SJ – 2376 : ERTI HADIS " GOLONGAN YANG MASUK SYURGA TANPA DI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2376 : ERTI HADIS " GOLONGAN YANG MASUK SYURGA TANPA DI

Assalamualaikum,

Saya ada berjumpa satu hadith tentang orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab amalannya iaitu:

Jibrail berkata: “Mereka itu adalah umat kamu seramai 70,000 yang tidak akan dihisab amalan mereka dan tidak akan diazab.” Aku bertanya: “Kenapa begitu?” Jawab Jibrail: “Kerana mereka itu tidak berubat dengan cara menyelar dengan besi panas, tidak minta dijampikan, tidak menilik nasib dan mereka ini hanya bertawakkal kepada Allah swt. (sebahagian drp hadith tersebut).

Soalan saya:

1-apakah yang dimaksudkan dengan tidak berubat dengan menyelar dengan besi panas?

2-bagaimana pula dengan jampi-jampi dengan mengunakan ayat-ayat al-Quran dan apa yang diajar oleh nabi saw ?

3-adakah yang dimaksudkan di sini, orang tersebut tidak berubat tetapi hanya bertawakal kpd Allah swt?

Harap tuan dapat menerangkan maksud sebenar hadith tersebut ?

sekian, wassalam.

Re: SJ – 2376 : ERTI HADIS " GOLONGAN YANG MASUK SYURGA TANP


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2376 : ERTI HADIS " GOLONGAN YANG MASUK SYURGA TANPA DIHISAB "

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudari nieta75 yang telah mengemukakan soalan yang baik . Dan kami memohon maaf di atas kelewatan kami menjawabnya .

Hadist yang ditanya itu adalah sebagai mana berikut :


Úóäú ãõÍóãøóÏò íóÚúäöí ÇÈúäó ÓöíÑöíäó ÞóÇáó ÍóÏøóËóäöí ÚöãúÑóÇäõ ÞóÇáó ÞóÇáó äóÈöíøõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÏúÎõáõ ÇáúÌóäøóÉó ãöäú ÃõãøóÊöí ÓóÈúÚõæäó ÃóáúÝðÇ ÈöÛóíúÑö ÍöÓóÇÈò ÞóÇáõæÇ æóãóäú åõãú íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÞóÇáó åõãö ÇáøóÐöíäó áóÇ íóßúÊóæõæäó æóáóÇ íóÓúÊóÑúÞõæäó æóÚóáóì ÑóÈøöåöãú íóÊóæóßøóáõæäó ÝóÞóÇãó ÚõßøóÇÔóÉõ ÝóÞóÇáó ÇÏúÚõ Çááøóåó Ãóäú íóÌúÚóáóäöí ãöäúåõãú ÞóÇáó ÃóäúÊó ãöäúåõãú ÞóÇáó ÝóÞóÇãó ÑóÌõáñ ÝóÞóÇáó íóÇ äóÈöíøó Çááøóåö ÇÏúÚõ Çááøóåó Ãóäú íóÌúÚóáóäöí ãöäúåõãú ÞóÇáó ÓóÈóÞóßó ÈöåóÇ ÚõßøóÇÔóÉõ

Ertinya : Daripada Muhammad Bin Sirin r.a ( Imam Ibn Sirin ~ Pakar tafsir mimpi drp kalangan tabi’en r.a ) dia berkata : Saidina ‘Imran r.a pernah menceritakan kepadaku dengan katanya : “ Nabi Allah ( Rasulullah ) s.a.w pernah bersabda – maksudnya - : {{ 70 Ribu dari kalangan umatku akan masuk ke dalam syurga TANPA HISAB ~ tanpa dihitung amalan-amalan mereka }} . Mereka ( para sahabat r.a ) bertanya : Siapakah mereka itu wahai Rasulullah ? . Jawab Baginda s.a.w : {{ Mereka ialah orang-orang yang tidak menggunakan besi panas di dalam rawatan , orang-orang yang tidak minta dijampi dan mereka juga adalah orang-orang yang bertawakkal kepada Tuhan mereka }} . Maka bangunlah Saidina ‘Ukkasyah ( ‘Ukkasyah Bin Mihson r.a ) seraya berkata : “ Tolonglah doakan saya agar menjadi salah-seorang drp golongan itu ( yang masuk syurga tanpa hisab ) “ . Jawab Baginda s.a.w : {{ Engkau ~ wahai ‘Ukkasyah ~ termasuk dari kalangan mereka itu }} . Maka bangunlah pula orang lain sambil berkata : “ Wahai Nabi Allah ! , tolonglah pula doakan saya agar menjadi dari kalangan mereka itu juga “ . Jawab Baginda Rasulullah s.a.w : {{ ‘Ukkasyah telah pun mendahuluimu }} . ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh di dalam sahihnya { Kitab al-Iman , Bab ke-94 : Dukhul Towaif minal muslimin al-Jannah bi ghair hisab wa la ‘azab . Nombot hadist : 218 } .

HURAIAN RINGKAS BAGI HADIST DI ATAS :

Umat Islam yang biasanya digelar sebagai “ Umat Nabi Muhammad s.a.w “ adalah umat yang pasti akan masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak pada hari qiamat selagi mereka tidak melakukan sebarang perbuatan syirik dan apa-apa yang boleh menyebabkan mereka keluar daripada agama Islam ini ( murtad ) .

Namun yang masuk ke dalam syurga itu pun melalui berbagai ragam , ada yang masuk setelah disoal-siasat dengan begitu ketat sekali oleh “ mahkamah padang mahsyar “ , ada yang masuk secara biasa , masuk secara berlari , ada yang masuk secara berterbangan dan berbagai lagi rupa-bentuknya .

Di antara mereka itu semua , yang paling istimewa sekali ialah golongan yang masuk syurga tanpa perlu dihisab di padang mahsyar . Dan daripada kalangan yang paling istimewa itu juga ada seorang sahabat r.a yang dijamin untuk memperolehi keistimewaan yang tiada tandingannya , dan beliau ialah Saidina ‘Ukkasyah Bin Muhson r.a .

Kami sendiri telah menghuraikan permasalahan ini sebelum ini , sila lihat url berikut :

SJ - 1844 : PARA SAHABAT R.A YANG DIJANJIKAN SYURGA & KELEBIHAN SAIDINA ALI (R.A)
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8035

Untuk menjawab ketiga-tiga soalan saudari , maka jawapannya adalah seperti berikut :

Fokus kita ialah kepada : {{ Mereka ialah orang-orang yang tidak menggunakan besi panas di dalam rawatan , orang-orang yang tidak minta dijampi dan mereka juga adalah orang-orang yang bertawakkal kepada Tuhan mereka }}

Hadist di atas mempunyai berbagai pandangan ulama’ rh , iaitu :

1 - Ketiga-tiga golongan itu ialah golongan yang yakin kepada Allah Ta’ala tanpa berbelah-bagi lagi ( 100 % yakin ) .

Soalan : Bagaimana pula jika ada di kalangan ketiga-tiga golongan di atas itu yang terdapat sedikit syak dan ragu-ragu terhadap Allah Ta’ala , contohnya seseorang yang mendapatkan rawatan akan tetapi dia masih tidak yakin 100 % dengan kemampuan Allah Ta’ala untuk menghilangkan penyakitnya itu ?.

Jawapannya : Golongan seperti itu ( yang masih belum dapat keyakinan 100% kepada Allah Ta’ala ) tetap akan masuk ke dalam syurga ( selagi selamat ‘aqidahnya ) , akan tetapi setelah dihisab dan dihitung amalan-amalan mereka tanpa hisab .

2 – Ketiga-tiga golongan di atas ialah golongan yang tidak mahu menggunakan besi panas sebagai kaedah rawatan , tidak pernah mohon diubat secara jampi-jampian kerana mereka itu mahu Allah Ta’ala terus menyembuhkan penyakit mereka dengan semata-mata tawakkal kerana keyakinan mereka kepada Allah Ta’ala tanpa berbelah bagi . Golongan ini adalah golongan yang terlalu dekat hubungan mereka dengan Allah Ta’ala sendiri sehingga mereka mahu Allah Ta’ala sendiri membantu dan menyembuhkan mereka tanpa sebarang perantaraan sebab-musabab .

Memang benar sehampir-hampir makhluk dengan Allah Ta’ala ialah Baginda Rasulullah s.a.w dan Baginda s.a.w sendiri biasa berubat apabila sakit . Perkara ini tidaklah menafikan bahawa baginda s.a.w adalah serapat-rapat makhluk dengan Allah Ta’ala bahkan Baginda Rasulullah s.a.w melakukannya sebagai contoh dan teladan serta panduan syariat ( tasyrie’ ) kepada umatnya apabila ditimpa sakit .

Menggunakan besi panas di dalam rawatan / perubatan biasanya digunakan di dalam merawat seseorang yang dirasuk syaitan ( jin ) ke dalam tubuh-badannya . Dan kaedah ini digunakan dengan cara besi panas itu ( seperti tungku besi ) diletakkan / ditekapkan pada kaki pesakit tersebut .

Walaupun begitu , kaedah ini bukanlah kaedah pertama yang perlu digunakan , bahkan ini adalah kaedah terakhir apabila tidak berjaya segala kaedah selainnya di dalam merawat seorang pesakit yang diganggu syaitan – jin . Dikatakan sebagai kaedah terakhir kerana besi panas itu boleh menyakitkan ( menyebabkan melecur ) si pesakit dan apatah lagi terdapatnya hadis dan huraian-huraian para ulama’ rh yang tidak menggalakkan bahkan ada yang menegah menggunakan kaedah ini .

Jampi-jampian pula ada yang dibenarkan oleh Islam dan ada yang tidak dibenarkan .

Dibenarkan apabila bertepatan dengan garis panduan yang dikehendaki oleh Islam .

Tidak dibenarkan ( diharamkan ) apabila kaedah rawatan itu bertentangan dengan cara Islam , seperti ia mengandungi jampi-jampian yang berbentuk bid’ah , khurafat dan syirik .

Kami juga telah menerangkan mengenai masalah rawatan dan jampi-jampian ini di dalam :

SJ-1905: JAMPI & AZIMAT : DI ANTARA HARUS DAN HARAMNYA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8277

3 – Huraian ketiga bagi hadist di atas pula ialah : Ketiga-tiga golongan di atas ialah golongan yang tidak yang tidak berjampi-jampian , tidak menggunakan besi panas sbg kaedah rawatan dan tidak pula bertawakkal dengan cara yang tidak sesuai dengan tuntutan Islam .

Sekian . Semoga ada manfaatnya .
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 - SYARH SAHIH al-IMAM MUSLIM RH
Oleh : Al-Imam an-Nawawi rh
Pengantar dan komentar ringkas oleh : Al-‘allamah Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily ha
Bhg 1 – 3 , Halaman 446 – 448
Terbitan : Darul Khair , Beirut

2 - FATHUL BARI SYARH SAHIH al-IMAM al-BUKHARI RH
Oleh : Al-Hafiz Syeikhul Islam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh .
Dgn komentar al-‘Allamah Syeikh Muhammad Fouad Abdul Baqi rh & al-‘Allamah Syeikh Muhibuddin al-Khatib rh , ms 410 , Jilid 11 .
Terbitan : Darul Ma’arifah , Beirut .

3 – AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-Imam Jalaluddin as-Suyuthi rh
Jilid ke-2 , Halaman : 961
Terbitan : Maktabah Nazar Mustofa al-Baz , Riyadh

4 – PENERANGAN LISAN SYEIKH SOLEH HAMDI as-SISI HA
M.A ( Hadist ) , Universiti al-Azhar asy-Syarif , Kaherah


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
16 / Muharram / 1424 H
19 / Mac / 2003 M

RABU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum