:salam
1. Drpd apa yg kita tahu, setiap roh org yg meninggal dunia akan disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir. Setelah kesemua soalan yg diajukan selesai, ke mana roh itu akan pergi?
2. Adakah yg disebut-sebut sbg "hantu" itu terdiri daripada roh-roh org yg telah selesai disoal oleh dua malaikat tersebut? Atau... "hantu" itu adalah daripada kalangan JIN dan IBLIS...? Atau... bgmana pendapat pihak aL-Ahkam sendiri?
:wassalam
:wassalam
Jawab:
1. Benar sekali, permasalahan ruh dan apa yg berlaku di barzakh, memang rumit untuk dimengerti kerana perbahasannya panjang dan bersimpang siur.
Ulama' berselisih mengenai apakah ruh atau jasad atau kedua-duanya sekali akan disoal dalam kubur. Dua pendapat paling popular ialah : hanya ruh yg disoalsiasat di dalam kubur kerana jasad akan reput dan kembali kepada asal tanah (Syekh Salleh Uthaimeen, Fatawa anil Iman wa arkaanuh), pendapat kedua: jasad dan ruh akan disoal dalam kubur (Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa)
Selepas itu ke manakah ruh akan pergi?
Juga luas sekali perbahasannya. Sebagai orang awam memadai kita percaya bahawa ruh-ruh orang mati itu berada di Barzakh. Barzakh ialah suatu alam yg mendindingi alam dunia dan alam ukhrawi (Ibn Atsir, Nihayah). Dalilnya: AQ 55: 20 (di antara keduanya ada barzakh yg tidak dilampaui oleh masing2)
AQ 23:100 (di hadapan mereka ada dinding barzakh sampai mereka dibangkitkan)
Dalam alam barzakh (penempatan sementara) ini ruh itu ditempatkan pada kedudukan yg bertingkat-tingkat (ada kelas-kelas): para Nabi ditempatkan pada kelas Illiyin (Fathul Bari Jld 11, 357), para syuhada', ruhnya ditempatkan dalam burung hijau (AQ 3: 169), orang mukmin ditempatkan dalam sangkar dan digantung di pohon syurga (Albani, Silsilah Ahaadith Jld 2/730, Hadis no 995), dan seterusnya bergantung pada amal dan status keIslamannya.
2. Hantu
Syekh Ali Mahfudz, Jami'ah alAzhar, alIbda', menetapkan kepercayaan kpd hantu dan yg semisal dgnnya (kuntilanak, pontianak, polong, dll) adalah bid'ah khurafat atau kepercayaan karut orang awam yg mana akalnya masih belum bersih dari tawheed yg murni. Aqal yg dimasuki tawheed akan nampak hanya Allah dan kekuasan-Nya sahaja. WA
TAMBAHAN BAGI JAWAPAN AL-FADHIL USTAZ THTL ( H.A )
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2203 : PERSOALAN ROH & HANTU-SETAN DARI KUBUR
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Saudara Vhouten Jr ! , Persoalan roh merupakan soalan yang terlalu halus dan rumit untuk dibincangkan .Ini disebabkan roh itu sendiri tidak dapat dilihat oleh manusia walaupun kewujuduannya dirasai. Apatah lagi , roh itu sendiri termasuk di dalam permasalahan-permasalahan yang ghaib, yang mana tidak dapat diketahui oleh kita semua , melainkan setelah dijelaskan oleh Allah Ta’ala Yang Maha Mengetahui segala yang lahir ( terang-terangan ) ataupun yang ghaib.
Pengetahuan manusia mengenai permasalahan roh ini sebenarnya amat terbatas , sesuailah dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah Ta’ala di dalam ayat ke-85 , Surah al-Israk , Juzuk ke-15, Surah ke-17 :
æóíóÓúÃóáõæäóßó Úóäö ÇáÑøõæÍö Þõáö ÇáÑøõæÍõ ãöäú ÃóãúÑö ÑóÈøöí æóãóÇ ÃõæÊöíÊõã ãøöä ÇáúÚöáúãö ÅöáÇøó ÞóáöíáÇð
Ertinya : “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".
Al-Imam al-Hafiz Ibnul Qaiyim al-Jauziyah ( rh ) menyatakan mengenai hal di atas di dalam kitabnya : “ Hadil Arwah “ , bahawa sesungguhnya roh-roh itu sendiri berbeza tempatnya selepas kematian . Ada di antaranya yang berada di tempat yang paling mulia dan tinggi sekali ( A’ala ‘Illiyin ) iaitu roh-roh Para Anbiya’ dan Rasul ( a.s ) , kemudian diikuti pula oleh roh-roh mereka yang mati syahid.
Ada pula di antara roh-roh itu yang Allah Ta’ala sekat kerana ianya tidak mencapai tahap yang boleh melepasi darjat kemuliaan yang menyebabkan ia boleh naik ke langit.
Maka ini semua menunjukkan kepada kita bahawa roh-roh itu sendiri tidaklah tinggal di satu tempat sahaja .
Dan inilah dia pandangan yang dikemukakan oleh beliau ( rh ) dan dipersetujui pula oleh Syeikhul Islam al-Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqolani ( rh ) di dalam kitabnya : “ Fathul Bari “ dan Al-‘Allamah al-‘Adawi ( rh ) di dalam kitabnya : “ Masyariqul Anwar “ .
Walaupun imam-imam yang mulia ini menyatakan bahawa ada dikalangan roh-roh itu yang disekat , akan tetapi mereka tidak pernah pula mengatakan bahawa roh-roh itulah yang akan menjadi “ mayat bergentanyangan “ , “ setan kuburan “ , “hantu pocong “ dan seumpamanya sebagai mana yang sering dipaparkan di dalam filem-filem Indonesia, Hong Kong dan Dunia Barat :shocked:
Untuk mendakwa bahawa roh-roh itu boleh menjadi hantu dan syaitan , ianya memerlukan bukti-bukti yang kukuh daripada Al-Quranul Karim dan Sunnah .
Kisah “ mayat bangkit menjadi hantu “ ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah percikan-percikan dan unsur-unsur ajaran agama Hindu dan Budha yang bertemakan “ Nirvana “ , yang masih lagi dipercayai oleh sebahagian umat Islam yang jahil dan malas memperlajari agama mereka .
**********************************
“ Hantu “ itu adalah nama yang digelar oleh bangsa Melayu kepada syaitan , jin dan termasuk juga ketuanya yang bernama Iblis ( LaknatulLahi ‘alaih ) . Dan nama-nama bagi makhluk ini terlalu banyak di kalangan orang Melayu , ada yang digelar hantu , setan , jin , puaka , jembalang , roh , mambang dan lembaga ( tidak termasuk Lembaga Letrik Negara ) . :grin:
Dan setiap kategori daripada nama-nama itu ada pula pecahan-pecahannya yang mana semuanya menunjukkan betapa kuatnya unsur mistik di dalam minda bangsa Melayu , walaupun Islam sudah sekian lama masuk ke Alam Melayu dan cuba membersihkan kepercayaan mistik yang melampau terhadap makhluk-makhluk itu .
Adapun masyarakat Arab , mereka tidak mengenal semua nama itu , bahkan mereka hanya menggunakan perkataan “ Iblis “ , “ syaiton “ , “ jin “ dan “ ifrit “ ( yang biasa digunakan sebagai untuk budak-budak yang nakal ) .
Berbalik kepada soalan saudara ,
Roh-roh orang yang telah mati sekali-kali TIDAK BOLEH MENJADI HANTU ATAUPUN SEGALA JENIS MAKHLUK YANG SEERTI DENGANNYA . Hantu itu tak lain dan tak bukan hanyalah satu gelaran kepada syaitan yang terdiri daripada kalangan jin-jin yang jahat , manusia-manusia yang menyembah Iblis dan kadang-kadang perkataan hantu itu juga digunakan untuk Iblis ( LaknatulLahi ‘alaih ) .
Bangunnya seseorang daripada Alam Barzakh itu dinamakan sebagai QIYAMAH , dan perkataan “ Qiyamah “ itu sendiri bermakna “ bangun “ , Maka kalau betullah roh-roh itu bangun kembali , maka sudah tentu ini bermakna telah berlakunya “ qiyamah “ ( Hari Kiamat – menurut sebutan orang-orang Melayu ) .
Maka yang jelasnya , seseorang yang telah mati ( betul-betul mati ) TAK KAN BOLEH SAMA SEKALI bangkit daripada kuburnya sebagai hantu ataupun zombie dan seumpamanya ! .
Peristiwa yang berlaku , seperti ada beberapa orang yang melihat satu lembaga ( hantu ) yang menyerupai mayat seseorang ahli kampung tersebut dan sebagainya BUKANLAH DALIL bahawa seseorang yang telah mati itu boleh bangun kembali daripada kuburnya , bahkan itulah DALIL bahawa syaitan-syaitan ini begitu bijak untuk menipu-daya Bani Adam dengan menyamarkan diri-diri mereka sebagai mana rupa orang-orang yang telah mati .
Kalau betullah orang yang telah mati boleh bangun kembali , maka bukankah lebih baik dia bangun kembali untuk berbuat amal kebajikan ? . Maka kenapakah pula dia perlu bangun kembali daripada kuburnya sebagai hantu-syaitan !? .
Yang paling malang , masih ada orang Melayu yang percaya bahawa seseorang yang baik amalannya ( orang yang soleh ) , boleh bangkit nanti sebagai hantu dari kubur ! . Alangkah karutnya kepercayaan ini . Bagaimanakah boleh seseorang yang baik hubungannya dengan Allah Ta’ala boleh bertukar menjadi hantu kuburan yang hina-dina !!?? .
Nampaknya bangsa Melayu kita masih kuat pegangannya dengan benda-benda mistik ini dan semua kekarutan ini , khurafat-khurafat ini takkan mudah dikikis dan dibuang melainkan dengan mempelajari pengajian Tauhid / Aqidah dengan sebenar-benarnya . :smirk:
Kami menasihati diri-diri kami sendiri dan saudara/I sekalian supaya kita selalu memakmurkan majlis-majlis pengajian ilmu-ilmu Islam yang berteraskan Al-Quranul Karim dan Sunnah . Tidak cukup dengan sekadar menambah ilmu dengan cara melayari web-web Islam di internet , bahkan kita sendiri mestilah menyediakan masa dan hari untuk menyertai majlis-majlis ilmu sebagai mana kita boleh menyediakan masa dan hari untuk tujuan-tujuan selainnya.
Kami juga menasihati saudara/I sekalian agar tidak mudah terpedaya dengan buku-buku kisah misteri dan cerita hantu-syaitan yang mana semuanya diolah lebih kepada untuk meraih keuntungan material . :happydevi
Generasi Islam di masa silam , yang tinggi ilmu , amal dan imannya , tidak pernah mereka-cipta kisah-kisah seram dan hantu-setan dengan dalil ( dalih ? ) supaya seseorang itu menjadi lebih takut ( taqwa ) kepada Allah Ta’ala dan lebih membesarkan-Nya . Bahkan mereka cuba mencari-cari bahan yang boleh menimbulkan taqwa itu dengan cara menggali sedalam-dalamnya mutiara-mutiara ilmu daripada Al-Quranul Karim dan Sunnah .
Kita tidak pernah bertemu pun seorang manusia yang menjadi lebih soleh , lebih beriman , lebih bertawa dan lebih keyakinannya kepada Allah Ta’ala akibat membaca banyak kisah-kisah seram & hantu , bahkan yang kita temui pula ialah manusia yang lebih takut kepada syaitan daripada Allah Ta’ala Yang Maha Berkuasa , akibat ketagih sangat membaca kisah-kisah seram dan misteri yang disalut dengan nama “ Kisah Benar “ !!! .
Semoga Allah Ta’ala menyelamatkan kita daripada sebarang gangguan syaian durjana dan menyelamatkan aqidah kita semua daripada sebarang kepercayaan yang tidak ada asal-usulnya daripada Baginda Rasulullah s.a.w . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .
****************************************
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :
1 – AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM ( Jilid 4 , Halaman 689 )
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha ) ~ ( Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar )
Terbitan : Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah .
2 – YAS ALUNAKA FID DIN WAL HAYAH ( Jilid 2 , Halaman 297 & 314 )
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Dr. Ahmad asy-Syarbasi ( ha )
Terbitan : Darul Jail , Beirut .
3 – MERAWAT KEMASUKAN JIN & HISTERIA
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Abdussalam Bali ( rh )
Terbitan : Pustaka Ilmi , Taman Jasa , Batu Caves , KL.
4 – BERINTERAKSI DENGAN JIN
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar ( ha )
Terbitan : Pustaka Syuhada , Sentul Ulu , KL.
5 – AMALAN MISTIK DAN KEBATINAN SERTA PENGARUHNYA TERHADAP ALAM MELAYU
Disusun Oleh : Ahmad Zuhairi Abdul Halim, Hariza Mohd Yusof dan Nizamiah Muhd Nor
Terbitan : Tamaddun Research Trust , Petaling Jaya.
6 – BERDIALOG DENGAN JIN WALI ALLAH
Oleh : Al-Fadhil Dr. Amran Kasimin ( ha )
Terbitan : Percetakan Watan Sdn. Bhd , Kg. Baru , K.L.
7 – DI SEBALIK TABIR ALAM JIN
Oleh : Hj. Abdul Halim Bashah ( ha )
Terbitan : Pustaka Aman Press , Kota Bharu, Kelantan Darul Naim .
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
22 / Dzulqa’edah / 1423 H
24 / Januari / 2003 M
JUMAAT – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum