Berapakah tempoh nifas bagi orang yang beranak ?
>
> Semasa dalam tempoh nifas, seseorang wanita itu terhenti nifasnya dalam
> beberapa hari, kemudian darah nifas itu datang kembali, setelah
> beberapapa hari berhenti semula beberapa hari dan kemudian datang semula
> beberapa hari. Apakah yang perlu dibuat dan adakah masa berhenti sekejap
> darah nifas itu kita diwajibkan mandi wajib dan sembahyang ?
Jawab
Madzhab Syafi'iy antara madzhab yang paling teliti dalam membuat penyelidikan mengenai tempoh nifas.
Madzhab Syafi'iy menggunakan metod istiqro' (kajiselidik) dalam menentukan tempoh nifas.
Dalam keadaan luar biasa, ada wanita yang melahirkan anak tanpa nifas. Tempoh minima (nifas) bagi kes seperti ini ialah satu detik. Tempoh normal nifas ialah 40 hari, manakala tempoh abnormal ialah 60 hari.
Rujukan: Mughni alMuhtaj, Hasyiah alBajuri, alMuhadzab dan alMajmu' (kesemua kitab-kitab induk Syafi'iyah)
Manakala Syaikh Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) berpendapat tiada tempoh minima dan maxima, jika sudah yakin kering, maka mandi dan solatlah seperti biasa.
sekian
thtl for al_ahkam online
digital signature