***********************
SJ – 2528 : HUKUM MENANAM GIGI
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara Petapa yang telah mengemukakan soalan .
Sebelum kami menjelaskan soalan yang saudara kemukakan itu , perlu kami meninjau terlebih dahlulu soalan saudara di atas .
Kata saudara :
Quote:
jika uri dan kulit kemaluan perlu ditanam...jadi perlu ke kita tanam gigi???
Respon Kami : Apakah yang saudara maksudkan dengan “ perlu “ di atas . Kalau perlu itu bermakna WAJIB maka kami sepanjang ilmu pengetahuan yang sedikit ini tidak pernah bertemu dengan mana-mana dalil ataupun fatwa yang mewajibkan ditanam uri , kulit kemaluan dan juga gigi .
Semuanya itu sebenarnya lebih berupa ADAT-TRADISI masyarakat kita . Kemungkinan ianya disebabkan sikap hormat terhadap anugerah Allah Ta’ala ( sebab tubuh badan pun anugerah Ilahi juga ) yang memang dipegang kemas oleh orang-orang kita sejak zaman berzaman . Mungkin juga disebabkan datuk-nenek-moyang kita dahulu berpegang dengan falsafah “ Dari tanah kita datang , kepada tanah kita kembali “ , maka semua anggota badan ini hatta rambut dan gigi pun mereka akan tanam .
Ada pula yang meletakkan bahan-bahan tertentu , contohnya garam dan asam keping pada uri yang akan di tanam ( yang sekilas pandang macam hendak dimasak ) , akan tetapi itu dilakukan ( termasuk juga menanamnya ) demi terhindar daripada menjadi makanan binatang-binatang seperti anjing dan agar baunya “ tidak naik “ .
Jadi ianya lebih berupa adat berbanding syari’at . Walaupun begitu syari’at kita tidak juga melarang perkara tersebut dilakukan asalkan jangan dilakukan dengan kepercayaan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan Tauhid yang murni .
Begitulah juga dengan gigi yang telah dicabut ataupun tercabut , tidak ada dalil yang mewajibkannya ditanam . Tapi kalau mahu juga ianya ditanam , silakan sahaja ( hukumnya HARUS ) . Cuma jangan pula “ pandai-pandai “ kata bahawa Islam mewajibkan semua umatnya menanam gigi . Kalau semua gigi perlu ditanam , maka ini bermakna doktor-doktor gigi telah mempunyai satu lagi kewajipan dan tugas baru .
Kalau gigi itu mahu dibuang pun tidak mengapa ( tidak mendatangkan dosa ) , dan kalau mahu ditanam pun tidak apa ( HARUS ) . Cuma janganlah sampai berkeras sangat memegang adat Melayu sehingga mahu dikatakan wajib menanamnya . Apa perlu bertekak masalah remeh ini walhal menanam gigi itu bukannya boleh menumbuhkan pokok dan buah untuk kita ? . :shocked: :spamafote
Bezakanlah di antara adat dengan syariat dan fahamilah bukan pula semua adat itu ditentang oleh syariat ! .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
23 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
24 / Mei / 2003 M
SABTU – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum