:salam
Bila imam sudah memberi salam, sedangkan makmum belum habis bacaan tahhiyat akhir, sampai manakah bacaan yang harus makmum habiskan. Adakah harus membaca sampai akhir tahhiyat ataupun sampai yang wajib sahaja (Selawat keatas Rasul dan kaum kerabat) :guin
:wassalam
Jawab:
Fiqh AlAhkam memohon ma'af kerana soalan ini sudah berada 10 hari dalam Bank Soalan. Thtl agak sibuk dan gangguan talian internet. Syekh alUstaz Pendekar juga terganggu dgn pecahnya Perang di Furat (firasat shj).
Masalah yg anda ajukan itu dinamakan masalah khilafiah (maksudnya ada banyak jawapan jika diajukan pada fuqaha') kerana simpangsiurnya nas-nas dalam hal ini.
Spt biasa Ahkam akan memberi jawapan yg variasi dan memberi pendapat tahqeeq utk kemantapan dan penjernihan dalam isu2 yg khilaf.
Versi Syafi'iyah (Imam syaraf anNawawi: Syarah Muslim (4/123), anda hanya perlu membaca Selawat atas Nabi sahaja. Selawat atas keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah adalah sunat (optional)
Versi Maliki dan Hanafi: sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi saw, keluarga dan ke atasn Ibrahim AS
Versi Hanbali: wajib selawat atas Nabi saw, keluarga dan selawat Ibrahimiyah (Fathul Bari: 9/163)
Versi tahqeeq (kajian dan analisa):
a. Imam Syun'ani (Subulus Salam: 1/193) WAJIB hukumnya selawat atas Nabi dan keluarganya. Tidak dinamakan selawat atas jika ditinggalkan keluarganya)
b. Imam Syawkani (Nailool Awthor: 2/324) juga memilih hukum wajib membaca selawat dgn meliputi keluarganya
c. alMuhadith Nasyiruddin Albany (Sifat Solatun Nabiy: 197) menjadi kewajipan kita mencontohi Nabi saw dalam solat secara lengkap tanpa meninggalkannya. alMuhaddith menyandarkan hujahnya dgn hadis yg disepakati sahihnya dari Fadhalah bin Ubayd ra yg dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibn Khuzaymah dan alHakim. Hadis ini disahihkan oleh anNawawi dan azZahabi . Hadis ini menjadi dalil wajibnya selawat dgn versi yg lengkap.
Itulah secara lengkapnya kita kemukakan. Jika anda selesa dgn pendapat Imam Nawawi, maka selawat paling ringkas dan memadai utk sahnya solat ialah selawat atas Nabi saw shj (Allahumma syalli 'alaa Muhammad) WA