:salam
Saya ada satu soalan berkaitan hukum tulang yang membuatkan saya tertanya2 yang manakah pendapat yg rajih (kuat). :confused:
Menurut Sayyid Sabiq dalam Feqh sunnah, tulang bangkai di hukum suci kerana tidak ada dalil yang mengatakan sebaliknya.
Manakala jumhur ulama kecuali Mazhab Hanafi(fiqh islami) mengatakan tulang bangkai itu najis.
Dlm SOALJAWAB 46 telah dijelaskan hukum tulang pada pendapat Syafi'iyah.
Sekiranya tulang bangkai itu najis, maka segala bentuk pemakaiannya (pakaian, alat makanan[pinggan, sudu etc)] adalah dilarang. Apa pendapat ahli panel pakar feqh? :grin:
:wassalam
:wassalam
Jawab:
Penggunaan tulang sebagai peralatan harian (household items) sudah berlalu. Maka kita membicarakan hukum yg sudah obselete. Begitu juga dgn sukatan air dua qulah sedangkan kita sudah menggunakan air paip. Akh Gayat, fiqh ini sudah obselete (mansukh). WA