SJ-2348: Puasa Sunat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2348: Puasa Sunat

Assalamualaikum…

Kita ketahui bahawa Rasulullah S.A.W. sering menunaikan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Jumaat… Soalannya… selain daripada itu… bolehkah kita berpuasa sunat jugak…. Sebab saya ada mendengar sesetengah orang berkata… “kalau nak berpuasa sunat, tak semestinya Isnin dan Khamis jer… hari-hari pun takpe….” Bukankah setiap ibadah yang kita ingin laksanakan adalah berpandukan kepada Nabi… maka, jikalau kita mendapati tidak melakukan sedemikian… maka bukankah kita tidak boleh menambah-nambah dalam permasalahan agama?

Re: SJ-2348: Puasa Sunat

Jawab:

Puasa-puasa sunat ni namanya sunat yakni mencontohi Nabi saw sebagai Utusan Allah swt yg diberi hak mutlak menteladani manusia. Antaranya:
1. Puasa enam hari bulan syawal
2. Puasa bulan Muharam, mu'aqqad pada 10 Muharram, juga sehari sebelum atau selepasnya
3. Puasa sebahagian besar Sya'ban
4. Puasa bulan2 suci (Z'kaedah, Z'h'jjah, Muharram dan Rejab
5. Puasa Isnin-Khamis
6. Puasa bulan putih setiap bulan (13-14-15 haribulan)
7. Puasa Daud AS: selang seli (sehari puasa dan sehari tidak puasa)
Memilih sendiri2 hari2 utk berpuasa tanpa ingin mengikuti sunnah petanda bodoh dan ingkar. WA