:salam
harap2 ni bukanlah soalan ulangan.....
saya ada terdengar dari satu kuliyyah/tazkirah dari seorang ustaz dia ada menyebut bahawa ada senikata dari nasyid haddad alwi (cinta rasul) yang mempunyai unsur2 syiah....contohnya ana madinatul ilm wa ali...(nabi adalah bandar ilmu dan ali adalah pintunya ...lebih kurang kot...saya tak berapa tahu sangat bahasa arab ni sket2 bolehlah....ada menyatakan bahawa ini adalah hadis yang sesat yang telah direka oleh puak syiah....satu lagi persoalan nya :confused:....lagu2 dalam bahasa arab dan jika ada shabat2 yang dapat review apa maksudnya kan bagus :confused:.... sbb... takut ia boleh membatalkan aqidah.. :hanged.(soalan usul pun boleh ke dlm forum nih???)
Wassalam.....
:salam
Pertama sekali saya tidak mempunyai matan hadis yg dimaksudkan. Tetapi saya mempunyai maksud hadisnya sahaja. (Mungkin ada ahli panel boleh masukkan matannya)
Hadis yg dibawakan dalam lirik nasyid tersebut adalah maudhu'(palsu) Ia dikelaskan palsu oleh Imam Bukhari. Hadis maudhu tersebut amat popular dikalangan shi'ah. Adalah haram bagi sesiapa untuk menyampaikan hadis palsu sedangkan dia tahu akan kepalsuan itu.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud,
"Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka." (Hadis sahih)
Sila ke URL di bawah untuk mengetahui serba sedikit mengenai hadis dhaif dan maudhu'
Awas!!! Hindari Hadis Dhaif Dan Palsu. Ia adalah Racun
-----
Anda boleh saja bertanya sebrang persoalan yang berkisar dgn Islam di forum ini. Tetapi sekiranya anda inginkan jawapan/pendapat/berbincang ramai, kemukakan soalan anda di ruangan Umum, Berita, Info & Isu Semasa. Insya Allah, kami dan juga pengunjung juga akan turut berbincang perihal persoalan anda bersama2.
:wassalam
Rujukan
100 Fabricated Hadith
By Sheikh Abdullah Faisal
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2561 : NASYID HADDAD ALWI & SULIS BERBAU SYIAH ?
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara alZarq yang telah mengemukakan soalan di atas . Saya memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan saya menjawabnya ( hingga hampir sebulan ) . Ini disebabkan pengkajian terhadap sesuatu hadis sangatlah rumit dan memerlukan ketilitian yang mendalam , apatah lagi dengan kekurangan ilmu dan tenaga yang ada pada saya , menyebabkan soalan itu tidak dapat saya jawab dengan sesegera mungkin .
Terima Kasih juga di atas jawapan yang diberikan oleh al-Fadhil Saudara Gayat drp UK .
Soalan saudara ini walaupun ia tidak berbentuk ibadah praktikal seperti solat , puasa , zakat , haji dan seumpamanya , akan tetapi ia tidaklah bertentangan dengan prinsip web al-Ahkam Online sebagai Gerbang Fiqh . Ini disebabkan FIQH ( Fekah ) itu sendiri bermakna : KEFAHAMAN . Maka segala persoalan agama secara umumnya bolehlah juga dianggap sebagai Permasalahan Fiqh . Apatah lagi yang berkaitan dengan masalah usul dan prinsip lebih-lebih lagi masalah ‘Qidah & Tauhid dikelaskan oleh al-Imam Abu Hanifah rh sebagai “ al-FIQHUL AKBAR “ ( Kefahaman Yang Sangat Besar ) .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
Berbalik kepada soalan di atas . Sesuatu hadis itu dinilai dan dikaji oleh para ahli hadis berdasarkan dua perkara asasi :
( 1 ) ~ Dari sudut MATAN : Iaitu teks hadis ataupun apa yang tersurat padanya .
( 2 ) ~ Dari Sudut SANAD / ISNAD : Iaitu mata-rantai hadis itu / Silsilahnya / Puncanya Asalnya / Para Periwayatnya .
Oleh kerana tidak sesuai untuk dihuraikan secara panjang-lebar mengenai kedua-dua hal di atas , maka secara ringkasnya adalah seperti berikut :
TEKS HADIS & DI MANAKAH IANYA DI DAPATI :
ÃäÇ ãÏíäÉ ÇáÚáã æÚáí ÈÇÈåÇ ¡ Ýãä ÃÑÇÏ ÇáÚáã ÝáíÃÊåÇ ãä ÈÇÈåÇ
Ertinya : Sabda Baginda Rasulullah s.a.w : { “ Aku adalah kota ilmu dan Ali ada pintunya , maka sesiapa sahaja yang mengkehendaki ilmu , maka hendaklah dia mendatangi kota ilmu itu melalui pintu kota itu ”} .
ÃäÇ ÏÇÑ ÇáÚáã æÚáí ÈÇÈåÇ
Ertinya : Sabda Baginda Rasulullah s.a.w : { “ Aku adalah rumah ilmu dan Ali ada pintunya ”} .
ÃäÇ ÏÇÑ ÇáÍßãÉ æÚáí ÈÇÈåÇ
Ertinya : Sabda Baginda Rasulullah s.a.w : { “ Aku adalah rumah hikmah dan Ali ada pintunya ”}
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
SANAD DAN SUMBER PERIWAYATANNYA :
Ketiga-tiga hadis itu mempunyai “ rawi a’ala “ ( periwayat teratas di lapisan pertama ) , sama ada Saidina ‘Ali r.a sendiri , ataupun Saidina Jabir r.a , ataupun Saidina Ibnu ‘Abbas r.a .
Hadis-hadis itu juga diriwayatkan ( dinyatakan ) oleh :
1 – al-Imam Abu Nu’aim rh di dlm “ al-Hulliyah “ ( 1 / 64 ).
2- al-Imam Ibn al-Mubarak rh di dlm “ az-Zuhd “ ( 314 ).
3 – al-Imam at-Tirmidzie rh di dlm “ Sunan “ ( 3723 ).
4 – al-Imam Ibnul Jauzi rh di dlm “ al-Maudhu’at “ ( 1 / 349-353 ) .
5 – al-Imam as-Suyuthi rh di dlm “ al-Hawi Lil Fatawa “ ( 2 / 209 ) , “ al-La’ali al-Masnu’ah “ ( 1 / 170 ) & “ Ad-Durrul al-Mantsur “ ( 23 )
6 – al-Imam Ibnu Iraq rh di dlm “ Tanzih asy-Syari’ah “ ( 1 / 377 ) .
7 – al-Imam Ibnu ‘Adi rh di dlm “ al-Kamil “ ( 1 / 193 , 195 & 3 / 1247 ) .
8 – al-Imam al-‘Uqaili rh di dlm “ ad-Dhu’afa’ “ ( 3 / 150 ) .
9 – al-Imam at-Thobrani rh di dlm “ al-Kabir “ ( 11 / 66 ) .
10 – al-Imam al-Hakim rh di dlm “ al-Mustadrak “ ( 3 / 126 )
11 – al-Imam Ibn ‘Asakir rh di dlm “ Tarikh “ ( 3 / 38 ) .
12 – al-Imam as-Sahami rh di dlm “ Tarikh al-Jurjan “ ( 65 ) .
13 – al-Imam adz-Dzahabi rh di dlm “ Mizan al-I’etidal “ ( 429 , 1525 , 3243 , 3621 , 5523 , 6055 , 3860 & 8002 ) .
14 – al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh di dlm “ al-Lisan “ ( 1 / 513 , 574 , 620 , 1316 , 1342 & 3 / 142 ) .
15 – al-Imam Ibnu Taimiyah rh di dlm “ Ahadist al-Qisos “ ( 15 ) .
16 – al-Mulla ‘Ali Qari rh di dlm “ al-Asrar al-Marfu’ah “ ( 118 ) .
17 – al-Imam al-Haitsami rh di dlm “ al-Majma’ “ ( 9 / 114 ) .
18 – al-Imam Ibnu Hibban rh di dlm “ al-Majruhin “ ( 2 / 94 ) .
19 – al-Imam al’Ajluni rh di dlm “ Kasyf al-Khafa’ “ ( 618 ) .
20 – al-Imam asy-Syaukani rh di dlm “ al-Fawaid al-Majmu’ah “ ( 52 / 1089 & 53 / 1090 ) .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
PENILAIAN PARA ILMUAN HADIST :
Ketiga-tiga hadis di atas memang menjadi topik perselisihan di kalangan para ulama’ hadis . Di kalangan mereka ada yang menyatakan hadis di atas sebagai hadis yang sahih ( sah ) dan ada pula yang menganggapnya sebagai hadis yang dho’ief ( lemah ) .
Malah ada pula di kalangan mereka yang memperincikan hukum / status ke atas hadis-hadis di atas lalu memberikan keputusan terhadap setiap hadis di atas , sama ada sahih , hasan ( baik ) , dhoi’ef ataupun maudhu’ ( palsu ) .
GOLONGAN YANG MENERIMANYA :
Iaitu golongan yang menganggap bahawa hadis-hadis di atas adalah sahih ataupun hasan :
Al-Imam Yahya Bin Mu’ien rh , al-Imam at-Tirmidzie rh , al-Imam al-Hakim rh dan al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh .
Dan sudah tentu juga hadis ini turut diterima ( bahkan dikultuskan ) oleh para ulama’ Syiah yang memang sudah terkenal mereka-cipta 70 ribu hadis-hadis palsu ( dan 40 ribu drpnya semuanya berkenaan Saidina ‘Ali ra ) .
GOLONGAN YANG MENOLAKNYA :
Iaitu golongan yang menganggap bahawa hadis-hadis di atas adalah dho’ief ataupun maudhu’ iaitu JUMHUR ULAMA’ al-HADIST ( sbg mana yang telah dinyatakan di atas ) .
PERBINCANGAN MENGENAINYA ( DARI SUDUT SANAD ) :
Saya kira tidak perlu saya membawa apakah sebabnya para ulama’ drp golongan pertama ( yang pro kepada hadis-hadis di atas ) memandangkan di dalam kaedah “ al-Jarh Wa Ta’adil “ ( Ilmu Menilai Para Perawi Hadis ) sendiri menyatakan bahawa : “ Tidak perlu dinyatakan apakah sebab seseorang periwayat hadis itu diterima kerana kebaikan itu sendiri ada berbagai-bagai . Akan tetapi jika ditolak seseorang periwayat hadis itu maka hendaklah bersama dengan bukti-bukti yang boleh mengubah penilaian kita daripada menganggapnya sebagai baik kepada sebaliknya “ .
Golongan ulama’ kedua di atas pula menolaknya kerana di dalam ketiga-tiga hadis di atas dan daripada ketiga-tiga jalan periwayatannya mempunyai periwayat-periwayat yang tidak dapat dipercayai , seperti :
1 – Muhammad Bin Imran ar-Rumi :
Imam Ibnu Hibban rh menyatakan bahawa perawi ini adalah seseorang yang suka berdusta menggunakan nama perawi hadis yang tsiqah ( boleh dipercayai ) iaitu dia menggunakan nama-nama orang yang tsiqah secara “ eksploitasi “ . Maka dia tidak boleh dijadikan sumber hujah dlm apa-apa hal sekalipun .
2 – Abdul Hamin Bin Bahr :
Dianggap oleh Imam Ibnu Hibban rh sebagai “ pencuri hadis “ dan suka melakukan kerja seperti perawi di atas .
3 – Muhammad Bin Qais :
Tidak dikenali oleh para periwayat hadis yang tsiqah .
4 – Ja’afar Bin Muhammad al-Baghdadi :
Dituduh sebagai “ pencuri hadis “ .
5 – Jabir Bin Salamah :
“ Pencuri Hadis “
6 – ‘Utsman Bin ‘Ismail :
Dianggap oleh al-Imam Yahya Bin Mu’ien rh sebagai “ Penipu , Keji , Penjahat “ .
Dianggap pula oleh al-Imam ad-Daru Qutni rh sebagai “ Matruk “ ( tidak diperdulikan hadisnya disebabkan dia suka berdusta ) .
7 – Abu as-Solt al-Harawi :
“ Penipu dan pencipta hadis di atas “ .
8 – Ahmad Bin Salamah :
“ Pencuri Hadis “ .
9 – Sa’id Bin ‘Aqabah :
Tidak dikenali dan tidak pula boleh dipercayai .
10 – Ismail Bin Muhammad Bin Yusuf :
al-Imam Ibnu Hibban rh menyatakan perawi ini sebagai “ pencuri hadis “ dan “ suka memutar-belitkan . menukar-nukar “ hadis-hadis sehingga tidak sesuai dianggap sbg saksi yang boleh dipercayai .
11 – Abu Said al-‘Adawi :
Seseorang yang suka membuat hadis palsu dan mengakuinya secara terang-terangan .
Bagi sesiapa yang masih tidak berpuas-hati dengan kenyataan ini sila rujuk kepada kitab-kitab yang tersebut di atas dan juga kitab-kitab yang akan disenaraikan di dalam RUANGAN RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN di bawah ini nanti .
Sila rujuk juga kita “ KITAB al-MAUDHU’AT “ oleh al-Imam Ibnul Jauzi rh yang telah membawa kesemua jalan periwatan hadis-hadis di atas dan telah memberikan komentarnya bagi setiap jalan itu dengan alasan yang kukuh dan kemas .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
PENILAIANNYA MENURUT SUDUT MATAN :
Kalau dilihat matan hadis-hadis di atas tanpa memperdulikan sanadnya , maka ia sendiri boleh menyebabkan kita menolaknya dan juga boleh menerimanya ( dengan beberapa huraian yang benar dan sesuai dengan kehendak al-Quranul Karim dan sunnah-sunnah yang sahih ) .
Dari Sudut Ia Ditolak :
1 – Apbila Baginda Rasulullah s.a.w menceritakan mengenai kelebihan seseorang sahabat r.a , Baginda s.a.w tidak pernah memuji seseorang sahabat r.a itu secara umum melainkan diberikan pujian itu kerana kelebihan sahabat r.a itu di dalam sesuatu perkara ( bukan di dalam kesemua perkara ) . Maka begitulah juga di dalam masalah kelebihan ilmu .
Apabila Baginda Rasulullah s.a.w menceritakan mengenai sahabat r.a yang paling mengerti mengenai Ilmu Tajwid al-Quran , maka disebutkannya dimiliki oleh Saidina Ubai Bin Ka’ab r.a .
Sahabat r.a yang paling sedap suaranya apabila membaca al-Quranul Karim ialah Saidina Abu Musa al-Asya’ari r.a .
Sahabat r.a yang paling terkemuka di dalam Ilmu Faraidh ialah Saidina Muadz Bin Jabal r.a .
Sahabat r.a yang paling terkemuka di dalam Ilmu Tafsir ialah Saidina Ibnu ‘Abbas r.a .
Sahabat r.a yang paling terkemuka di dalam Ilmu Hadis ialah Saidina Abu Hurairah r.a .
Sahabat r.a yang paling terkemuka di dalam Ilmu yang berkaitan hal-ehwal kewanitaan ialah isteri Baginda s.a.w sendiri ; Saidatina ‘A’isyah r.a .
Sahabat r.a yang paling berilmu kerana pengalamannya yang begitu luas di dalam selok-belok Agama Islam ialah Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a .
Begitulah Baginda Rasulullah s.a.w mensifatkan kelebihan tertentu yang ada pada setiap para sahabat r.a , terutama sekali sahabat-sahabat r.a yang paling terkemuka .
Namun di dalam ketiga-tiga hadis di atas , semuanya menceritakan bahawa Saidina ‘Ali r.a adalah pintu segala Ilmu ( disebabkan Baginda s.a.w sendiri adalah punca segala ilmu yang berguna di dunia dan di akhirat ) .
Saidina ‘Ali r.a adalah pintu segala ilmu ( segala jenis dan segala bentuk ) . Tidakkah ini dirasakan janggal dan tidakkah ini sendiri adalah “ menyerupai “ hadis-hadis palsu yang biasa diriwayatkan oleh Kaum Syi’ah Rafidhah yang mengagung-agungkan Saidina ‘Ali r.a sampai ke tahap dikultuskannya !!?? .
2 – (( Aku adalah rumah ilmu dan Ali adalah pintunya )) ~ Seolah-olah hadis ini hendak menyatakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w adalah rumah segala ilmu dan Saidina ‘Ali pula adalah pintu rumah itu . Maka sesiapa sahaja yang hendakkan ilmu maka pergilah ke pintu itu , tidak perlulah masuk ke rumah itu ! .
Sesiapa sahaja yang hendak segala ilmu , maka cukuplah dia mendatangi Saidina ‘Ali , tidak perlulah dia mendatangiku ! .
Logikkah hadis seperti ini ? .
Dan tidakkah hadis ini sendiri bertentangan dengan noktah pertama di atas !? .
Dari Sudut Ianya Boleh Diterima :
Kalau mahu terima juga hadis di atas , maka hendaklah disesuaikan dengan ajaran dan tuntutan Islam itu sendiri iaitu :
1 – Saidina ‘Ali r.a memanglah seorang sahabat r.a yang terkemuka dan terkehadapan di dalam masalah ilmu dan pengalamannya di dalam Islam , dan ini tidak pula menjadi sebab untuk kita menolak sahabat-sahabat r.a selainnya r.a , apatah lagi hingga mengkafirkan hampir kesemua para sahabat r.a sebagai mana yang diyakini oleh Golongan Syi’ah Rafidhah .
2 – Di dalam banyak kata-kata ( Atsar ) Saidina ‘Ali r.a sendiri , Baginda r.a sendiri tidak pernah memperlekehkan sahabat-sahabat r.a selainnya , lebih-lebih lagi para sahabat yang terkemuka r.a dan apatah lagi 3 orang Khulafa ar-Rasyidin r.a sebelum Baginda r.a .
Dan ini merupakan sikap yang bertentangan 100 % dengan Kaum Syi’ah Rafidhah yang mengakui sebagai para pendokong Saidina ‘Ali r.a tetapi tidak mencontohi sikap Baginda r.a yang mulia ! .
3 – Ia juga tidak boleh dieskploitasi oleh Golongan Syi’ah Rafidhah untuk mendakwa mereka di pihak yang benar kerana mereka sendirilah yang paling banyak berdusta di atas nama keluarga Baginda Rasulullah s.a.w ( Ahlul Bait r.a ) dan merekalah yang paling banyak membuat hadis palsu mengenai kelebihan Saidina ‘Ali r.a .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
KESIMPULANNYA :
1 – Kita tidak boleh menghukum sewenang-wenangnya kepada mereka yang kelihatan lebih mencintai Saidina ‘Ali r.a sebagai sesat seperti Syi’ah Rafidhah kerana kelebihan Saidina ‘Ali r.a sendiri banyak disebut di dalam hadis-hadis yang sahih .
2 – Para Ulama’ r.h daripada keturunan Asyraf ( keturunan Baginda Rasulullah s.a.w ) sendiri sama ada digelar sebagai “ Saiyid “ , “ Habib “ , “ Syarif “ dan sebagainya sendiri banyak memuji kelebihan Saidina ‘Ali r.a , tetapi tidaklah sampai ke tahap melampau dan menyeleweng sebagai mana yang dilakukan oleh Kaum Syi’ah Rafidhah .
3 – Walaupun ada para ulama’ r.a yang menerima hadis-hadis di atas , akan tetapi golongan yang menolaknya lebih ramai dan lebih kukuh alasannya . Apatah lagi di dalam kaedah Ilmu al-Jarh Wat Ta’adil ada disebut :
ÅÐÇ ÊÚáÑÖ ÇáÌÑÍ æ ÇáÊÚÏíá Ýí ÑÇæ æÇÍÏ ÝÇáÌÑÍ ãÝÏøã ãä ÇáÊÚÏíá áÃä ÇáÌÍ áÇ íÞÈá ÅáÇ ãÝÓøÑÇ
Ertinya : “ Apabila bertembungnya pujian dan celaan terhadap seseorang perawi itu , maka yang celaan itulah lebih diutamakan drp pujian terhadapnya . Ini disebabkan sesuatu celaan itu tidaklah boleh diterima melainkan ada huraiannya ( walhal pujian tidak memerlukan sebab dan huraiannya mengapakah seseorang rawi itu dipuji ) “ .
Oleh itu , pandangan ulama’ r.a yang menerima ketiga-tiga hadis itu tidalah dapat ditolak berdasarkan kaedah di atas .
4 – Kalau mahu menerima juga hadis di atas , maka ianya tidaklah menafikan juga kelebihan yang ada pada para sahabat r.a selain Saidina ‘Ali r.a apatah lagi untuk mengkafirkan para sahabat r.a .
5 – Golongan Syiah Rafidhah ( termasuklah Syiah Imam 12 , al-Jaafariah , Aga Khan , Fatimiyyah , Ismailiyah , Nusoiriyah dan sebaginya drp puak yang dianggap sederhana dan melampau ) adalah kelompok yang sesat dan tertolak .
Golongan ini bukanlah golongan yang boleh diajak berbincang secara ilmiah lantaran mereka sendiri adalah golongan yang paling terkemuka di dalam memalsukan hadis-hadis Baginda Rasulullah s.a.w dan kerana “ Taqiyyah “ ( tipu-helah ) telah menjadi syiar “ agama “ dan “perjuangan mereka “ . Yang paling layak ialah dihadapi golongan ini dengan kekerasan kerana kemungkaran mereka yang terlalu besar terhadap agama Islam yang suci-murni ini ( itupun jika kita berupaya dan mempunyai kuasa ) .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 ~ KITAB al-MAUDHU’AT
Oleh : Al-‘Allamah al-Imam Ibnul Jauzi rh
Jilid 1 , Halaman 261 – 265 ( Hadis ke-10 , Bab Fi Fadhoil ‘Ali a.s )
Terbitan : Darul Kotob al-‘Ilmiyah , Beirut ( 1995 )
2 – KASYFUL KHAFA’ WA MUZILUL ILBAS
Oleh : al-‘Allamah al-Imam al-‘Ajluni rh
Jilid 1 , Halaman 184 – 185 ( Hadis ke-618 )
Terbitan : Darul Kotob al-‘Ilmiyah , Beirut ( 2001 )
3 – al-FAWAID al-MAJMU’AH FI AHADITS adh-DHO’IEFAH WAL MAUDHU’AH
Oleh : al-‘Allamah al-Imam asy-Syaukani rh
Jilid 2 , Halaman 440 – 444 ( Hadist ke- 52 / 1089 & 53 / 1090 )
Terbitan : Maktabah Nizar Mustofa al-Baz , Riyadh ( 2000 )
4 – MABAHIST FI ‘ULUMIL HADIST
( Teks Pengajian Jab. Hadist , Fak. Usuluddin ~al-Azhar asy-Syarif )
Oleh : al-‘Allamah Dr. ‘Ismail ‘Abdul Wahid Makhluf ha
Halaman : 78 – 83
5 – KAMUS ILMU HADIS
Oleh : al-Fadhil Drs . Totok Jumantoro ha
Terbitan : Penerbita Bumi Aksara , Jakarta ( Okt 1997 )
6 – http://arabic.islamicweb.com/shia/fadael_ali.htm
7 – http://hhfq8.tripod.com/nafis_web/30.htm
8 – Hasil Perbincangan Dengan al-'Allamah Syeikh Prof. Dr. Ahmad Khairat ( Pensyarah Hadist Di Universiti al-Azharasy-Syarif ) & Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi ( M.A Hadis al-Azhar )
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
29 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
30 / Mei / 2003 M
JUMAAT – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum