***********************
SJ – 2457 : BAGAIMANAKAH CARA ALLAH TA’ALA BERFIRMAN KEPADA NABI MUSA A.S ?
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara Solid di atas soalan yang dikemukakan itu . Soalan itu sebenarnya menyebabkan kita semua perlu memfokuskan perbicaraan kepada Ilmu Tafsir dan juga Usul-Tafsir ( ‘Ulumul Quran ) .
Soalan di atas juga sebenarnya , selain ianya berkaitan dengan WAHYU , ianya juga berkaitan dengan Firman Allah Ta’ala :
Huraian ringkas ayat : “ Begitulah, Kami telah mengutus banyak rasul sebelummu. Di antara mereka ada yang Kami ceritakan kisahnya kepadamu, dan ada pula yang tidak Kami ceritakan. Cara Allah memberikan wahyu kepada Mûsâ adalah dengan berbicara secara langsung dari balik tabir, tanpa perantara “ ~ Ayat 164 , Surah an-Nisa’ .
Para cendekiawan Islam yang mempunyai kajian di dalam bidang Tafsiran al-Quranul Karim dan ilmu-ilmu alatnya telah mengatakan bahawa WAHYU itu sendiri terbahagi kepada 3 jenis :
{ 1 } ~ Wahyu secara langsung , iaitu pemberitahuan Allah Ta’ala dengan ilham tanpa ada sebarang perantaraan . Termasuk di dalam kategori ini ialah mimpi yang tepat lagi benar , seperti Baginda Nabi Ibrahim a.s pernah menerima perintah menyembelih puteranya ; Baginda Nabi Ismail a.s ( Lihat Surah as-Soffat , ayat 100 –102 ) .
Selain itu , Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menerima wahyu yang dihantar ketika tidur ( mimpi ) dan wahyu melalui cara ini juga adalah benar dan tepat serta tidak dapat disangsi lagi .
{ 2 } ~ Mendengar firman Allah Ta’ala di sebalik tabir ataupun tirai . Wahyu dengan cara ini dilakukan secara langsung di antara Allah Ta’ala dengan Nabi-Nya a.s , seperti yang dialami oleh Baginda Nabi Musa a.s ketika menerima wahyu Ilahi di Jabal Musa di Thur Saina’ ( kawasan pergunungan di Semenanjung Sinai , Mesir yang bersempadanan dengan Palestin ) . ( Lihat Surah Toha , ayat 11 – 13 ) .
Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga pernah menerima wahyu daripada jenis ini , iaitu ketika Baginda s.a.w dijemput oleh Allah Ta’ala untuk berbicara di dalam peristiwa Isra’-Mikraj sebagai mana banyak dinyatakan di dalam hadis-hadis sahih .
Kami akan memfoluskan lebih lanjut mengenai hal ini selepas ini .
{ 3 } ~ Penyampaian wahyu melalui perantaran “ Setiausaha Wahyu “ ; Malaikat Jibril a.s . Sama ada dengan dapat dilihat Malaikat Jibril a.s ( di dalam beberapa bentuk yang dikehendaki Allah Ta’ala ) ataupun di dalam bentuk yang tidak dapat dilihat , Cuma didengari sahaja ucapan-ucapan Malaikat Jibril a.s . Ucapan-ucapan ini kadang-kadang seperti suara deruan lebah , ataupun paluan loceng yang bergema . Walaupun begitu Baginda Rasulullah s.a.w memahami dengan nyata lagi jelas kehendak Allah Ta’ala melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s itu , Cuma para sahabat r.a yang tidak melihat Malaikat Jibril a.s itu akan melihat tanda-tanda Baginda Rasulullah s.a.w sedang didatangi wahyu seperti badan Baginda s.a.w menjadi berat ataupun Baginda s.a.w kuat berpeluh walaupun cuaca ketika itu sangat dingin .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
FOKUS KEPADA WAHYU JENIS KE-2 :
Jika ditanya : “ Bagaimanakah boleh dikatakan Baginda Nabi Musa a.s dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu secara langsung daripada Allah Ta’ala walhal Baginda berdua s.a.w tidaklah melihat Zat Allah Ta’ala melainkan hanya di sebalik tabir dan tirai ? .
Jawapannya : Berbicara secara langsung tidaklah semestinya mesti bersemuka ( face to face ) , akan tetapi boleh juga secara sebaliknya . Contohnya : Jika Ali sedang berbicara dengan tunangnya di sebalik tabir ataupun pintu , adakah ini bermakna Ali tidak berbicara secara langsung dengan tunangnya ? .
Jika Ali ditelefon oleh Minah dan mereka berdua berbual-bual , walhal mereka berdua saling tidak melihat antara satu sama lain , adakah ini bermakna mereka berdua tidak berbicara secara langsung ? .
Begitulah yang dimaksudkan dengan wahyu Allah Ta’ala secara langsung iaitu tanpa perlu kepada perantaraan setiausaha wahyu ; Malaikat Jibril a.s .
Jika ditanya : “ Ada pihak mengatakan bahawa Allah Ta’ala tidak berkata-kata dengan Nabi Musa a.s di Thur Saina’ , sebaliknya Allah Ta’ala telah mencipta satu suara di sebatang pokok , lalu daripada situlah Nabi Musa a.s mendengar wahyu-wahyu dan kata-kata ( firman-firman ) Allah Ta’ala “ .
Jawapannya : Kenyataan itu ternyata salah dan ia berpunca daripada Mazhab Muktazilah yang suka mentakwilkan segala perkara yang zahir kepada sebaliknya dan disebabkan sikap mereka yang gemar menolak mentah-mentah sesuatu yang dirasakan tidak masuk akal .

Di dalam ayat di atas terdapat perkataan (( KALLAMA óßóáøóãó )) , ertinya : berbicara , dan (( TAKMILAN ÊóßúáöíãðÇ )) , ertinya sebenar-benar kata ( tanpa ada perantaraan ) .
(( TAKMILAN ÊóßúáöíãðÇ )) itu menurut Ilmu Bahasa Arab dikenali sebagai : MASDAR MU’AKKAD ( Kata Nama Terbitan Yang Ditegaskan ) .
Menurut masyarakat Arab , jika seseorang itu berkata-kata maka ia boleh difahami sama ada secara HAKIKAT ( zahir perkataan ) ataupun MAJAZ ( simbolik / kiasan ) . Akan tetapi , apabila sesuatu perkataan itu dimasuki oleh Masdar Mu’akkad maka tiada lain perkataan itu hanyalah menunjukkan maknanya secara hakiki dan zahir . Ertinya : Di saat itu perkataan itu tidak difahami secara kiasan ( yang tersirat ) bahkan secara apa yang diucapkan ( yang tersurat ) .
Dengan ini , tertolaklah pandangan Mazhab Muktazilah di dalam masalah ini ! .
Jika ditanya : “ Bagaimanakah cara dan hakikat sebenar Allah Ta’ala berkata-kata dengan Nabi Musa a.s ? “ .
Jawapannya : Itu tidak perlu dipersoal ! . Yang penting ialah kita beriman bahawa Allah Ta’ala memang pernah berkata-kata ( berfirman ) kepada Nabi Musa a.s . Dan yang penting juga kita beriman bahawa cara Allah Ta’ala berkata-kata itu tidak sama langsung dengan mana-mana makhluk-Nya .
Huraian Ringkas Ayat : “ Dia adalah Pencipta langit dan bumi yang sebelumnya tidak ada itu. Dia, demi kepentingan kalian, menciptakan pasangan –laki-laki dan perempuan– dari jenis manusia, dan pasangan –jantan dan betina– dari berbagai hewan ternak. Dengan pengaturan yang amat cermat itu, Dia memperbanyak kalian. Tidak ada yang menyerupai-Nya, dan tidak ada sesuatu pun yang pantas menjadi pasangan-Nya. Dialah yang mengetahui, dengan sempurna, semua hal yang bisa didengar dan dilihat, tanpa bantuan indera “ ~ Ayat 11 , Surah asy-Syura .
Jika ditanya lagi : “ Bagaimanakah rupanya tirai dan tabir yang digunakan oleh Allah Ta’ala itu ? “ .
Maka Jawablah : Apa perlu disoal perkara ini ? . Apakah penting hal ini diketahui ? . Kalau ianya sangat penting sudah tentu ia menjadi Rukun Islam ataupun menjadi hal yang Fardhu ‘Ain .
Apa yang tidak diperincikan oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w maka janganlah diselidiki dan janganlah dicari-cari . Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya . Jangalah banyak mencari-cari rahsia dan bertanya soalan yang bukan-bukan sebagai mana kelakuan Bani Israel ! . :bash
Kalau ( hanya ) tidak tahu bagaimanakah rupanya tabir / tirai itu tidaklah menyebabkan kita akan dihumbankan ke neraka ( wal’iyadzu bilLahi min dzalik ) dan kalau tahu mengenainya ( sahaja ) pun , tidaklah menjadi punca ( satu-satu sebab ) kita boleh masuk ke dalam syurga Ilahi .
Masih banyak perkara Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah yang belum sempat kita selesaikan . Ayuhlah kita selesaikannya dahulu daripada terus berfalsafah dan bermain-main dengan persoalan remeh-temeh seperti ini ! .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
2 – TAFSIR al-MUNTAKHAB
( Tafsiran al-Quranul Karim dalam 6 bahsa utama dunia )
Terbitan : Majlis Tertinggi Hal-Ehwal Islam , Kem. Waqaf , Republik Arab Mesir
3 – al-FUTUHAT al-ILAHIYAH
( Huraian Kepada Tafsir al-Jalalain rh )
Oleh : al-‘Allamah al-Imam Sulaiman Bin ‘Umar al-‘Ujaili asy-Syafi’e rh
Jilid 2 , Halaman 159
Terbitan : Dar al-Kotob al-Ilmiyah , Beirut ( 1996 )
4 – al-MADKHAL LI DIRASAT al-QURANIL KARIM
Oleh : al-‘Allamah Prof. Dr . Muhammad Bin Muhammad Abu Syuhbah rh
( Dekan Fakulti al-Quran dan As-Sunnah , Universiti al-Azhar asy-Syarif tahun 1970 )
Halaman : 78 – 81
Terbitan : Maktabah as-Sunnah , Kaherah
5 – ULUMUL al-QURAN TINGKATAN 6
Oleh : al-Fadhil Ustaz ( Prof. Madya. Dr ) Joni Tamkin Borhan & al-Fadhilah Ustazah ( Dr ) Che Zarina Shaari
Halaman : 61 – 66
Terbitan : Cahaya Pantai Publishing ( M ) Sdn . Bhd , Pantai Baru , K. Lumpur
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
25 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
26 / Mei / 2003 M
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2457 : BAGAIMANAKAH CARA ALLAH TA’ALA BERFIRMAN KEPADA NABI MUSA A.S ?
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara Solid di atas soalan yang dikemukakan itu . Soalan itu sebenarnya menyebabkan kita semua perlu memfokuskan perbicaraan kepada Ilmu Tafsir dan juga Usul-Tafsir ( ‘Ulumul Quran ) .
Soalan di atas juga sebenarnya , selain ianya berkaitan dengan WAHYU , ianya juga berkaitan dengan Firman Allah Ta’ala :
æóÑõÓõáÇð ÞóÏú ÞóÕóÕúäóÇåõãú Úóáóíúßó ãöä ÞóÈúáõ æóÑõÓõáÇð áøóãú äóÞúÕõÕúåõãú Úóáóíúßó æóßóáøóãó Çááøåõ ãõæÓóì ÊóßúáöíãðÇ
Huraian ringkas ayat : “ Begitulah, Kami telah mengutus banyak rasul sebelummu. Di antara mereka ada yang Kami ceritakan kisahnya kepadamu, dan ada pula yang tidak Kami ceritakan. Cara Allah memberikan wahyu kepada Mûsâ adalah dengan berbicara secara langsung dari balik tabir, tanpa perantara “ ~ Ayat 164 , Surah an-Nisa’ .
Para cendekiawan Islam yang mempunyai kajian di dalam bidang Tafsiran al-Quranul Karim dan ilmu-ilmu alatnya telah mengatakan bahawa WAHYU itu sendiri terbahagi kepada 3 jenis :
{ 1 } ~ Wahyu secara langsung , iaitu pemberitahuan Allah Ta’ala dengan ilham tanpa ada sebarang perantaraan . Termasuk di dalam kategori ini ialah mimpi yang tepat lagi benar , seperti Baginda Nabi Ibrahim a.s pernah menerima perintah menyembelih puteranya ; Baginda Nabi Ismail a.s ( Lihat Surah as-Soffat , ayat 100 –102 ) .
Selain itu , Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menerima wahyu yang dihantar ketika tidur ( mimpi ) dan wahyu melalui cara ini juga adalah benar dan tepat serta tidak dapat disangsi lagi .
{ 2 } ~ Mendengar firman Allah Ta’ala di sebalik tabir ataupun tirai . Wahyu dengan cara ini dilakukan secara langsung di antara Allah Ta’ala dengan Nabi-Nya a.s , seperti yang dialami oleh Baginda Nabi Musa a.s ketika menerima wahyu Ilahi di Jabal Musa di Thur Saina’ ( kawasan pergunungan di Semenanjung Sinai , Mesir yang bersempadanan dengan Palestin ) . ( Lihat Surah Toha , ayat 11 – 13 ) .
Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga pernah menerima wahyu daripada jenis ini , iaitu ketika Baginda s.a.w dijemput oleh Allah Ta’ala untuk berbicara di dalam peristiwa Isra’-Mikraj sebagai mana banyak dinyatakan di dalam hadis-hadis sahih .
Kami akan memfoluskan lebih lanjut mengenai hal ini selepas ini .
{ 3 } ~ Penyampaian wahyu melalui perantaran “ Setiausaha Wahyu “ ; Malaikat Jibril a.s . Sama ada dengan dapat dilihat Malaikat Jibril a.s ( di dalam beberapa bentuk yang dikehendaki Allah Ta’ala ) ataupun di dalam bentuk yang tidak dapat dilihat , Cuma didengari sahaja ucapan-ucapan Malaikat Jibril a.s . Ucapan-ucapan ini kadang-kadang seperti suara deruan lebah , ataupun paluan loceng yang bergema . Walaupun begitu Baginda Rasulullah s.a.w memahami dengan nyata lagi jelas kehendak Allah Ta’ala melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s itu , Cuma para sahabat r.a yang tidak melihat Malaikat Jibril a.s itu akan melihat tanda-tanda Baginda Rasulullah s.a.w sedang didatangi wahyu seperti badan Baginda s.a.w menjadi berat ataupun Baginda s.a.w kuat berpeluh walaupun cuaca ketika itu sangat dingin .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
FOKUS KEPADA WAHYU JENIS KE-2 :
Jika ditanya : “ Bagaimanakah boleh dikatakan Baginda Nabi Musa a.s dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu secara langsung daripada Allah Ta’ala walhal Baginda berdua s.a.w tidaklah melihat Zat Allah Ta’ala melainkan hanya di sebalik tabir dan tirai ? .
Jawapannya : Berbicara secara langsung tidaklah semestinya mesti bersemuka ( face to face ) , akan tetapi boleh juga secara sebaliknya . Contohnya : Jika Ali sedang berbicara dengan tunangnya di sebalik tabir ataupun pintu , adakah ini bermakna Ali tidak berbicara secara langsung dengan tunangnya ? .
Jika Ali ditelefon oleh Minah dan mereka berdua berbual-bual , walhal mereka berdua saling tidak melihat antara satu sama lain , adakah ini bermakna mereka berdua tidak berbicara secara langsung ? .
Begitulah yang dimaksudkan dengan wahyu Allah Ta’ala secara langsung iaitu tanpa perlu kepada perantaraan setiausaha wahyu ; Malaikat Jibril a.s .
Jika ditanya : “ Ada pihak mengatakan bahawa Allah Ta’ala tidak berkata-kata dengan Nabi Musa a.s di Thur Saina’ , sebaliknya Allah Ta’ala telah mencipta satu suara di sebatang pokok , lalu daripada situlah Nabi Musa a.s mendengar wahyu-wahyu dan kata-kata ( firman-firman ) Allah Ta’ala “ .
Jawapannya : Kenyataan itu ternyata salah dan ia berpunca daripada Mazhab Muktazilah yang suka mentakwilkan segala perkara yang zahir kepada sebaliknya dan disebabkan sikap mereka yang gemar menolak mentah-mentah sesuatu yang dirasakan tidak masuk akal .
Perhatikan baik-baik firman Allah Ta’ala :
æóÑõÓõáÇð ÞóÏú ÞóÕóÕúäóÇåõãú Úóáóíúßó ãöä ÞóÈúáõ æóÑõÓõáÇð áøóãú äóÞúÕõÕúåõãú Úóáóíúßó æóßóáøóãó Çááøåõ ãõæÓóì ÊóßúáöíãðÇ
Huraian ringkas ayat : “ Begitulah, Kami telah mengutus banyak rasul sebelummu. Di antara mereka ada yang Kami ceritakan kisahnya kepadamu, dan ada pula yang tidak Kami ceritakan. Cara Allah memberikan wahyu kepada Mûsâ adalah dengan berbicara secara langsung dari balik tabir, tanpa perantara “ ~ Ayat 164 , Surah an-Nisa’ .
Di dalam ayat di atas terdapat perkataan (( KALLAMA óßóáøóãó )) , ertinya : berbicara , dan (( TAKMILAN ÊóßúáöíãðÇ )) , ertinya sebenar-benar kata ( tanpa ada perantaraan ) .
(( TAKMILAN ÊóßúáöíãðÇ )) itu menurut Ilmu Bahasa Arab dikenali sebagai : MASDAR MU’AKKAD ( Kata Nama Terbitan Yang Ditegaskan ) .
Menurut masyarakat Arab , jika seseorang itu berkata-kata maka ia boleh difahami sama ada secara HAKIKAT ( zahir perkataan ) ataupun MAJAZ ( simbolik / kiasan ) . Akan tetapi , apabila sesuatu perkataan itu dimasuki oleh Masdar Mu’akkad maka tiada lain perkataan itu hanyalah menunjukkan maknanya secara hakiki dan zahir . Ertinya : Di saat itu perkataan itu tidak difahami secara kiasan ( yang tersirat ) bahkan secara apa yang diucapkan ( yang tersurat ) .
Dengan ini , tertolaklah pandangan Mazhab Muktazilah di dalam masalah ini ! .
Jika ditanya : “ Bagaimanakah cara dan hakikat sebenar Allah Ta’ala berkata-kata dengan Nabi Musa a.s ? “ .
Jawapannya : Itu tidak perlu dipersoal ! . Yang penting ialah kita beriman bahawa Allah Ta’ala memang pernah berkata-kata ( berfirman ) kepada Nabi Musa a.s . Dan yang penting juga kita beriman bahawa cara Allah Ta’ala berkata-kata itu tidak sama langsung dengan mana-mana makhluk-Nya .
Firman Allah Ta’ala :
ÝóÇØöÑõ ÇáÓøóãóÇæóÇÊö æóÇáúÃóÑúÖö ÌóÚóáó áóßõã ãøöäú ÃóäÝõÓößõãú ÃóÒúæóÇÌðÇ æóãöäó ÇáúÃóäúÚóÇãö ÃóÒúæóÇÌðÇ íóÐúÑóÄõßõãú Ýöíåö áóíúÓó ßóãöËúáöåö ÔóíúÁñ æóåõæó ÇáÓøóãöíÚõ ÇáÈóÕöíÑõ
Huraian Ringkas Ayat : “ Dia adalah Pencipta langit dan bumi yang sebelumnya tidak ada itu. Dia, demi kepentingan kalian, menciptakan pasangan –laki-laki dan perempuan– dari jenis manusia, dan pasangan –jantan dan betina– dari berbagai hewan ternak. Dengan pengaturan yang amat cermat itu, Dia memperbanyak kalian. Tidak ada yang menyerupai-Nya, dan tidak ada sesuatu pun yang pantas menjadi pasangan-Nya. Dialah yang mengetahui, dengan sempurna, semua hal yang bisa didengar dan dilihat, tanpa bantuan indera “ ~ Ayat 11 , Surah asy-Syura .
Jika ditanya lagi : “ Bagaimanakah rupanya tirai dan tabir yang digunakan oleh Allah Ta’ala itu ? “ .
Maka Jawablah : Apa perlu disoal perkara ini ? . Apakah penting hal ini diketahui ? . Kalau ianya sangat penting sudah tentu ia menjadi Rukun Islam ataupun menjadi hal yang Fardhu ‘Ain .
Apa yang tidak diperincikan oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w maka janganlah diselidiki dan janganlah dicari-cari . Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya . Jangalah banyak mencari-cari rahsia dan bertanya soalan yang bukan-bukan sebagai mana kelakuan Bani Israel ! . :bash
Kalau ( hanya ) tidak tahu bagaimanakah rupanya tabir / tirai itu tidaklah menyebabkan kita akan dihumbankan ke neraka ( wal’iyadzu bilLahi min dzalik ) dan kalau tahu mengenainya ( sahaja ) pun , tidaklah menjadi punca ( satu-satu sebab ) kita boleh masuk ke dalam syurga Ilahi .
Masih banyak perkara Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah yang belum sempat kita selesaikan . Ayuhlah kita selesaikannya dahulu daripada terus berfalsafah dan bermain-main dengan persoalan remeh-temeh seperti ini ! .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
b] 1 – ENSIKLOPEDIA al-QURANUL KARIM [/b]
( Tafsiran al-Quranul Karim berdasarkan huraian Para Imam at-Tobari rh , al-Qurtubi rh , al-Jalalain rh dan Ibnu Katsir rh )
Terbitan : ESC Software , Egypt
2 – TAFSIR al-MUNTAKHAB
( Tafsiran al-Quranul Karim dalam 6 bahsa utama dunia )
Terbitan : Majlis Tertinggi Hal-Ehwal Islam , Kem. Waqaf , Republik Arab Mesir
3 – al-FUTUHAT al-ILAHIYAH
( Huraian Kepada Tafsir al-Jalalain rh )
Oleh : al-‘Allamah al-Imam Sulaiman Bin ‘Umar al-‘Ujaili asy-Syafi’e rh
Jilid 2 , Halaman 159
Terbitan : Dar al-Kotob al-Ilmiyah , Beirut ( 1996 )
4 – al-MADKHAL LI DIRASAT al-QURANIL KARIM
Oleh : al-‘Allamah Prof. Dr . Muhammad Bin Muhammad Abu Syuhbah rh
( Dekan Fakulti al-Quran dan As-Sunnah , Universiti al-Azhar asy-Syarif tahun 1970 )
Halaman : 78 – 81
Terbitan : Maktabah as-Sunnah , Kaherah
5 – ULUMUL al-QURAN TINGKATAN 6
Oleh : al-Fadhil Ustaz ( Prof. Madya. Dr ) Joni Tamkin Borhan & al-Fadhilah Ustazah ( Dr ) Che Zarina Shaari
Halaman : 61 – 66
Terbitan : Cahaya Pantai Publishing ( M ) Sdn . Bhd , Pantai Baru , K. Lumpur
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
25 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
26 / Mei / 2003 M
ISNIN – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum