Tajuk Buku: Menyingkap Hukum Nyanyian
Tajuk Asal: كشف الغطاء عن حكم سماع الغناء
Penulis: Ibnu Qayyim al-Jauziyah
Halaman: 327m/s
Harga: RM52.00 (hardcover)
Kod: PJ-2117
Daripada sekian banyak kitab yang membahaskan tentang permasalahan nyanyian, kitab yang berjudul Kasyf al-Ghitha ‘An Hukm Sama’ al-Ghina [Membongkar Polemik Sekitar Hukum Mendengar Nyanyian] sangat signifikan untuk menjadi bahan rujukan; setidak-tidaknya kerana dua hal: Pertama, kerana topik-topik pada setiap babnya sangatlah penting. Kedua, Imam Syamsuddin Ibn Qayyim al-Jauziyah, adalah seorang ulama yang kepakaran dan kedudukannya diakui oleh para ulama.
Dalam kitab ini Ibn Qayyim mendebatkan para ulama yang membolehkan nyanyian. Mereka terdiri daripada tiga golongan: Pertama, mereka yang membolehkan nyanyian semata-mata kerana gemar terhadap perbuatan main-main [la’ib] dan perilaku sia-sia [lahw]. Kedua, mereka yang bukan hanya membolehkan namun juga menganjurkannya kerana mereka menganggap nyanyian adalah sarana untuk mendekatkan diri dan beribadah kepada Allah Subhanahu wa Taala. Akan diceritakan di dalam kitab ini bagaimana Ibn Qayyim hidup bersama mereka, cuba mendalami jiwa mereka sambil menelanjangi penyimpangan syahwat mereka serta kepalsuan-kepalsuan yang ada pada mereka. Dia juga menjelaskan bagaimana mereka telah mencampur-adukkan antara yang hak dengan yang batil serta memaparkan bagaimana syaitan telah berjaya memperdayakan mereka dan menjebakkan mereka dengan jerat-jeratnya. Kemudian syaitan menyeret mereka masuk ke bahagian paling dalam dari api neraka, sambil menanamkan keyakinan pada mereka, bahawa mereka sedang naik ke bahagian syurga yang paling mulia.
Topik yang dibahaskan pada kitab ini pada awalnya adalah sebuah jawapan atas pertanyaan yang dikemukakan pada tahun 740 Hijrah. Inti pertanyaan tersebut adalah bagaimana hukum mendengar bunyi rebana dan seruling serta alat-alat muzik lainnya yang menurut sebahagian orang pada saat itu merupakan sarana ibadah dan taqarrub [pendekatan diri] kepada Allah Subhanahu wa Taala. Ada sekitar lapan orang syeikh besar dan para imam yang mengemukakan jawapan atas permintaan fatwa ini. Daripada jumlah imam ini, Imam Ibn Qayyim adalah imam yang kelapan. Dia memberikan jawapan yang paling panjang, lengkap dan terperinci. Jawapan inilah yang kemudiannya dijadikan kitab tersendiri dengan judul Kasyf al-Ghitha’ ‘An Hukmi Sama’ al-Ghina’.
Info dan cara pembelian: www.facebook.com/buku.agama.online?sk=notes