[Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Ilhaq al-nazhir bi Nazhirih

Primary tabs

Sebelum ini Dr Izrail menyatakan, berdasarkan kaedah Usul Feqh "Lafaz mutlak ini berkekalan sehingga ada dalil lain yg mentaqyidkannya." Jadi bila Allah berfirman "sebutlah nama Tuhanmu.." tak bolehlah ditaqyidkan hanya kepada tasbih, takbir, tahmid sahaja. Jadi berzikir dengan menyebut Allah.. Allah.. juga termasuk di bawah maksud "sebutlah nama Tuhanmu.."

Kali ini, kita lihat apa jawapan Ustaz Abu Umair terhadap permasalahan di atas.



Abu_Umair - Nov 03, 2007 - 10:35 AM
Post subject:


izrail wrote:

Quote:

Quote:
1- Suruhan Allah SWT supaya sentiasa menyebut namaNya seperti dalam FirmanNya (76:25):

"Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang." وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

Ayat ini sama dengan ayat:

Ertinya: "Makanlah (haiwan sembelihan) yang disebut nama Allah di atasnya". وكلوا مما ذكر اسم الله عليه
(Al-An'aam: 118)

Menyebut nama Allah di dalam ayat ini, bukannya menyebut "Allah" sahaja, atau "Allah, Allah" sewaktu sembelih. Tetapi menyebut kalam yang memberi makna iaitu: "Bismillah".

Maka, tentang zikirlah nama Allah, mestilah juga dengan kalam yang sempurna, seperti lafaz2 tasbih, takbir, tahmid dll yg diajar dan diamal oleh Rasulullah SAW

Kalau ikut kaedah usul fiqh, "sebutlah nama Tuhanmu" adalah lafaz mutlak kepada semua sebutan nama-nama Allah SWT. Lafaz mutlak ini berkekalan sehingga ada dalil lain yg mentaqyidkannya.

Dalil Surah Al-An'aam: 118, tidak mentaqyidkan lafaz mutlak tersebut kerana ia suruhan supaya Makan apa yang disebut nama Allah di atasnya, dan ayat Surah al-Insan:25 pula suruhan mengingati Allah SWT. Ulama Usul tidak menerima taqyid yg berbeza sebab dan hukum antara dua dalil.

Dan taqyid "sebutlah nama Tuhanmu" hanya kepada tasbih, takbir, tahmid juga tidak tepat kerana konteks dan cara mengingati Allah SWT lebih luas daripada itu. Bahkan terdapat ayat Al-Quran yg membezakan antara perbuatan mengingati Allah dan bertasbih.

Wallahu a3lam

- ana tidak bermaksud takqyid mutlaq, tapi bermaksud: "Ilhaq al-nazhir bi Nazhirih".

- ditafsirkan juga ayat dalam surah al-Insan, dengan makna solat. Maka kaedah dalam Usul Tafsir: Tafasir al-Salaf yuhtakam ilaiha, La Alaiha. iaitu tafsiran para salaf hendaklah diputuskan kepadanya (diambil), bukan diputuskan ke atasnya.

- Ayat ini juga sama dengan ayat al-Muzzammil: 8 iaitu: "Dan sebutlah nama Tuhanmu dan beribadahlah kepadanya dengan penuh ketekunan". Ayat ini juga tidak ditafsirkan oleh salaf dengan menyebut "Allah, Allah" sebagai zikir. Tetapi ditafsirkan dengan berdoa dengan menyebut nama-nama Allah.