi sebagai asalnya sehingga tidak ada manusia yang menderhakai Allah Ta’ala dan sehingga manusia kesemuanya menjadi orang-orang yang baik ? .
C – Mengapakah ditaqdirkan Iblis L.’A mampu menggoda dan menyesatkan manusia ? . Bukankah lebih baik dia tidak diberi kemampuan itu sehingga tidak wujud manusia-manusia yang bertuhankan dia ataupun bertuhankan hawa-nafsu ? .
E – Mengapakah pula dicipta neraka ? . Bukankah lebih baik jika ianya tiada sehingga tidaklah ada bakal-bakal penghuninya yang diketuai oleh Iblis L.’A dan syaitan-syaitan daripada kalangan jin dan manusia ? .
F - Mengapa ada yang mati disebabkan accident dan ada juga yang tidak mengalamani apa-apa disebabkan accident ? .
LIHAT DAN PERHATIKAN BAIK-BAIK WAHAI SAUDARAKU ! . :deal
Kedua-dua perkataan “ MENGAPAKAH “ dan “ BUKANKAH LEBIH BAIK “ itu terhasil sebagai natijah ( keputusan ) permainan soal-jawab dan teka-teki di antara kita dengan diri kita sendiri dan kedua-duanya menunjukkan betapa masih banyak lagi perkara yang tidak dapat difahami oleh akal kita yang dangkal ini , sama seperti masih banyak lagi permasalahan kehidupan dan ilmu-ilmu yang masih belum dapat disingkap oleh akal kita .
Jawapan yang tepat dan betul 100 % bagi “ MENGAPA “ itu sendiri masih dicari-cari tidaklah menyebabkan kita terasa hina kenapa masih banyak lagi teori dan persoalan yang kita hadapi sehari-hari semuanya berpaksi di atas “ MENGAPA “ .
Mengapa ada dua orang yang sama-sama mendapat gaji yang sama banyak tetapi berlainan pula kesenangan dan kesusahan hidupnya ? .
Mengapa ada manusia yang makan sama banyak tetapi ada yang gemuk dan ada pula yang kurus ? .
Mengapa ada manusia yang sempurna anggotanya dan ada pula yang cacat ? . Mengapakah tidak dijadikan mereka itu semuanya setaraf dan sempurna belaka anggota tubuhnya ? .
Mengapa pula ada manusia yang beriman dan ada pula yang engkar ? . Mengapakah tidak mereka itu dijadikan sama sahaja sebagai orang-orang yang beriman agar aman dan tenteram alam ini ? .
Kita boleh sahaja memberikan jawapan dengan mengemukakan 1001 sebab-musabab bagi persoalan-persoalan di atas ( sama ada dari sudut agama ataupun sains ) , namun sebab yang paling utama dan yang paling tepat hanyalah diketahui oleh Allah Ta’ala .
Begitulah juga kita tidak menemui jawapan yang menerangkan secara terperinci mengapakah perlu ditunggu sampai ada kes ( makan buah terlarang ) barulah Nabi Adam a.s dikeluarkan drp syurga dan barulah dilantik sebagai khalifah di atas muka bumi ini ? .
Kita boleh mengemukakan beberapa sebab di sebalik kejadian kisah itu , namun sebab yang paling utama dan yang paling tepat dan benar hanyalah diketahui oleh Allah Ta’ala selaku Tuhan yang telah mencipta segala-galanya .
Dan kita juga tidak menolak pandangan para ulama’ rh yang memberikan pandangan ( sebab-musabab ) mereka mengenai kisah ini dengan kata mereka : “ Baginda Nabi Adam a.s dilantik selepas kejadian memakan buah terlarang itu sebagai memenuhi janji Allah Ta’ala yang telah berjanji di hadapan Para Malaikat a.s bahawa Nabi Adam a.s dicipta sebagai pentadbir dan penguasa ( khalifah ) di atas muka bumi ini “. [ Rujuk ayat 30 – 33 , Surah al-Baqarah ] .
Adapun perkataan “ BUKANKAH LEBIH BAIK ? “ itu hanyalah menurut pandangan kita walhal belum tentu apa yang kita fikirkan itu betul-betul sesuai dengan kehendak Ilahi .
Perkataan “ BUKANKAH LEBIH BAIK ? “ itu juga tidak lain dan tidak bukan hanyalah menunjukkan betapa lemahnya akal kita di dalam memahami semua persoalan . Kerana itulah diberikan kepada kita panduan wahyu melalui Al-Quranul Karim dan As-Sunnah demi menampung kelemahan dan kedangkalan akal fikiran kita .
Kerana itulah tidak salah jika kita menjawab : “ SEMUANYA ITU ADALAH SURATAN ILAHI ( TAQDIR ALLAH TA’ALA ) YANG MANA SEBAB-MUSABAB YANG SEBENARNYA HANYALAH ALLAH TA’ALA YANG MENGETAHUINYA “ .
Orang-orang yang beriman , walaupun dengan saki-baki iman di dalam dadanya , tidak akan merasa sulit dan susah untuk menerima jawapan yang disandarkan kepada “ TAQDIR “ .
Manakala kaum Atheis , Komunis dan Mulhid , sudah tentulah mereka bersusah-payah untuk tidak mempercayai akan taqdir ini lantaran mereka sendiri telah cuba memaksa diri mereka agar tidak percaya kepada kewujudan Allah Ta’ala .
*************************************************
2 – Di manakah syurga yang pernah di duduki oleh kedua-dua datuk-nenek kita itu ? . Adakah ianya syurga yang bakal kita diami kelak di Hari Akhirat ataupun ia adalah satu taman yang begitu indah laksana syurga di atas muka bumi ini ? .
Soalan ini sebenarnya merupakan mata-rantai dan sambungan daripada topik yang pernah hangat diperbincangkan di kalangan para ulama’ rh di zaman silam .
Segolongan ulama’ rh mengatakan bahawa syurga itu adalah syurga yang bakal kita diami di hari akhirat kelak dan golongan ini memberikan berbagai dalil yang menyokong pandangan mereka itu .
Segolongan lagi pula mengatakan syurga itu bukanlah syurga hari akhirat , akan tetapi ialah adalah satu taman terindah yang dicipta di atas muka bumi ini dan golongan ini juga mengemukakan berbagai dalil yang menyokong pendapat mereka .
Sebenarnya , tidaklah penting untuk kita bicarakan topik ini dan amatlah tidak berfaedah jika hanya disebabkan perkara ini umat Islam berbalah dan bertelagah sampai saling cela-mencela sesama sendiri .
Perkara ini bukanlah perkara Usul ‘Aqidah yang menyebabkan kita boleh mencela dan menyesatkan golongan yang tidak berpandangan dengan pandangan kita dan topik ini juga bukanlah perkara yang menyebabkan seseorang boleh masuk syurga hanya dengan mengetahui hal tersebut dan ia juga bukanlah faktor utama yang boleh menyebabkan seseorang yang tidak mengetahuinya akan masuk neraka .
Hati-Hati ! , Tidak sedikit di kalangan umat Islam yang meminati kisah-kisah Para Anbiya’ a.s “ terkena “ dan “ diumpan “ oleh buah fikiran para orientalis Yahudi dan Kristian . Termasuklah kisah syurga Baginda Nabi Adam a.s dan kesalahan utama yang konon-kononnya berpunca daripada Saidatina Hawa’ a.s . Bible [ Genesis / Kejadian / ÓÝÑ ÇáÊßæíä ] Fasal ke-3 & ke-4 yang menjadi aqidah utama Yahudi dan Kristian tidak segan-silu cuba mengeksploitasi kisah tersebut agardilihat bahawa Saidatina Hawa’ a.s adalah punca manusia ini dihalau keluar daripada syurga dan sekaligus sebagai punca kejahatan , sehinggakan menurut Bible tatkala Tuhan mengherdik Nabi Adam a.s dan bertanya apakah sebabnya Baginda a.s memakan buah larangan itu , Baginda a.s pun menjawab : “ It was not my fault , Eve persuaded me “ ( Bukan aku yang bersalah tetapi Hawa lah yang telah memujukku ) .
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
****************************************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1- FATAWA MU’ASIRAH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Jilid 2 , Halaman : 249 [ Lihat juga ms 173 ]
Terbitan : Darul Qalam , Kaherah .
2 - YASALUNAK FID DIN WAL HAYAH
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Ahmad Asy-Syarabasi ( rh )
Vol : 4 , Halaman 120 / Vol : 6 . Halaman 432
Darul Jil , Beirut
3 – AHSANUL KALAM FIL al-FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha )
[ Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa AL-Azhar ]
Jilid 6 , Halaman : 71 – 73
Darul al-Ghad al-‘Arabi
4 – THE CHILDREN’S BIBLE IN 365 STORIES
Halaman : 13-14
Lion Publishing plc
Oxford , England
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
22 / Dzulhijjah / 1423 H
23/ Febuari / 2003 M
AHAD – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum