000011: SJ-Puasa: Selawat pada sembahyang terawih

Primary tabs

1 post / 0 new
000011: SJ-Puasa: Selawat pada sembahyang terawih

Selawat pada sembahyang Tarawih

E-email: [email]izhair@hotmail.com[/email]
Soalan: Bagaimanakah hukumnya orang yang shalat terawih, apabila tiap2 sudah memberi salam terus imam atau bilal membaca selawat Nabi dengan suara yang kuat serta membaca bermacam2 selawat. Makmumpun juga membalas sebagaimana imam tadi dengan suara yang keras juga.Adakah ini sudah pernah dijalankan oleh Nabi atau sahabat2nya?

Terima Kasih

Jawab
http://ahkam.hypermart.net
Berasaskan Fikah & Usulnya

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, inilah jawapan yang dipohon:

Menurut syeikh Athiyah Saqr:
Di sana tiada nash yang menegah daripada melakukan zikir (termasuk selawat) atau doa atau bacaan al-Quran pada perceraian setiap dua rakaat tarawih atau setiap empat rakaat. Ia termasuk di bawah keumuman perintah syarak agar berzikir dalam setiap keadaan. (lihat Ahsanul Kalam Fil Fatawa, vol 7, hal. 243)

Katanya lagi:
Dan memang, para salafus soleh tidak melakukannya, tetapi ia bukanlah sebagai dalil atas larangan terhadap perkara berkenaan. Manakala riwayat yang menceritakan tentang larangan mereka tentang perkara ini adalah tidak dapat dipercayai. (ibid.)

Katanya lagi:
Perceraian antara dua rakaat atau empat rakaat ini, dapatlah kita samakan dengan apa yang dilakukan oleh penduduk Mekah. Di mana mereka akan melakukan tawaf 7 X untuk setiap 4 rakaat ( 2 tarwihah). Sedangkan penduduk Madinah pula menggantikan tawaf oleh penduduk Mekah dengan menambah bilangan rakaat, sehingga menjadikannya 36 rakaat. (ibid.) (Al-Iqna', vol. 1, al-Khatib al-Syarbini)

Katanya lagi:
Cara begini tidak digolongkan sebagai bid'ah yang dikeji. (ibid.)

Masalah:
Makmumpun juga membalas sebagaimana imam tadi dengan suara yang keras juga.

Jawab:
Berzikir beramai-ramai selepas solat dsbnya (termasuk dlm kes ini) ada pertikaian di kalangan ulamak. Sebahagiannya menganggap ia sebagai bid'ah, sebahagian yg lain adalah sebaliknya. Ini adalah berdasarkan beberapa hadis mengenainya.

----------------
Kesimpulan:
1. Zikir, selawat dsbnya, boleh dilakukan jika mahu untuk setiap dua rakaat atau empat rakaat tarawih.
2. Boleh atau tidak melakukannya secara beramai-ramai adalah masalah khilafiyah.

zain y.s

Sekian. Wallahu a'lam.
aL-AHKAM online
Berasaskan Fikah & Usulnya