Petikan SAD190607
- Ahmad bin Hanbal: Lebih luas berbanding dengan mazhab-mazhab lain. Bagi mereka tidak mengapa pergerakan yang banyak yang tidak keterlaluan.
- Al-Syafii: Perbuatan yang banyak ialah menggunakan anggota besar tiga kali berturut-turut.
- Mazhab al-Syafi’I mentakwil Hadis Abi Bakrah yang berjalan ketika solat dengan berjalan dua langkah dua langkah.
- Mazhab Ahmad membantah mazhab al-Syafi’i: Di dalam Hadis Abi Bakrah tidak menyebutkan beliau berjalan dua langkah dua langkah. Tiada bukti dari sabdaan Nabi s.a.w. yang menunjukkan perkara demikian.
- Dengan perbuatan Abi Bakrah, Nabi s.a.w. mendoakannya dan bersabda: Jangan kamu mengulanginya lagi…
- Menurut mazhab Ahmad dan al-Syafii Qadim: Boleh berhenti ketika solat mengambil wudhuk kerana terbatal, kemudian menyambung semula solatnya.
- Mazhab yang menghadkan pergerakan seperti Hanafi dan al-Syafii telah mentakwilkan hadis yang berkaitan pergerakan bersesuaian dengan usul mazhab mereka.
{youtube}ioyYtkBPwOI{/youtube}