kita tau yang non Muslim spt Buddha dan Hindu "beribadat" denganm menyembah ptung-patung yang dikatakan tuhan mereka
Jika dahulu...kita mungkin boleh mengatakan mereka bodoh kerana menyembah sesuatu yang mereka sendiri cipta dan ukir...!!!
Tapi kini...ya... mereka masih lagi bodoh...dan selama-lamanya akan bodoh...sehinggalah mereka menerima petunjuk dan hidayah untuk menerima Islam... tapi...jika kita(MUSLIM) berhujah dengan mereka...mengatakan mereka bodoh kerana menyembah patung-patung tu... MEREKA AKAN MENJAWAB :
"Patung-patung tu semua hanyalah medium atau perantaraan kepada tuhan yang sebenar.... contohnya... jikala kita ingin meminta sesuatu dengan seseorang yang berada di tempat yang jauh... kita masih akan menggunakan alat seperti telefon dan sebagainya...maka telefon itu...samalah dengan patung-patung ni..!!!"
Ha....dah kalau mereka menjawab macam tu... apa kita nak jawab...sebab mereka kata...mereka masih percayakan tuhan langit... cuma patung tu hanyalah sbg perantaraan dengan tuhannya... Jadi...
ana tau...MUSLIM'S ALWAYS RIGHT....but, APA KITA NAK JAWAB !!! dari segi aqli dan naqlinya??
wa
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2542 : BAGAIMANA DIJAWAB SOALAN DARIPADA ORANG BUKAN ISLAM ?
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara VhoutenJr al-Kalantani yang telah mengajukan soalan di atas . Pihak al-Ahkam Online , khasnya Pendekar memohon jutaan kemaafan di atas kelewatan menjawab soalan saudara di atas , apatah lagi semenjak beberapa minggu ini kesemua panelis fiqh termasuk tuan guru kami sendiri , Webmaster Ust Zain ys sibuk dengan dengan berbagai tugas dan program .
Soalan yang diajukan itu sudah pasti 100 % soalan ‘aqidah . Dan tiada salahnya seseorang muslim itu berdialog dengan golongan non-muslim agar mereka lebih hampir kpd Islam , lebih memahaminya seterusnya memeluk agama yang suci murni ini .
Allah Ta’ala telah menggariskan cara berdialog dengan golongan bukan Islam ini dengan firman-Nya :
ÇÏúÚõ Åöáöì ÓóÈöíáö ÑóÈøößó ÈöÇáúÍößúãóÉö æóÇáúãóæúÚöÙóÉö ÇáúÍóÓóäóÉö æóÌóÇÏöáúåõã ÈöÇáøóÊöí åöíó ÃóÍúÓóäõ Åöäøó ÑóÈøóßó åõæó ÃóÚúáóãõ Èöãóä Öóáøó Úóä ÓóÈöíáöåö æóåõæó ÃóÚúáóãõ ÈöÇáúãõåúÊóÏöíäó
Tafsiran ringkasnya : “ Wahai Nabi, ajaklah manusia meniti jalan kebenaran yang diperintahkan oleh Tuhanmu. Pilihlah jalan dakwah terbaik yang sesuai dengan kondisi manusia. Ajaklah kaum cendekiawan yang memiliki pengetahuan tinggi untuk berdialog dengan kata-kata bijak, sesuai dengan tingkat kepandaian mereka. Terhadap kaum awam, ajaklah mereka dengan memberikan nasihat dan perumpamaan yang sesuai dengan taraf mereka sehingga mereka sampai kepada kebenaran melalui jalan terdekat yang paling cocok untuk mereka. Debatlah Ahl al-Kitâb yang menganut agama-agama terdahulu dengan logika dan retorika yang halus, melalui perdebatan yang baik, lepas dari kekerasan dan umpatan agar mereka puas dan menerima dengan lapang dada. Itulah metode berdakwah yang benar kepada agama Allah sesuai dengan kecenderungan setiap manusia. Tempuhlah cara itu dalam menghadapi mereka. Sesudah itu serahkan urusan mereka pada Allah yang Maha Mengetahui siapa yang larut dalam kesesatan dan menjauhkan diri dari jalan keselamatan, dan siapa yang sehat jiwanya lalu mendapat petunjuk dan beriman dengan apa yang kamu bawa “ .~ Ayat 125 , surah an-Nahl .
Soalan yang diajukan di atas juga adalah soalan yang memerlukan kita memahami perbezaan di antara TAUHID ar-RUBUBIAH dengan TAUHID al-ULUHIAH / al-‘UBUDIAH . Secara ringkasnya para ulama’ salafus solihin rh telah memberikan perbezaan di antara dua jenis Tauhid ini sebagai mana berikut :
TAUHID ar-RUBUBIAH :
Apabila seseorang itu mempercayai bahawa ada satu kuasa yang maha hebat , yang dikenali sebagai TUHAN , yang mana Dialah yang mencipta alam semesta ini dan Dialah yang paling berkuasa maka dia dianggap telah mempercayai hal tersebut dari sudut Tauhid ar-Rububiah .
Pendek kata : Sesiapa sahaja yang mengakui adanya Tuhan dan Tuhan itu pula Maha Berkuasa , maka dia telah bertauhid dengan tauhid jenis ar-Rububiah .
Walaupun dia beriman dengan Tauhid jenis ini , ini tidaklah bermakna bahawa dia telah dianggap benar-benar beriman menurut ajaran Islam . Tauhid ( Kepercayaan ) seperti ini tidak diakui oleh Islam disebabkan ianya tidak menafikan pula kewujudan Tuhan-Tuhan lain yang juga mempunyai kuasa dengan Tuhan Yang Maha Hebat dan Maha Perkasa itu .
Tauhid jenis ini ditolak oleh Islam dan tidak diakuinya kerana Tauhid ini diyakini juga oleh para penyembah berhala .
Para penganut Hindu , selain percaya adanya Tuhan Yang Paling Besar yang bernama Brahma , mereka turut sama percaya adanya Tuhan selain-nya yang sama berkuasa iaitu Tuhan Vishnu ( Tuhan Perdamaian dan Kasih-Sayang ) dan Tuhan Siva ( Tuhan Yang Berkuasa dan Yang Memusnahkan ) . Ertinya di sini , mereka tetap beriman adanya tuhan lain selain Brahma . Itu belum lagi dikira dengan tuhan-tuhan yang lain yang diangkat oleh masyarakat Hindu kerana menurut para pengkaji sejarah , orang-orang Hindulah merupakan orang-orang yang paling banyak tuhan mereka .
Para penganut Kristian pula percaya akan adanya Tuhan Yang Paling Besar yang mereka namakan sebagai “ TUHAN BAPA “ . Selain itu mereka juga beriman bahawa selain-nya ada lagi tuhan iaitu “ TUHAN ANAK “ ( Jesus Christ ) dan “ ROH KUDUS “ ( Holy Spirit ) . Mereka tetap beriman bahawa Jesus Christ dan Roh Kudus juga mempunyai kuasa mutlak sama seperti Tuhan Bapa walaupun Tuhan Bapa itu mereka letakkan di tempat teratas dalam senarai tuhan-tuhan mereka . Ertinya di sini , selain Tuhan Bapa , ada lagi tuhan-tuhan lain yang turut sama mempunyai kuasa yang seperti diri-nya .
Para penganut agama Majusi pula menyakini bahawa Tuhan itu ada dua , ada Tuhan Cahaya ( Ahuramazda ) yang dianggap sebagai Tuhan Kebaikan , dan selain-nya ialah Tuhan Kegelapan iaitu Ahriman yang mewakili segala kejahatan. Kedua-dua Tuhan ini mempunyai kuasa mutlak .
Begitulah juga dengan Masyarakat Jahiliyah sebelum kedatangan Islam dan juga kaum Musyrikin Quraisy . Mereka memang yakin adanya Allah , mereka memang yakin bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Berkuasa Dan Maha Perkasa , mereka juga yakin bahawa alam maya ini adalah ciptaan-Nya . Akan tetapi dalam masa yang sama mereka tidak menafikan ( membuang ) pula tuhan-tuhan selain-Nya yang mereka cipta sendiri seperti Lata , Uzza dan Manat .
Kerana kepercayaan adanya Tuhan selain Allah Ta’ala inilah mereka ditolak oleh Islam walaupun asasnya mereka tetap percaya adanya Tuhan ( tidak seperti ad-Dahry , Atheis dan Komunis yang tidak mempercayai adanya Tuhan ) .
Firman Allah Ta’ala menjelaskan sikap mereka itu :
æóáóÆöä ÓóÃóáúÊóåõã ãøóäú ÎóáóÞó ÇáÓøóãóÇæóÇÊö æóÇáúÃóÑúÖó æóÓóÎøóÑó ÇáÔøóãúÓó æóÇáúÞóãóÑó áóíóÞõæáõäøó Çááøóåõ ÝóÃóäøóì íõÄúÝóßõæäó
Huraian ringkas ayat : “ Aku bersumpah bahwa jika orang-orang musyrik itu kamu tanya tentang siapa yang menciptakan langit dan bumi, dan menundukkan matahari dan bulan untuk kepentingan manusia, mereka pasti akan menjawab bahwa semua itu diciptakan oleh Allah. Mereka tidak akan menyebut nama selain Allah. Kalau begitu, mengapa mereka menolak ajaran pengesaan Allah swt., padahal mereka sudah menyatakan itu semua ? “ . ~ Ayat 61 , Surah al-‘Ankabut .
æóáóÆöä ÓóÃóáúÊóåõã ãøóäú ÎóáóÞóåõãú áóíóÞõæáõäøó Çááøóåõ ÝóÃóäøóì íõÄúÝóßõæäó
Huraian ringkas ayat : “ Jika kamu, wahai Muhammad, bertanya kepada orang-orang musyrik tentang siapa yang menciptakan mereka, mereka tentu akan menjawab, "Allah." Lalu mengapa mereka berpaling untuk menyembah tuhan selain Allah dan tidak menyembah-Nya, padahal mereka sendiri mengakui bahwa Allah adalah Tuhan yang menciptakan mereka? Sungguh, hal itu benar-benar aneh ! “ . ~ Ayat 87 , Surah az-Zukhruf .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
TAUHID al-ULUHIYAH @ al-‘UBUDIYAH :
Tauhid al-Uluhiyah ataupun dikenali juga sebagai Tauhid al-‘Ubudiyah ini adalah merupakan Tauhid yang berlawanan dengan jenis pertama tadi ( Tauhid ar-Rububiah ) . Ini disebabkan Tauhid jenis kedua ini bukan sahaja mewajibkan para penganutnya mesti percaya adanya Tuhan yang disembah yang bernama Allah dan Dialah sahaja Tuhan tiada sekutu bagi-Nya , bahkan tauhid ini juga mewajibkan setiap penganutnya agar beribadah , agar hidup dan mati HANYALAH SEMATA-MATA untuk Allah Ta’ala .
Tauhid jenis kedua inilah yang digelar TAUHID YANG SEBENAR dan TAUHID YANG DITUNTUT . Dan Tauhid jenis inilah yang menyebabkan Baginda Rasulullah s.a.w diperangi oleh seluruh musuh-musuh Islam . Tauhid jenis ini jugalah yang datang dengan membawa kalimah yang suci-murni , iaitu :
áóÇ Åöáóåó ÅöáøóÇ Çááøóåõ ãøõÍóãøóÏñ ÑøóÓõæáõ Çááøóåö
Di dalam Sirah Rasulullah s.a.w sendiri ada menceritakan bahawa tatkala seorang Arab Badwi bertanya kepada Baginda s.a.w apakah jenis ajaran yang dibawa oleh Baginda s.a.w , maka dijawab oleh Baginda s.a.w dengan Kalimah Tauhid di atas . Lalu apabila sahaja mendengar kalimah itu , Arab Badwi itu pun menyatakan : “ Kalimah itu akan menyebabkan dirimu akan diperangi oleh Masyarakat Arab dan bukan Arab “ ! .
Mengapakah Arab Badwi itu berkata sebegitu ? . Ini membuktikan bahawa dia sangat memahami apakah yang terkandung di dalam kalimah Tauhid itu iaitu HANYA MENGAKUI Allah sahajalah Tuhan dan Dia sahajalah yang layak disembah , dimuliakan dan diibadati ! .
Tauhid ini jugalah yang menyebabkan kaum musyrikin dan bukan Islam itu kesemuanya dianggap masih belum beriman dan bertauhid dalam pengertian yang sebenarnya ! .
Orang yang beriman dengan Tauhid jenis kedua ini sahajalah yang layak digelar sebagai MUKHLIS dan ini menyebabkan kaum musyrikin yang hanya beriman dengan tauhid jenis pertama tadi TIDAK LAYAK SAMA SEKALI dianggap sebagai mukhlis , apatah lagi sebagai “ muwahhid “ ( orang yang bertauhid dengan tauhid yang sebenar ) !!! .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
SIKAP ORANG-ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP TUHAN-TUHAN MEREKA :
Orang-orang bukan Islam bukan sahaja mereka percaya bahawa Tuhan itu ada berbilang-bilang , bahkan mereka juga beriman bahawa semua Tuhan itu mempunyai kuasa dan boleh memberi manfaat dan boleh memberi mudharat .
Dan mereka bukan sahaja menjadikan Tuhan-Tuhan dan Dewa-Dewa itu sebagai PERANTARAAN bahkan mereka meyakini juga bahawa kesemua perantaraan itu mempunyai kuasa yang setanding dengan Tuhan Yang Maha Besar .
Mereka menganggap bahawa tanpa perantaraan itu , kesemua hajat mereka tidak akan didengar oleh Tuhan Yang Paling Besar . Seperti jika tiada posmen , takkanlah sampai surat di rumah . Samalah seperti telefon , tanpa telefon tidaklah dapat dihubungi seseorang itu .
Ertinya , mereka bukan sahaja menjadikan dewa-dewi dan pendita-pendita mereka itu sebagai WASILAH ( Perantaraan / Orang Tengah / Yang Menghubungkan ) BAHKAN TETAPI mereka lantik pula kesemua wasilah itu sebagai Tuhan-Tuhan selain daripada Tuhan Yang Maha Besar .
Buktinya ? . Buktinya akan kami bentangkan secara naqli ( berdasarkan nas-nas kitab al-Quranul Karim ataupun Sunnah ) dan juga secara ‘aqli ( secara logika dan kiasan akal ) .
DALIL-DALIL NAQLI :
ÃóáóÇ áöáøóåö ÇáÏøöíäõ ÇáúÎóÇáöÕõ æóÇáøóÐöíäó ÇÊøóÎóÐõæÇ ãöä Ïõæäöåö ÃóæúáöíóÇÁ ãóÇ äóÚúÈõÏõåõãú ÅöáøóÇ áöíõÞóÑøöÈõæäóÇ Åöáóì Çááøóåö ÒõáúÝóì Åöäøó Çááøóåó íóÍúßõãõ Èóíúäóåõãú Ýöí ãóÇ åõãú Ýöíåö íóÎúÊóáöÝõæäó Åöäøó Çááøóåó áóÇ íóåúÏöí ãóäú åõæó ßóÇÐöÈñ ßóÝøóÇÑñ
Huraian ringkasnya : “ Ingatlah bahwa hanya Allah yang memiliki agama yang benar tanpa cacat. Orang- orang musyrik yang mengaku mempunyai penolong selain Allah berkata, "Kami menyembah mereka bukan karena mereka itu pencipta. Kami hanya menyembah mereka agar mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan syafaat yang akan mereka berikan kepada kami di hadapan Allah." Allah akan memutuskan hukum di antara orang-orang musyrik dan orang-orang mukmin yang mengesakan Allah tentang perkara syirik dan tauhid yang dahulu mereka perselisihkan. Allah tidak akan menunjukkan kebenaran kepada orang yang kebiasaannya berbohong dan cenderung selalu berbuat bohong “ . ~ Ayat 3 , Surah az-Zumar .
## Ayat ini menjelaskan sikap orang-orang musyrikin yang mendakwa bahawa patung-patung dan dewa-dewa yang mereka anggap sebagai tuhan – tuhan itu boleh membantu ( memberi syafaat ) mereka di hadapan Tuhan Yang Maha Besar kelak . Ayat ini juga menjelaskan sikap mereka menurut skop Tauhid ar-Rububiah dan Tauhid al-Uluhiyah / al-‘Ubudiyah . Selain itu ayat ini juga menjelaskan bahawa mereka menjadikan semua itu sebagai perantaraan yang boleh menyampaikan hajat mereka kepada Tuhan Yang Maha Besar .
Walaupun ayat di atas menunjukkan bahawa mereka menjadikan semua patung dan dewa-demi itu sebagai perantaraan ( wasilah ) , ini tidaklah menafikan bahawa mereka turut sama beranggapan bahawa tuhan-tuhan itu juga mempunyai kuasa yang besar dan merupakan sekutu bagi Tuhan Yang Besar . Sila pelajari pula ayat-ayat berikut ini :
æóíóÚúÈõÏõæäó ãöä Ïõæäö Çááøåö ãóÇ áÇó íóÖõÑøõåõãú æóáÇó íóäÝóÚõåõãú æóíóÞõæáõæäó åóÜÄõáÇÁ ÔõÝóÚóÇÄõäóÇ ÚöäÏó Çááøåö Þõáú ÃóÊõäóÈøöÆõæäó Çááøåó ÈöãóÇ áÇó íóÚúáóãõ Ýöí ÇáÓøóãóÇæóÇÊö æóáÇó Ýöí ÇáÃóÑúÖö ÓõÈúÍóÇäóåõ æóÊóÚóÇáóì ÚóãøóÇ íõÔúÑößõæäó
Huraian ringkas ayat : “ Orang-orang musyrik yang membuat-buat kebohongan tentang Allah dengan kesyirikan itu menyembah berhala-berhala yang batil, yang tidak memberikan mudarat atau manfaat kepada mereka. Mereka berkata, "Berhala-berhala itu akan memberi syafaat kepada kami di sisi Allah di akhirat nanti." Katakanlah kepada mereka, wahai Rasulullah, "Apakah kalian memberitahukan kepada Allah tentang adanya sekutu bagi-Nya, yang tidak Dia ketahui keberadaannya di langit dan bumi. Allah Mahasuci dari sekutu dan dari prasangka serta peribadatan kalian kepada sekutu-sekutu itu “ . ~ Ayat 18 , Surah Yunus .
## Ayat ini pula menjelaskan bahawa orang-orang Kafir itu menyembah semua patung mereka kerana bukan sahaja ianya menjadi wasilah mereka menuju kepada Tuhan Yang Maha Besar , akan tetapi mereka juga yakin patung-patung itu semua mampu memberi mudharat dan manfaat sebagai mana Tuhan Yang Besar juga mampu berbuat demikian .
## Selain itu , mereka juga yakin bahawa semua patung dan dewa-dewi itu mempunyai syafaat mutlaq ( secara total ) . Memang benar umat Islam juga yakin adanya syafaat besar daripada Baginda Rasulullah s.a.w pada hari akhirat kelak , akan tetapi syafaat itu tidaklah secara total bahkan ia hanya berlaku dengan izin dan kuasa daripada Allah Ta’ala . Ini dijelaskan oleh Allah Ta’ala di dalam Ayat al-Kursi :
ãóä ÐóÇ ÇáøóÐöí íóÔúÝóÚõ ÚöäúÏóåõ ÅöáÇøó ÈöÅöÐúäöåö
Huraian ringkas ayat : “ …… Maka dari itu, tak seorang makhluk pun dapat memberi syafaat kepada yang lainnya kecuali dengan izin Allah…… “ ~ Ayat 255 , Surah al-Baqarah .
Firman Allah Ta’ala lagi mengenai sikap kaum musyrikin itu :
Þõáö ÇÏúÚõæÇú ÇáøóÐöíäó ÒóÚóãúÊõã ãøöä Ïõæäöåö ÝóáÇó íóãúáößõæäó ßóÔúÝó ÇáÖøõÑøö Úóäßõãú æóáÇó ÊóÍúæöíáÇð
Huraian ringkas ayat : “ Katakan kepada orang-orang yang menyembah makhluk dan mengakui tuhan- tuhan lain selain Allah, "Mintalah kepada tuhan-tuhan yang kalian sembah itu ketika kalian terkena musibah atau ketika kalian takut tertimpa bencana. Tanyakan mereka tentang bencana itu! Kalian pasti tidak akan mendapati mereka mampu menghindarkan bencana itu atau mengalihkannya dari kalian " . ~ Ayat 56 , Surah al-Isra’ .
## Allah Ta’ala sendiri mencabar kaum kafir yang melakukan kesyirikan agar mereka ditolong nanti pada hari akhirat jika benar semua patung dan dewa-dewi itu mempunyai kekuasaan yang setara dengan Allah Ta’ala . Ini adalah dalil bahawa orang-oranf kafir bukan sahaja menganggap bahawa kesemuanya itu adalah perantaraan kpd Tuhan Yang Besar ( yang dinamakan sebagai Allah Ta’ala di dalam agama Islam ) akan tetapi mereka juga turut beriman bahawa kesemuanya itu juga mempunyai kuasa yang setara dan setanding dengan Allah Ta’ala .
æóáóÆöä ÓóÃóáúÊóåõã ãøóäú ÎóáóÞó ÇáÓøóãóÇæóÇÊö æóÇáúÃóÑúÖó áóíóÞõæáõäøó Çááøóåõ Þõáú ÃóÝóÑóÃóíúÊõã ãøóÇ ÊóÏúÚõæäó ãöä Ïõæäö Çááøóåö Åöäú ÃóÑóÇÏóäöíó Çááøóåõ ÈöÖõÑøò åóáú åõäøó ßóÇÔöÝóÇÊõ ÖõÑøöåö Ãóæú ÃóÑóÇÏóäöí ÈöÑóÍúãóÉò åóáú åõäøó ãõãúÓößóÇÊõ ÑóÍúãóÊöåö Þõáú ÍóÓúÈöíó Çááøóåõ Úóáóíúåö íóÊóæóßøóáõ ÇáúãõÊóæóßøöáõæäó
Huraian ringkas ayat : “Aku bersumpah, "Apabila kamu tanyakan kepada orang-orang musyrikin itu, wahai Muhammad, 'Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?' mereka tentu akan menjawab, 'Allah yang menciptakan itu semua'." Katakan kepada mereka, "Apakah kalian berpikir lalu melihat bahwa tuhan-tuhan, selain Allah, tempat kalian berdoa itu dapat mengusir bahaya yang ada pada diriku, jika Allah menghendaki demikian? Atau, apakah mereka dapat menghalangi pemberian rahmat kepada dariku jika Allah menghendaki demikian?" Katakanlah kepada mereka, "Dialah yang mencukupi semua keperluanku. Hanya kepada-Nyalah, bukan kepada yang lain, hendaknya orang-orang yang bertawakal itu bersandar dan berserah diri “ . ~ Ayat 38 , Surah az-Zumar .
## Ayat ini pula menjelaskan bahawa Allah Ta’ala mencabar kaum musyrikin seolah-olah Allah Ta’ala berfirman : “ Kalau kamu semua yakin kesemua patung dan dewa-dewi itu mampu memberi kebaikan dan keburukan seperti yang telah Aku lakukan . Maka buktikanlah ! , adakah kesemua itu mampu menghalang-Ku jika Aku mahu menurunkan bencana ataupun ketika Aku mahu menurunkan rahmat kepada kamu semua !? “ .
DALIL-DALIL ‘AQLI :
Mereka mengatakan bahawa kesemua sembahan mereka daripada segala jenis patung dan dewa-dewi serta para pendita mereka itu adalah ibarat telefon yang menghubungkan mereka kepada Tuhan Yang Maha Besar . Tanpa adanya telefon ini , tidak mungkin mereka dapat menuju kepada Tuhan Yang Maha Besar itu . Lantaran itu jugalah mereka “ menjamu “ kesemua perantaraan-perantaraan mereka itu dengan beraneka makanan dan hidangan agar “ orang-orang perantaraan “ itu merasa senang hati dan akan menunaikan permintaan mereka terhadap Tuhan Yang Besar .
Kalau begitulah Tuhan mereka , alangkah malangnya . Tuhan mereka juga nampaknya HANYA mampu memberikan hajat dengan adanya orang-orang perantaraan . Kalau Tuhan sendiri terpaksa memerlukan bantuan “ orang-orang tengah “ untuk menyampaikan hajat-nya kepada makhluk , maka ini sudah tentu bukan Tuhan ( yang sebenar ) kerana berhajat itu sendiri adalah dalil kekurangan . Dan setiap yang kurang dan tidak mampu berbuat apa sahaja , maka itu bukanlah Tuhan ! .
Pelajarilah sifir ini :
Setiap yang berdoa dan memerlukan bantuan selainnya itu adalah lemah + Setiap yang lemah tidak layak dianggap Tuhan = Jadi : Setiap yang memerlukan bantuan orang lain bukanlah Tuhan .
Pelajarilah sifir ini :
Jesus Christ berdoa kepada Tuhan + Setiap yang berdoa itu adalah lemah + Setiap yang lemah itu bukanlah Tuhan = Jadi : Jesus Christ bukanlah Tuhan sebagai mana yang diyakini oleh kaum Kristian ! .
Orang-orang Islam pula walaupun ada di kalangan mereka itu berdoa secara bertawassul kepada Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Solihin r.a , akan tetapi umat Islam tidaklah beranggapan bahawa tanpa tawassul sebarang doa itu tidak akan sampai . Ertinya , tawassul itu BUKANLAH SYARAT untuk diterima doa mereka . Ini disebabkan Allah Ta’ala bebas untuk memberi dan menolak sebarang doa dan hajat sama ada doa itu melalui tawassul ( perantaraan ) ataupun tidak .
Inilah perbezaan di antara kita dengan mereka . Jangan pula ada lagi yang masih kabur sehingga secara “ jahil-murakkab “ dan “ secara totok dan melulu “ menuduh bahawa umat Islam yang berdoa dengan bertawassul itu tidak ubah seperti kaum musyrikin yang menyembah berhala-berhala . La Haula Wa La Quwwata Illa Billah !!! .
Saya ( pendekar ) telah membahaskan mengenai masalah TAWASSUL / WASILAH ini dengan panjang-lebar sebelum ini dan saya juga telah menerangkan PERBEZAAN DI ANTARA TAWASSUL DENGAN ISTIGHATSAH .
Silalah pelajari SOAL-JAWAB ( SJ ) lalu di :
SJ – 2374 : DOA DENGAN CARA TAWASSUL
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11341
Cukuplah dahulu setakat ini . Kami mengharapkan Saudara VhoutenJr dapat mempelajari topik ini dan topik yang berkaitan dengan sebaik-baiknya . Dan kami juga berharap saudara dan kita semua dapat berdialog dengan baik dengan masyarakat bukan Islam dan dapat menarik mereka menyertai agama yang mulia ini .
Ingatlah pengajian Tauhid ini adalah satu kefardhuan yang tidak boleh disia-siakan oleh setiap umat Islam kerana ianya adalah Fardhu ‘Ain . al-Ahkam Online hanyalah pemudah cara dan pembantu saudara/I memahami pengajian Islam , akan tetapi cara yang sebenar ialah duduk belajar di dalam majlis-majlis pengajian ilmu-ilmu Islam dan yang paling berkesan ialah belajar secara berguru dengan menggunakan kitab / buku pengajian ( talaqqi ) .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 – ENSIKLOPEDIA al-QURANUL KARIM
( Tafsiran al-Quranul Karim berdasarkan huraian Para Imam at-Tobari rh , al-Qurtubi rh , al-Jalalain rh dan Ibnu Katsir rh )
Terbitan : ESC Software , Egypt
2 – TAFSIR al-MUNTAKHAB
Terbitan : Majlis Tertinggi Hal-Ehwal Islam , Kem. Waqaf , Republik Arab Mesir
3 – MAJMUAH at-TAUHID
Oleh : Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Taimiah rh & al-Imam Syeikh Muhammad Bin ‘Abdul Wahhab rh .
Terbitan : Darul Fikr , Beirut ( 2002 )
4 – AL-HINDUSIAH , al-BUDZIAH , as-SIKHIAH
Oleh : al-‘Allamah Dr. As’ad as-Sahmarani ha
( Pensyarah di Universiti Arab , Beirut dan Fakulti Pengajian Islam al-Imam al-Auza’ie rh )
Terbitan : Darul Nafais , Beirut
5 – PERBANDINGAN AGAMA
Oleh : al-Fadhil K.H Agus Hakim
Terbitan : C.V Diponegoro , Bandung , Indonesia
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
25 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
26 / Mei / 2003 M
ISNIN – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum