SJ – 2598 : ADAKAH IBLIS BERASAL DARIPADA MALAIKAT A.S ( DI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2598 : ADAKAH IBLIS BERASAL DARIPADA MALAIKAT A.S ( DI

:salam

Iblis adalah berasal dari Jinn sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Kahfi ayat 50.

Dalam enam surah yang lain hanya menyatakan "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis.."

Jika difahamkan dalam Bahasa Melayu, Iblis juga adalah dari golongan malaikat oleh itu bagaimana dalam kaedah Bahasa Arab menerangkan hal ini?

Sekian. Wassalam

Re: SJ – 2598 : ADAKAH IBLIS BERASAL DARIPADA MALAIKAT A.S


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2598 : ADAKAH IBLIS BERASAL DARIPADA MALAIKAT A.S ( DIALOG ) ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara mlar . Kami ucapkan kepada Saudara mlar : “ Marhaban Bik Min Jadid Ila Mauqie’na Hadza “ ( Selamat Datang Sekali Lagi Ke Halaman Web Kami ) .
:yess

Persoalan ini sebenarnya adalah persoalan yang biasa dibincangkan oleh para ulama’ Tauhid , oleh kerana itu kami akan menyediakan jawapannya di dalam bentuk dialog agar ia lebih mudah difahami .

Pelajar : “ Adakah Iblis LaknatulLah ‘alaih ( LA ) daripada para malaikat itu sendiri ? “ .

Ustaz : “ Oh ! , masalah ini sebenarnya adalah masalah yang memang diperselisihi di kalangan para ulama’ Tauhid . Ada di kalangan mereka yang mengatakan ia berasal daripada para malaikat a.s dan ada pula yang mengatakan tidak , sebaliknya dia daripada kalangan bangsa Jin “ .

Pelajar : “ Apakah alasan ulama’ drp golongan pertama itu , yang mengatakan bahawa Iblis LA itu berasal daripada para malaikat a.s itu sendiri ? “ .

Ustaz : “ Dalil golongan pertama itu ialah Firman Allah Ta’ala yang menceritakan berkenaan dengan keengganan Iblis untuk sujud hormat kepada Baginda Nabi Adam a.s :


æóÅöÐú ÞõáúäóÇ áöáúãóáÇóÆößóÉö ÇÓúÌõÏõæÇú áÂÏóãó ÝóÓóÌóÏõæÇú ÅöáÇøó ÅöÈúáöíÓó ÃóÈóì æóÇÓúÊóßúÈóÑó æóßóÇäó ãöäó ÇáúßóÇÝöÑöíäó

Ertinya : “ Dan renungkan kembali, wahai Nabi, ketika Kami berkata kepada malaikat, "Tunduklah kepada Adam sebagai penghormatan dan pengakuan atas kelebihan- kelebihannya!" Seluruh malaikat menaati perintah itu kecuali Iblîs yang enggan untuk bersujud, bahkan masuk ke dalam golongan yang mendurhakai-Nya dan mengingkari nikmat, hikmah dan ilmu-Nya “ .

Jadi , daripada ayat di atas , para ulama’ kumpulan pertama ini mengatakan bahawa Iblis LA juga diperintahkan agar sujud kepada Baginda Nabi Adam a.s sebagai mana perintah ini ditujukan juga kepada para malaikat a.s . Akan tetapi Iblis LA enggan dan berasa takabbur , lalu jadilah dia selepas itu KAFIR dan terkeluar daripada kumpula para malaikat r.a “ .

Pelajar : “ Adakah ustaz bersetuju dengan pendapat yang dipegang oleh para ulama’ kumpulan pertama ini ? “ .

Ustaz : “ Tidak ! “ .

Pelajar : “ Mengapa pula ? “ .

Ustaz : “ Sebab , hujah-hujah daripada ulama’ golongan kedua lebih kuat untuk dipegang ? “ .

Pelajar : “ Apakah pula hujah-hujah daripada ulama’ kumpulan kedua itu ? “ .

Ustaz : “ Ulama’ kumpulan kedua ini mengatakan bahawa Iblis LA TIDAKLAH SAMA-SEKALI berasal daripada kumpulan para malaikat a.s . Hujah-Hujah mereka ialah :

{ 1 } ~ Ayat yang sama di atas itu adalah dalil bahawa Iblis LA sendiri adalah BUKAN daripada golongan para malaikat a.s . Sebab , kalau dia memang benar daripada golongan para malaikat a.s , sudah tentu dia akan turut sama sujud kepada Baginda Nabi Adam a.s .

{ 2 } ~ Allah Ta’ala menceritakan lagi berkenaan dengan keenganan Iblis LA ini di dalam Surah al-Kahfi , ayat 50 :


æóÅöÐú ÞõáúäóÇ áöáúãóáóÇÆößóÉö ÇÓúÌõÏõæÇ áöÂÏóãó ÝóÓóÌóÏõæÇ ÅöáøóÇ ÅöÈúáöíÓó ßóÇäó ãöäó ÇáúÌöäøö ÝóÝóÓóÞó Úóäú ÃóãúÑö ÑóÈøöåö ÃóÝóÊóÊøóÎöÐõæäóåõ æóÐõÑøöíøóÊóåõ ÃóæúáöíóÇÁ ãöä Ïõæäöí æóåõãú áóßõãú ÚóÏõæøñ ÈöÆúÓó áöáÙøóÇáöãöíäó ÈóÏóáðÇ

Ertinya : “ Wahai Rasul, ingatkan saat awal penciptaan diri mereka dari tanah. Tidak ada yang patut mereka banggakan. Tidak ada alasan yang membenarkan untuk tunduk kepada Iblis, musuh leluhur mereka, karena Iblis adalah dari golongan jin yang sombong dan membangkang kepada Allah . Bagaimana kalian menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai penolong selain Allah, setelah kalian mengerti bahwa Iblis itu adalah musuh kalian. Alangkah buruknya perbuatan itu, perbuatan orang-orang yang menganiaya diri sendiri dan menuruti kemauan setan “ .

Ayat ini sendiri menyatakan bahawa : “ Iblis LA adalah daripada golongan Jin , bukannya daripada golongan para malaikat a.s “ .

“ Hujah ketiga pula ialah ……. “ .

Pelajar : (Memotong ) “ Maafkan saya ustaz ! , saya ingin bertanya berkenaan dengan kedua-dua hujah di atas sebelum ustaz sambung lagi hujah-hujah lain “ .

Ustaz : “ Ya , silakan . Faddhol…Ma Fish Musykilah “ ( Silakan , tiada sebarang halangan ) .

Pelajar : “ Begini ustaz , ada juga di kalangan umat Islam mengatakan bahawa Iblis LA itu memang daripada golongan para malaikat a.s , bahkan dia dulu adalah KETUA PARA MALAIKAT a.s sebelum dia menderhakai Allah Ta’ala dan juga sebelum Malaikat Jibril a.s menjadi ketua para malaikat a.s .

Bagaimana pula dengan pandangan sebegini , ustaz ? “ .

Ustaz : “ Ya , memang saya pun dulu beranggapan sedemikian . Akan tetapi kalau kita betul-betul mahu berpegang kepada apa yang disebut di dalam al-Quranul Karim ataupun hadis-hadis yang sahih , jelas TIADA SEBARANG DALIL yang mengatakan bahawa Iblis LA pernah menjadi Ketua Para Malaikat a.s sebelum ini “ .

Pelajar : “ Habis tu , kenapa pula ada di kalangan orang kita yang berpendapat seperti itu ? “ .

Ustaz : “ Sebahagian besar orang-orang kita berpendapat seperti itu kerana mereka TERsilap-sangka . Apabila mereka mengetahui bahawa Iblis LA sebelum ini amat ta’at , amat ‘alim dan sangat hampir kepada Allah Ta’ala , maka kerana itu mereka sangka dia juga termasuk di dalam golongan para malaikat a.s .

Memang benar sebelum peristiwa kelahiran Baginda Nabi Adam a.s , Iblis LA adalah makhluk yang hampir dan taat beribadat kepada Allah Ta’ala , akan tetapi ini bukanlah hujah yang kukuh untuk kita turut sama mempercayai bahawa dia pernah menjadi ketua para malaikat a.s “ .

Pelajar : “ Hmm…baiklah , apakah pula hujah ketiga ulama’ golongan kedua itu ? “ .

Ustaz : “ Hujah ketiga mereka yang menafikan bahawa Iblis LA berasal daripada golongan para malaikat a.s ialah Firman Allah Ta’ala di dalam Surah at-Tahrim , ayat ke-6 :


íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÞõæÇ ÃóäÝõÓóßõãú æóÃóåúáöíßõãú äóÇÑðÇ æóÞõæÏõåóÇ ÇáäøóÇÓõ æóÇáúÍöÌóÇÑóÉõ ÚóáóíúåóÇ ãóáóÇÆößóÉñ ÛöáóÇÙñ ÔöÏóÇÏñ áóÇ íóÚúÕõæäó Çááøóåó ãóÇ ÃóãóÑóåõãú æóíóÝúÚóáõæäó ãóÇ íõÄúãóÑõæäó

Ertinya : “ Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri atas manusia dan bebatuan. Yang menangani neraka itu dan yang menyiksa penghuninya adalah para malaikat yang kuat dan keras dalam menghadapi mereka. Para malaikat itu selalu menerima perintah Allah dan melaksanakannya tanpa lalai sedikit pun “ .

Ayat di atas menerangkan bahawa sifat para malaikat a.s ialah sentiasa menjunjung tinggi segala arahan Allah Ta’ala tanpa menderhakai-Nya sedetik pun . Iblis LA pula telah menderhakai Allah Ta’ala . Maka jelaslah Iblis LA bukanlah daripada golongan para malaikat a.s .

Pelajar : “ Apakah tidak mungkin ada di kalangan para malaikat a.s itu yang menderhakai Allah Ta’ala , sebagai mana kisah Harut dan Marut yang diturunkan oleh Allah Ta’ala ke Negeri Babylon untuk mengajar manusia mengenai sihir dan akhirnya kedua-dua malaikat itu pula yang menderhakai Allah Ta’ala ? “ .

Ustaz : “ Kisah Malaikat Harut dan Marut ini memang ada dinyatakan di dalam al-Quranul Karim , ayat 102 daripada Surah al-Baqarah :


æóÇÊøóÈóÚõæÇú ãóÇ ÊóÊúáõæÇú ÇáÔøóíóÇØöíäõ Úóáóì ãõáúßö ÓõáóíúãóÇäó æóãóÇ ßóÝóÑó ÓõáóíúãóÇäõ æóáóÜßöäøó ÇáÔøóíúÇØöíäó ßóÝóÑõæÇú íõÚóáøöãõæäó ÇáäøóÇÓó ÇáÓøöÍúÑó æóãóÇ ÃõäÒöáó Úóáóì Çáúãóáóßóíúäö ÈöÈóÇÈöáó åóÇÑõæÊó æóãóÇÑõæÊó æóãóÇ íõÚóáøöãóÇäö ãöäú ÃóÍóÏò ÍóÊøóì íóÞõæáÇó ÅöäøóãóÇ äóÍúäõ ÝöÊúäóÉñ ÝóáÇó ÊóßúÝõÑú ÝóíóÊóÚóáøóãõæäó ãöäúåõãóÇ ãóÇ íõÝóÑøöÞõæäó Èöåö Èóíúäó ÇáúãóÑúÁö æóÒóæúÌöåö æóãóÇ åõã ÈöÖóÂÑøöíäó Èöåö ãöäú ÃóÍóÏò ÅöáÇøó ÈöÅöÐúäö Çááøåö æóíóÊóÚóáøóãõæäó ãóÇ íóÖõÑøõåõãú æóáÇó íóäÝóÚõåõãú æóáóÞóÏú ÚóáöãõæÇú áóãóäö ÇÔúÊóÑóÇåõ ãóÇ áóåõ Ýöí ÇáÂÎöÑóÉö ãöäú ÎóáÇóÞò æóáóÈöÆúÓó ãóÇ ÔóÑóæúÇú Èöåö ÃóäÝõÓóåõãú áóæú ßóÇäõæÇú íóÚúáóãõæäó

Ertinya : “ Mereka mempercayai apa yang dibuat-buat oleh setan mereka dan orang-orang yang keji dari mereka tentang kekuasaan Sulaymân. Mereka mengira bahwa Sulaymân bukanlah nabi atau rasul yang menerima wahyu dari sisi Allah, melainkan hanya seorang penyihir yang selalu meminta bantuan kepada ilmu sihirnya. Mereka juga mengira bahwa sihir inilah yang memperkuat kerajaan Sulaymân dan membuatnya menguasai jin, burung dan angin. Mereka menisbatkan kekufuran itu kepada Sulaymân, padahal Sulaymân tidak kafir. Setan-setan yang berbuat keji itulah yang sebenarnya kafir. Mereka telah membuat-buat dongeng dan mengajarkan sihir kepada manusia, baik dari diri mereka sendiri maupun dari sisa- sisa peninggalan yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babilonia: Hârût dan Mârût. Padahal, dua malaikat ini tidak mengajarkan sesuatu kepada siapa pun, sebelum mengingatkan orang itu dengan mengatakan, "Sesungguhnya kami mengajarkan sesuatu yang menyebabkan fitnah dan kekufuran, maka dari itu ketahuilah dan hati-hatilah dalam mengerjakannya." Tetapi manusia tidak mendengar nasihat itu. Mereka menggunakan apa yang mereka pelajari dari kedua malaikat itu untuk memisahkan suami dari istrinya. Setan-setan yang keji itu memang kufur, karena mereka telah membuat-buat dongeng itu sebagai perantara untuk mengajar sihir kepada orang-orang Yahudi. Dengan sihir ini, mereka tidak akan bisa memberi mudarat kepada orang lain. Hanya Allahlah yang memberi izin atas suatu kemudaratan, jika Dia menghendaki. Sebenarnya sihir yang diambil dari mereka itu membahayakan orang yang mempelajarinya, baik dunia maupun agamanya. Sihir itu tidak akan dapat memberikan manfaat. Sebenarnya mereka benar-benar mengetahui bahwa barangsiapa yang berjalan di jalan ini, tidak akan mendapatkan bagian dari kenikmatan akhirat. Alangkah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka ini apabila mereka masih memiliki ilmu “ .

“ Ayat di atas memang ada menceritakan bahawa ada 2 malaikat a.s yang diturunkan ke sebuah negeri Babylon ( sekarang berada di dalam Negara Iraq ) yang mengajar manusia mengenai sihir . Ini TIDAKLAH BERMAKSUD kedua-dua malaikat a.s itu mengajar sihir kepada manusia , kerana mereka berdua sendiri mengatakan : “ Kami ini adalah cubaan ……hati-hatilah ! “ .

Mereka berdua tidaklah mengajar manusia supaya beramal dengan sihir , tetapi mengajar manusia mengenal apakah itu sihir . Ini bertujuan agar manusia kenal yang manakah yang benar ( iaitu mukjizat Para Anbiya’ a.s ) dan manakah pula yang palsu ( iaitu sihir-sihir para pendita Bani Israel yang kufur ) .

Oleh itu tidaklah benar sangkaan orang yang menyangka bahawa kedua-dua malaikat Harut dan malaikat Marut itu telah menderhakai Allah Ta’ala . Itu semua adalah sangkaan yang berpunca daripada Israiliyyat ( Unsur-Unsur Yahudi Israel yang menyerap masuk ke dalam pemikiran umat Islam ) .

Apatah lagi Allah Ta’ala sendiri telah menjelaskan di dalam ayat yang telah saya bacakan tadi , iaitu para malaikat a.s itu sendiri sekali-kali TIDAK AKAN menderhakai Allah Ta’ala , maka begitulah juga dengan malaikat Harut a.s dan malaikat Marut a.s “ .

Pelajar : “ Wah ! , nampaknya banyak lagi perkara yang saya sendiri masih belum tahu ya ? “ .

Ustaz : “ Ya , bukan awak sahaja , malahan saya sendiri pun masih banyak lagi yang belum tahu . Beginilah kita sebagai seorang manusia . Saban hari sepatutnya makin bertambahlah hendaknya ilmu dan iman kita . Saya harap awak belajar dengan tabah dan sabar . Ilmu ini memang masih banyak dan ianya tidak mungkin dipungut secara sekaligus .

Marilah kita sama-sama belajar sedikit demi sedikit mengikut tahap-tahapnya . Insya-Allah , berkat ketabahan dan taat kita semua kepada Allah Ta’ala , Allah Ta’ala akan menjadikan daripada ilmu-ilmu yang sedikit itu makin berkembang dan bercambah lalu menjadi banyak . Insya-Allah “ .

Pelajar : “ Kalau begitu , Terima Kasih banyak-banyaklah ustaz di atas penerangan tadi “ .

Ustaz : “ Ya , sama-sama . Kalau ada masalah , jangan segan-silu datanglah lagi ya . Paling kurang , saya pun kembali ingat ataupun menambah ilmu dengan soalan-soalan awak itu nanti “ .

Pelajar : “ Baiklah ustaz , Assalamu’alaikum Wa Ma’as Salamah ( Selamat Tinggal ) “ .

Ustaz : “ Wa’alaikumussalam WarahmatulLahi Wabarakatuh , Fi AmanilLah ( Semoga Berada Di Dalam Keamanan Daripada Allah Sentiasa ) “ .

## Dialog Tamat ##

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ TAFSIR al-MUNIR
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily ha
( Ketua Jabatan Fiqh Dan Perbandingan Mazhab , Universiti Damsyiq )
Bahagian : Pertama , Jilid : Pertama , Halaman124 – 136 & 241 – 254
Terbitan : Darul Fikr ( 1998 )

2 – AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : al-‘Allamah Syeikh ‘Atiyah Saqr ha
( Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif )
Jilid : 1 , Bahagian : 4 , Halaman : 513 – 515
Terbitan : Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah

3 – TAFSIR al-MUNTAKHAB
( Tafsiran al-Quranul Karim Di Dalam 6 Bahasa Utama Dunia )
Terbitan : Kem. Waqaf Mesir

4 –PENERANGAN LISAN DRP SYEIKH SOLEH HAMDI as-SISI
( M.A Ilmu Hadist ~ Universiti al-Azhar asy-Syarif )


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
06 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
06 / Jun / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum