SJ – 2317 : MELANGKAHI AIR SOLAT HAJAT / AIR YASIN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2317 : MELANGKAHI AIR SOLAT HAJAT / AIR YASIN

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Jikalu masalah mengenai air jampi itu adalah dibenarkan…(air solat hajat, air yasin dsb) Maka kenapa sampai kepada peringkat kita tidak boleh “melangkahnya”??? Adakah kerana takut hilang khasiatnya atau …melibatkan masalah hokum (haram dsb)?

Re: SJ – 2317 : MELANGKAHI AIR SOLAT HAJAT / AIR YASIN


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2317 : MELANGKAHI AIR SOLAT HAJAT / AIR YASIN

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih sekali lagi kepada Saudara VhoutenJr daripada “ Negeri Serambi Mekkah “ yang sentiasa mengunjungi kami di web al-Ahkam.net serta tahniah dan syabas di atas minat saudara di dalam mempelajari selok-belok pengetahuan Islam .

Kali ini , kami menyajikan secara khas 2 gaya dan versi jawapan , mudah-mudahan kedua-duanya itu boleh membantu saudara ( khasnya ) dan umat Islam ( amnya ) memahami permasalahan ini .

JAWAPAN GAYA PERTAMA ( PANJANG ) :

Masalah air berjampi ( Air Yassin / Air Sembahyang Hajat dan seumpamanya ) telah pun kami bentangkan di dalam SJ – 2276 : SOLAT HAJAT ( KONTROVERSI ) & AIR BERJAMPI

Adapun mengenai masalah “ Tidak Boleh Melangkah Air Yassin / Air Sembahyang Hajat “ , maka ini semua disebabkan sikap orang kita di dalam menghomati ayat-ayat suci Al-Quranul Karim .

Disebabkan ayat-ayat Al-Quranul Karim dan mushaf ( lembaran ) Al-Quranul Karim itu sendiri adalah suci dan perlu dihormati , maka daripada situlah pula timbulnya kepercayaan orang kita bahawa air dan minyak yang dijampi dengan ayat-ayat suci juga menjadi SUCI dan tidak boleh dilangkah .

“ Tidak Boleh Melangkah Air Yassin ( dan yang seumpama dgnnya ) “ apakah maksudnya !? . Adakah “ TIDAK BOLEH “ itu dianggap sebagai HARAM ataupun TIDAK BERADAB !? .

Kalau dikatakan “ HARAM “ melangkahnya disebabkan ianya telahpun “dijampi” dengan ayat-ayat suci , maka tidaklah pernah saya ( sepanjang pengetahuan saya yang cetek ini ) mendapatinya di dalam mana-mana ayat-ayat Al-Quranul Karim , Al-Hadist ataupun mana-mana fatwa ulama’ muktabar rh .

Maka sudah tentu perkataan “ TIDAK BOLEH “ itu lebih kepada makna “ TIDAK BERADAB “ !!! .

Melangkah bahu-bahu orang-orang yang sedang duduk di hadapan kita di dalam sesebuah majlis ilmu juga tidak ditemui dalil-dalil yang mengatakan ianya sebagai “ HARAM “ ( yang ada hanyalah hadist sahih yang menerangkan bahawa dituntut makmum yang lewat menghadiri Sembahyang Jumaat agar tidak melangkah bahu-bahu para makmum yang berada di sof hadapan ) .

Ya ! , walaupun “ melangkah “ itu tidak dinyatakan sebagai haram secara “ direct “ di dalam hadist , akan tetapi tidak mustahil jika dikatakan bahawa perbuatan itu adalah KURANG AJAR dan TIDAK BERADAB ! .

Melangkah kepala orang-orang tua juga tidak ditemui dalil yang mengatakan secara langsung bahawa ia adalah HARAM , akan tetapi yang pasti sesiapa yang melakukannya sudah pasti dianggap KURANG AJAR dan LAYAK DIBERI PENAMPAR ! .

Maka begitulah juga dengan kes dan sebab-musabab “ mengapakah orang-orang kita mengatakan tidak boleh dilangkah air yang dibacakan padanya ayat-ayat suci “ . Perkara itu sebenarnya berpunca daripada sikap ingin memuliakan sebarang perkara yang ada kaitannya dengan syiar-syiar kemuliaan Islam .

Sikap orang kita di dalam menghormati Al-Quranul Karim dan sebarang perkara yang ada kaitan dengannya perlulah ditinjau dengan cermat . Memuliakan Al-Quranul Karim ialah dengan cara mempelajari cara bacaannya , memahami kehendak ayat-ayatnya dan diamalkan serta dikembangkan pengetahuan mengenainya .

Adapun sikap “ menghormati dengan cara yang tidak sepatutnya “ seperti membungkusnya dengan kain kuning , meletakkannya di tempat yang tinggi ( sampai anak-anak pun jadi malas untuk mengambilnya dan membacanya ) , hanya dijadikan tangkal-azimat , hanya dijadikan perhiasan sudah tentulah “ tidak kena “ dengan tuntutan syariat ! .

Jalan masih luas terbentang di hadapan mata , ruang masih ada untuk dilalui , tangga masih banyak untuk dilangkahi , tapi mengapa “ air , minyak dan kismis yang berjampi ” itu yang dipilih untuk dilangkahi !? .

Jangan cari pasal ………” Jangan disebabkan nila setitik , rosak susu sebelanga “ .

Jangan disebabkan tiada dalil-dalil yang secara “ direct “ mengharamkan perbuatan itu , kita pun secara “ radikal ‘ hendak menunjukkan pegangan kita di hadapan orang kita dengan melakukan aksi melangkah atau memijak air / minyak berjampi itu ! .

Kekerasan dan sikap radikal tanpa panduan daripada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w tidak pernah boleh menjamin keberhasilan dakwah .

Orang-orang Islam , khasnya para pendakwah mestilah cermat dan teliti di dalam tindak-tanduk mereka .

****************************

JAWAPAN GAYA KEDUA ( RINGKAS ) :

Masalah air berjampi ( Air Yassin / Air Sembahyang Hajat dan seumpamanya ) telah pun kami bentangkan di dalam SJ – 2276 : SOLAT HAJAT ( KONTROVERSI ) & AIR BERJAMPI

Al-Quranul Karim adalah kitab yang suci dan wajib dihormati . Begitu juga dengan kitab-kitab Hadits Nabawi ataupun apa-apa kitab / buku / bahan bertulis yang mempunyai kalimah-kalimah dan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim dan Hadist Nabawi .

Air , minyak , kismis , habbatus sauda’ ( bijirin hitam / nigella sativa ) dan apa-apa sahaja makanan / minuman , sekalipun dibacakan padanya Al-Quranul Karim ataupun doa-doa , maka tidaklah menjadikan kesemuanya itu suci .

Al-Quranul Karim ~ sbg mana pendapat majoriti ulama’ ~ tidak boleh disentuh melainkan dengan berwudhuk .

Manakala air , minyak , kismis , habbatus sauda’ dan apa-apa sahaja yang dibacakan ayat-ayat suci padanya tidak mengapa disentuh oleh seseorang walaupun tanpa berwudhuk .

Melangkah mushaf ) lembaran / naskah ) Al-Quranul Karim ataupun kitab-kitab yang mengandungi ayat-ayat suci dengan sengaja dan dengan maksud untuk menghinanya tidak syak lagi boleh menyebabkan dosa yang besar , bahkan boleh membawa kepada kufur dan murtad ( wal’iyadzu bilLahi min dzalik ) .

Melangkah air , minyak , kismis , habbatus sauda’ dan apa-apa sahaja yang dibacakan ayat-ayat suci padanya , TIDAKLAH DITEMUI DALIL YANG “ DIRECT “ ( sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini ) yang mengatakan perbuatan itu sebagai HARAM .

Walaupun ianya tidak disifatkan sebagai HARAM , akan tetapi masyarakat kita mengatakan ianya TIDAK BOLEH !.

“ TIDAK BOLEH “ di sini ertinya ~ TIDAK BERADAB / TIDAK BERAKHLAK .

Sebagai mana tidak ada sebarang dalil yang mengatakan bahawa HARAM melangkah bahu-bahu orang-orang yang berada di barisan hadapan kita , ataupun ( sbg mana tiada dalil yang mengatakan ) HARAM melangkah kepala-kepala orang ( lebih-lebih lagi orang-orang tua ) . Namun , sesiapa yang melakukannya sudah pasti dianggap BIADAP dan LAYAK DIBERI PENAMPAR !!!

Melangkah makanan dan minuman biasa ( yangt tidak dibacakan padanya ayat-ayat suci ) pun sudah dianggap BIADAP dan TIDAK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ILAHI , maka apatah lagi ( betapa pula ) kalau melangkah minuman dan makanan yang dibacakan padanya ayat-ayat suci Al-Quranul Karim dan Hadist-Hadist Nabi s.a.w !!?? .

Sekian . Semoga ada manfaatnya .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha )
[ Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa AL-Azhar ]
Íãá ÇáãÕÍÝ ÇáãÓøÌá


Bahagian ke- 14 , Jilid ke-3 , Halaman : 505
Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
27 / Dzulhijjah / 1423 H
28/ Febuari / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum