JH-MANHAJ-008- KENAPA PERLU ADA MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN?

Primary tabs

* seperti yang sedia dimaklumi, tulisan dalam kategori ini adalah khusus untuk sahabat-sahabat yang berminat untuk mendalami tentang metodologi kajian hadith.

Kali ini bahan yang dicadangkan sebagai bacaan berkaitan isu al-Mutaqaddimun dan al-Mutaakhirun adalah hasil tulisan dua orang pensyarah daripada Universiti Umm al-Qura, Makkah iaitu : Dr. Ibrahim al-Laahim dan juga Dr. Al-Syarif Hatim al-Auni. Tulisan ini dipetik daripada satu perbincangan panjang di dalam laman web Multaqa Ahl al-Hadeeth (www.ahlalhdeeth.com).

Semoga bahan bacaan kali ini (yang lebih ringkas dan padat, hanya 8 muka surat) dapat dibaca, difahami dan direnungi bersama terutama oleh sahabat-sahabat yang ingin tahu isu kajian ini.

Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan gambaran kasar tentang apa itu manhaj al-Mutaqaddimun dan kenapa ia amat penting dalam kajian hadith moden.

Mungkin bahan bacaan yang diberi sebelum ini agak panjang, maka kali ini diberikan pula bahan bacaan yang lebih ringkas berbentuk isi penting yang boleh dihuraikan lagi dalam tulisan lain. Sekurang-kurangnya sahabat-sahabat yang berminat tidak lagi keliru tentang apakah maksud seruan ke arah manhaj al-Mutaqaddimun ini, insya Allah.

Berikut adalah tautan untuk muat turun tulisan yang ringkas dan padat daripada dua orang pensyarah hadith ini:

http://www.4shared.com/file/87949069/c7b900ee/Dua_Artikel_Tentang_Mutaqaddimin.html

selamat membaca!

 

alitantawi