[Petikan Berita Harian] Revolusi Iran cetus perkembangan Syiah

Primary tabs

2011/05/28 -  ISU perkembangan Syiah di negara kita sejak kebelakangan ini adalah ulangan polemik yang pernah muncul pada 1990-an berikutan penangkapan beberapa penganut Syiah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Majoriti penganut Syiah yang wujud di negara hari ini adalah generasi pelapis kepada generasi 1990-an yang begitu aktif mengendalikan beberapa markas Syiah di utara dan selatan tanah air, termasuk juga di Sabah dan Sarawak.

Markas Syiah, Hauzah al-Ridha yang beroperasi di Taman Seri Gombak, adalah pusat terbesar bagi dakyah Syiah di wilayah tengah Semenanjung berfungsi sebagai penyelaras bagi segala kegiatan Syiah untuk kebanyakan markas Syiah di negara ini.

Sedar atau tidak, perkembangan ajaran Syiah di negara ini adalah kesan langsung daripada Revolusi Iran 1979 yang dieksport ke seluruh dunia dengan membawa dua agenda penting iaitu menukar pegangan umat Islam di seluruh dunia kepada ideologi Syiah dan mengembangkan empayar Parsi khususnya di rantau Teluk.

{youtube}kY0ixG94cHE{/youtube}
[Iranian Revolution (Feb 1979)]


Revolusi ini dieksport ke negara luar dengan membawa slogan membela golongan mustadh’afin (orang lemah) daripada penindasan kelompok mustakbirin (rejim jahat) dengan menjadikan perjuangan Khomeini menumbangkan kerajaan monarki Shah Iran dan sokongan mereka kepada rakyat Palestin menentang penjajahan Israel sebagai contoh.

Menerusi dua slogan ini, pemikiran revolusi Iran berjaya menembusi gerakan Islam sedunia termasuk di rantau Asia Tenggara yang begitu dahagakan seorang ‘idola’ dalam perjuangan mereka bagi membebaskan negara mereka daripada cengkaman kuasa Barat dan Zionis pada abad ke-20.

{youtube}HAJF66elXg4{/youtube}
[Lagu Iran yang sering kedengaran di M'sia satu ketika dulu di tempat2 ceramah..]


Perang Iraq-Iran (1980-1988) adalah pemangkin kepada merebaknya pemikiran Revolusi Iran yang berteraskan aqidah Syiah dengan lebih cepat termasuk di Malaysia.
Ketika itu Iran mendapat simpati yang sangat meluas daripada gerakan Islam kerana berhadapan dengan Iraq yang dilabelkan sebagai sekutu rapat Amerika.

Akibatnya, akidah Syiah berkembang menerusi pujian pemimpin gerakan Islam terhadap Khomeini dan negara pimpinannya.

Buku yang berbentuk propaganda revolusi dan ajaran Syiah diterjemahkan oleh beberapa individu diguna pakai sebagai dasar pemikiran dan perjuangan mereka. Minat terhadap karya teologi Syiah semakin tinggi untuk memahami pemikiran revolusi yang berlaku di Iran.

Keadaan ini mencetuskan ledakan besar terhadap perkembangan ajaran Syiah di Malaysia, terutama di kalangan pimpinan gerakan politik Islam, mahasiswa universiti, kelompok intelek dan kelompok profesional sejak 1980-an sehinggalah keadaan yang lebih parah seperti hari ini.

MUNIF MANZUR,
Bera, Pahang.