SJ - 2401 : CERAI , TALAQ & LAFAZNYA

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2401 : CERAI , TALAQ & LAFAZNYA

:salam

ada satu lagi persoalan berkenaan uruf masyarakat malaysia, apabila disebut perkataan "kita bercerai" adakah lafaz ini sarih mengikut jumhur ulama' atau assyafi'iyyah? kerana apa yang tercatat didalam kebanyakkan kitab feqh hanya perkataan : 'aku cerai kau" ("talaqtuki") atau 'engkau tercerai' ('enti taaliq'). jika sarih adakah adakah dakwaan niat disebalik lafaz ini boleh diterima? minta penjelasan dari ustaz2. :confused:

blaze (not verified)
'Uruf dalam Cerai

minta komen ustaz2 dengan segera. teng q :(

Re: SJ - 2401 : CERAI , TALAQ & LAFAZNYA


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2401 : CERAI , TALAQ & LAFAZNYA

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Blaze yang telah mengemukakan soalan di atas .

Saya ~ secara peribadinya ~ memohon ribuan kemaafan daripada saudara dan sidang pengunjung web al-Ahkam online sekalian kerana ketiadaan saya di dalam mengendalikan web ini ( khasnya Ruangan Jawapan Fiqh dan Diskusi Umum ) semenjak tercetusnya Perang Teluk II .

Kesibukan itu bukanlah disebabkan saya terlibat di dalam pergolakan di Teluk itu , akan tetapi kebetulan pula terlalu banyak tugas dan tanggung-jawab yang lebih perlu saya selesaikan segera di sini . Apatah beberapa minggu ini saya begitu sibuk dengan berbagai program pengajian ( sama ada sebagai perserta ataupun pembimbing ) .

Rupa-rupanya bukan saya sahaja , Al-Fadhil Ust Zain ys pun bercuti . Al-Fadhil Ust thtl kita pula nampaknya sibuk dengan kerjanya yang sememangnya besar dan mencabar selain drp menghadapi masalah dengan sistem internet di tempatnya . Al-Fadhil Tuan Hj Kamin pula sibuk dengan " Berita-Berita Panas Dari Teluk " . Al-Fadhil Saudara Gayat di UK pula sibuk dengan pengajiannya ( maklumlah tahun akhir ni ) .

Kesibukan itulah daripada 5 orang pengendali al-Ahkam Online yang " membantutkan " pergerakan web ini .

Ribuan kemaafan kami pohonkan daripada saudara-saudari semua dan doakanlah kami dipermudahkan segala urusan dan dapat terus menyumbangkan khidmat kami kepada agama Islam tercinta ini melalui web al-Ahkam Online ini . Amin Ya Rabbal 'Alamin .

****************************************

Berbalik kepada soalan saudara Blaze di atas . Sebenarnya saudara tidak perlu menunggu-nunggu lama untuk mendapatkan jawapan bagi apa-apa sahaja persoalan yang menghantui saudara . Ini disebabkan para pengendali al-Ahkam Online juga adalah manusia biasa yang kadang-kadang disibukkan oleh urusan kehidupan , perkerjaan dan pengajian sehingga kadang-kadang tidak sempat untuk melayan semua soalan dengan segera .

Untuk itu , demi membantu saudara dan para pengunjung sekalian untuk mendapatkan jawapan segera , maka cadangan kami ialah :

1 - Gunakan ENJIN PENCARI ( Search ) untuk melihat jawapan-jawapan lalu . Masukkan perkataan yang dikehendaki , contohnya " CERAI " ataupun " TALAQ " dan kemudian lihat apakah keputusannya .

Ini disebabkan tidak kurang juga masalah yang diutarakan kepada kami telah pun kami jawab berulang-ulang kali sebelum ini .

Contoh jawapan bagi masalah yang saudara utarakan ini ialah :

SJ-1291: Tidak tahu samada telah menceraikan isteri
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5725

SJ-1600: lafaz talak
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6297

2 - Menghadiri majlis ilmu pengajian agama yang berhampiran , sama ada di kawasan yang saudara-saudari diami ataupun di pejabat-pejabat .

Dengan ini saudara-saudari lebih mudah bertanyakan apa-apa masalah kepada ustaz & ustazah yang mengajar . Insya-Allah .

3 - Memanfaatkan juga web-web Islam lain selain kami untuk mendapatkan jawapan . Contohnya : ISLAM.ONLINE ( B. Inggeris dan Arab ) , Web Pusat Konsultasi Syariah ( Indonesia ) , Web Pesantren Virtual ( Indonesia ) , Massej. Com ( mahasiswa-mahasiswi UIAM ) dan banyak lagi .

4 - Bersahabat dengan mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang pengajian Islam sehingga banyak manfaat dapat diperolehi daripada mereka , khasnya menjawab soalan saudara-saudari sekalian dengan segera .

5 - Perlu kami nyatakan sekali lagi : al-Ahkam Online BUKANLAH pusat pengajian Islam yang diasaskan untuk mereka yang baru hendak mengenal Islam tetapi ia lebih memfokuskan kepada menyelesaikan masalah-masalah yang timbul bagi mereka yang sudah berada di peringkat menengah dan tinggi di dalam memahami hukum-hakam Islam .

Ertinya : Jika saudara-saudari ada masalah terhadap apa yang saudara pelajari dan baca sebelum ini , maka silalah bertanya kepada kami .

Tapi kalau baru nak kenal , dan baru nak tahu , maka lebih baik diselesaikan terlebih dahulu dengan memasuki pengajian Fardhu 'Ain ataupun mendapatkan guru yang boleh dipelajari daripadanya secara berdepan .

Jadi kalau ada soalan seperti di bawah ini :

a - " Apakah Rukun Islam ? " .

b - " Apakah perkara-perkara yang membatalkan wudhuk ? " .

c - " Bagaimanakah saya hendak bersembahyang ? " .

Maka soalan-soalan seperti ini lebih layak dikemukakan di peringkat rendah lagi ataupun di kelas-kelas KAFA ( Kelas Fardhu 'Ain ) .

Tapi kalau soalan-soalan seperti :

a - " Mengapakah Jihad yang dianggap penting itu tidak dijadikan sebagai salah-satu Rukun Islam ? " .

b - " Ada mazhab yang mengatakan bahawa menyentuh wanita tidaklah membatalkan wudhuk . Sila terangkan apakah alasan-alasan mazhab itu dan adakah mazhab itu lebih kuat daripada apa yang kita pelajari di sekolah-sekolah sebelum ini ( mazhab Syafi'ieyah ) ? " .

c - " Bagaimanakah saya hendak bersembahyang walhal saya ada penyakit seolah-olah gila yang menyerang saya tanpa masa tertentu ? " .

Maka soalan-soalan seperti inilah yang menjadi FOKUS dan TUMPUAN kami di sini .

Harap Maklum .

****************************************

Kembali semula ( bagi round ke-2 ) kepada soalan Saudara Blaze :

Untuk memahami masalah di atas , kita hendaklah mengenal terlebih dahulu apakah RUKUN TALAQ ( CERAI ) dan apakah pula PEMBAHAGIAN LAFAZ TALAQ dan segala yang berkaitan dengannya .

Secara ringkasnya begini :

RUKUN TALAQ ( CERAI ) :

1 - Suami mestilah berakal , baligh dan di atas kemahuannya sendiri .

2 - Isteri yang dijatuhi hukum TALAQ itu mestilah isterinya sendiri yang sah .

3 - Diqasadkan ( diniatkan ) talaq itu .

4 - Isteri itu masih lagi di dalam kekuasaan suami, walaupun isteri itu di dalam tempoh 'iddah raj'ie ( tempoh yang dibenarkan untuk si suami rujuk kembali kepada isterinya ) .

5 - Adanya bentuk lafaz yang digunakan semasa bercerai seperti : " Aku ceraikan engkau " , " Aku talaqkan engkau " dan seumpamanya .

BAHAGIAN LAFAZ TALAQ :

1 - TALAQ SORIH :

Iaitu lafaz talaq ( cerai ) yang nyata tanpa berkehendak lagi kepada niat seperi lafaz " Aku ceraikan engkau " ataupun " Engkau , aku talaq " .

2 - TALAQ KINAYAH :

Iaitu lafaz yang samar-samar di antara betul-betul hendak diceraikan isteri itu ataupun berpisah seketika ( demi meredakan ketegangan rumah-tangga ) . Lafaz secara kinayah ini ada berbagai-bagai kerana itu ia perlu kepada niat .

Contohnya : " Engkau boleh pergi dari sini " . " Engkau baliklah ke rumah ibu-bapa engkau " , " Engkau haram bagiku " dan seumpamanya .

Jika lafaz-lafaz itu diniatkan sebagai TALAQ ( CERAI ) oleh si suami , maka tercerailah ( tertalaqlah ) isterinya .

Jika tidak diniatkan sebagai TALAQ ( CERAI ) tetapi sebagai suatu amaran ataupun supaya masing-masing dapat berfikir kembali mencari jalan penyelesaian , maka tidaklah jatuh talaq itu .

3 - TALAQ TA'ALIQ ( TAKLIK ) :

Iaitu talaq yang bergantung kepada suatu perkara ataupun perbuatan , seperti kata suami kepada isterinya : " Jika engkau keluar rumah ini tanpa izinku , jatuhlah satu talaq " .

Jatuhkah ataupun tidak ? .

Ini masalah KHILAFIYAH ( diperselisihi ) di kalangan cendekiawan Islam dan ianya telah banyak kali dijelaskan oleh al-Fadhil Ustaz thtl ( ahli panel fiqh kita di al-Ahkam Online ) .

Dan kita tidak akan membahaskan masalah Talaq Ta'aliq di dalam jawapan ini .

****************************************

Perkataan " CERAI " itu adalah perkataan bahasa Melayu , ia juga membawa maksud : Proses perpisahan seorang suami dengan isterinya sehingga tidak lagi dianggap sebagai suami-isteri yang boleh hidup serumah , tidur sebantal , makan sepinggan dsbnya .

Perkataan " TALAQ " pula adalah perkataan yang dipinjam daripada B. Arab .

Oleh itu jika ada orang Melayu ataupun apa-apa bangsa yang memahami benar bahasa Melayu yang mengucapkan kepada isterinya : " Engkau ku cerai ! " , maka sudah tentu ia bermaksud : " Engkau ku talaq ! " di sisi orang-orang yang benar-benar memahami B. Melayu .

Itulah penjelasanya berdasarkan kitab-kitab Fiqh .

Adapun MENURUT ENAKMEN HUKUM KEKELUARGAAN ISLAM DI MALAYSIA pula :

Tuan Qadhi ( pihak jab. agama ) biasanya akan bertanya kembali setiap pasangan suami-isteri mengapakah bercerai ? , apakah lafaz yang digunakan semasa hendak bercerai ? , apakah niat sebenar si suami ketika melafazkannya ? ........dsbgnya .

Dan disebabkan segala urusan nikah-cerai hendaklah didaftarkan di pejabat pendaftar @ Qadhi ( Pejabat Agama ) , maka siapa sahaja yang gagal berbuat demikian akan didakwa di mahkamah syariah .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

ASAS - ASAS FARDHU 'AIN
Oleh : Almarhum Ustaz Sulaiman Endut
Halaman : 216 - 217
Terbitan : Pustaka Haji Abdul Majid
Harga : RM 14.00


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
30 / Muharram / 1424 H
2 / April / 2003 M

RABU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum