SJ – 2747 : HUKUM MENIRU / MENIPU DI DALAM PEPERIKSAAN DAN G

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2747 : HUKUM MENIRU / MENIPU DI DALAM PEPERIKSAAN DAN G

Assalamualaikum!
Bagaimanakah dengan seorang pelajar yang meniru dalam peperiksaan dan mendapat keputusan cemerlang. Kemudian memohon kerja dengan keputusan tersebut dan menjadi sumber pendapatan untuk menyara keluarganya? :deal

semutapi (not verified)
Re: Meniru Dalam Peperiksaan

:salam

Mungkin Al-Fadhil Ustaz2 kita sibuk sekarang ni...sudah agak banyak soalan yg terkumpul.
Ini hanyalah sekadar pandangan/pendapat peribadi saya yg jahil ini.

Masalah meniru dlm exam kemudian dpt result yg baik dan kemudian dpt kerja dgn result tersebut sebenarnya tidak berkait secara langsung.
Sebelum seseorang itu diterima berkerja dia perlu manjalani temuduga, kemudian jika dia berjaya dia akan diambil berkerja tetapi dgn tempoh percubaan biasanya 2 bulan atau 3 bulan atau 6 bulan.
Daripada pemerhatian majikan dlm tempoh percubaan itulah dia akan diambil sebagai pekerja tetap. Jika majikannya tidak berpuas hati maka dia tidak akan diambil berkerja.
Jika dia diambil sebagai pekerja dan dia bekerja dgn memenuhi segala tanggungjawab/amanah sebagai pekerja, maka halallah pendapatan dia tadi. Jika dia tidak amanah maka sebaliknya akan berlaku.

Ianya tiada kaitan dgn meniru dlm peperiksaan. Jika seseorg itu tidak meniru dan mendapat keputusan yg baik seterusnya mendapat pekerjaan. Tetapi tidak amanah dgn perkerjaannya maka pendapatannya tetap tidak bersih.

Cth yg saya boleh bagi...seseorang yg kemasjid menggunakan motosikal yg dicurinya. Adakah sah sembahyangnya? Sembahyangnya tetap sah jika memenuhi segala rukun. Tetapi perbuatannya mencuri motosikal tadi tetap berdosa.
Begitulah juga dgn meniru dlm peperiksaan, perbuatan meniru tadi adalah salah dari segi peraturan dan ianya adalah berdosa.
Setiap perbuatan kita diatas dunia ini hanya boleh dibahagi kepada 2;
iaitu dosa dan pahala. Dan ianya terbahagi kepada Halal,haram,harus makruh dan yg sewaktu dgnnya.
Wallahualam...tunggulah jawapan yg lebih benar dan tepat dari Al Fadhil Ustaz2 kita.
:wassalam

Re: SJ – 2747 : HUKUM MENIRU / MENIPU DI DALAM PEPERIKSAAN D


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2747 : HUKUM MENIRU / MENIPU DI DALAM PEPERIKSAAN DAN GAJI KERJANYA NANTI

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Nampaknya ada dua soalan yang sama berkenaan topik ini . Oleh itu , saya akan menjawab satu soalan sahaja dan bakinya itu kami letakkan di dalam kategori SOAL-JAWAB ULANGAN ( SU ) :

Sebelum itu saya mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada al-Fadhil Saudara semutapi daripada Perak Darul Ridzuan yang telah pun memberi jawapan yang boleh melegakan si penyoal disebabkan kelewatan saya membalas soalan di atas . Saudara semutapi memang best . :yess

Meniru di dalam peperiksaan adalah salah – satu gambaran terkini di dalam sistem pendidikan masa kini yang lebih menekankan keupayaan menjawab peperiksaan berbanding kemahiran praktikal ataupun penghayatan ilmu .

Walau bagaimanapun , meniru di dalam peperiksaan itu sendiri adalah satu perkara yang HARAM di dalam agama Islam , kerana ia termasuk di dalam kategori “ MENIPU “ dan “ MEMPERDAYA . Bukan itu sahaja , malahan ia juga termasuk di dalam kategori “ KHIANAT “ ( Mengkhianati Amanah Ilmu ) .

Baginda Rasulullah s.a.w ada menyebut :


ãä ÛÔäÇ ÝáíÓ ãäÇ

Ertinya : “ Barangsiapa yang menipu , maka dia bukanlah dari golongan kami “ ~ Hadist Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh .

Namun , ada beberapa perkara yang perlu dilihat terhadap orang yang meniru di dalam peperiksaannya ini , iaitu :

{ 1 } ~ Adakah si peniru itu meniru di dalam kesemua peperiksaannya ? . Katakanlah dia sekarang belajar di tahun akhir untuk mendapatkan ijazah sarjana muda di dalam pengajian Sains ( B. Sc ) . Sudah tentu sebelum dia boleh masuk ke alam universiti , dia akan belajar terlebih dahulu dan melalui beberapa peperiksaan , contohnya : UPSR , PMR , SPM dan hinggalah ke peringkat Sarjana Muda Pengajian Sains ( B. Sc ) .

Adakah dia telah meniru di dalam kesemua peperiksaan itu ? .

Kalau dia hanya meniru di dalam peperiksaan B.Sc , adakah dia meniru di dalam semua subjek peringkat itu ataupun hanya meniru di dalam 1 –2 subjek sahaja ? .

Walau bagaimanapun , yang haram tetap haram dan yang berdosa tetap berdosa . Walaupun dia hanya meniru / menipu di dalam satu subjek peperiksaan sahaja , namun perbuatan itu tetap berdosa dan haram .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

BAGAIMANA PULA DENGAN GAJI SI PENIRU ITU ? :

Walaupun seseorang itu diterima berkerja disebabkan ia memiliki sijil tertentu ( dan kadang-kadang dilihat pula dari segi kemahiran tertentu ) dan dia pula pernah meniru ( menipu ) di dalam mendapatkan sijil itu , namun gajinya tetap TIADA KENA MENGENA dengan usaha dia meniru / menipu di dalam peperiksaan lalu .

Ini disebabkan gajinya dibayar BUKANLAH kerana dia memiliki sijil tersebut , akan tetapi kerana DIA BERKERJA ( dia berusaha menjalankan kerjanya ) .

Mengapakah pula dikatakan tiada kaitan dengan di antara sijil dengan gajinya itu ? .

Kerana kalaulah benar seseorang itu dibayar gaji kerana ( berdasarkan asas utama ) memiliki sijil tertentu , maka sudah pastilah kalau dia tidak berkerja pun , si majikan tetap akan membayar gajinya .

Akan tetapi realiti yang berlaku adalah sebaliknya . Walaupun seseorang itu memiliki sijil yang baik ( hasil dia meniru tadi ) akan tetapi kalau dia seorang pekerja yang malas dan tidak produktif , sudah tentu dia tidak akan dibayar gajinya oleh majikannya . Ini bermakna gajinya itu dibayar disebabkan dia membuat kerja . Sijil itu pula ( yang didapati dengan cara meniru / menipu di dalam peperiksaan ) hanyalah satu alat / wasilah untuk dia mendapatkan perkerjaan .

Meniru / menipu di dalam peperiksaan ataupun di dalam apa sahaja bidang , adalah perbuatan yang KEJI , BERDOSA dan HARAM , akan tetapi itu tidaklah menyebabkan gajinya esok-esok ( yang diterima setelah dia berkerja ) juga adalah HARAM .

Kalau benarlah seseorang yang menipu di dalam peperiksaannya lalu berjaya mendapatkan sijil dan akhirnya berkerja dianggap HARAM gajinya , maka sudah tentu LEBIH HARAM seseorang itu berkerja di dalam bidang yang bukan menjadi bidang pengajiannya / ikhtisasnya / specialization .

Walhal , begitu ramai buruh asing berkerja di negara kita di dalam sektor-sektor tertentu tanpa adanya SIJIL dan KEMAHIRAN di dalam bidang itu . Adakah HARAM gaji mereka ? .

Seseorang pelajar jurusan agama yang memiliki B.A Hons di dalam Pengajian Islam , tiba-tiba berkerja di luar negara ( demi mencari rezeki yang halal ) di negara asing sebagai seorang tukang cuci ( cleaner ) , adakah dianggap HARAM gajinya kerana dia bukan sahaja tidak memiliki SIJIL di dalam bidang itu dan apatah lagi KEMAHIRAN di dalam bidang itu ? .

Seseorang yang memiliki Sijil Pengaturacara Komputer tiba-tiba disebabkan desakan hidup berkerja sebagai seorang guru tuisyen yang mengajar pelajaran Sejarah , adakah HARAM gajinya disebabkan dia bukannya pernah belajar khusus di dalam bidang itu ? .

Seseorang yang memiliki Ijazah Sarjana di dalam bidang Matematik , tiba-tiba balik ke kampung berkerja sebagai seorang petani moden , adakah HARAM gajinya / pendapatannya itu ? .

Jawapannya adalah TIDAK !!! .

Mengapakah TIDAK ??? . Disebabkan gaji yang diterima itu disebabkan usahanya dan hasil keringatnya dan tidak pula kerja itu dianggap haram oleh agama kita .

Ini bermakna : Gaji seseorang itu dibayar kerana USAHANYA BERKERJA bukannya kerana sijilnya dan mungkin juga bukan disebabkan kemahirannya di dalam bidang itu .

Namun , kami tetap menasihati saudara-saudari kami yang pernah melakukan peniruan / penipuan di dalam peperiksaan itu agar BERTAUBAT kepada Allah Ta’ala di atas perbuatannya itu , walaupun gaji dan pendapatan kerjanya itu tidak dianggap haram .

Dan kami juga menggesa agar setiap kita berusaha memahirkan diri dengan kerja yang dilakukan ( walaupun yang sepatutnya dia perlu ada kemahiran terlebih dahulu di dalam bidang perkerjaan yang hendak diceburinya itu ) . Ini agar kerja yang dilakukan itu nampak lebih kemas , lebih sempurna dan lebih bermutu . Dan ini juga agar dia sendiri lebih berpuas hati dengan hasil-kerjanya itu dan agar gaji dan kehidupannya itu lebih diberkati dan dirahmati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala .

Bukankah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah mengajar kita dengan sabdanya :


Åä Çááå ÊÚÇáì íÍÈ ÅÐÇ Úãá ÃÍÏßã ÚãáÇ Ãä íÊÞäå

Ertinya : “ Sesungguhnya Allah Ta’ala menyintai amalan seseorang yang apabila dia membuatnya , dia membuatnya di dalam keadaan teliti “ ~ Hadis Hasan diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi rh , al-Imam as-Suyuthi rh dan Syeikh al-Albani rh .

Kami menyarankan juga agar kita semua dapat merujuk semula kepada SOAL-JAWAB di bawah ini yang mempunyai kaitan dengan alam perkerjaan di masa kini :

SJ – 2483 : KELIRU DENGAN GAJI @ PENDAPATAN YANG DITERIMA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=12169

SJ – 2243 : BACAAN TIDAK FASIH & HALAL-HARAM-SYUBHAT DALAM PENDAPATAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10543

SJ - 1805 : TERBABIT DENGAN ARAK DI DALAM PERKERJAAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7875

SJ - 2207 : HUKUM MEMBUKA CYBER CAFE & MENGGUNAKAN PROGRAM SOFTWARE “ CETAK-ROMPAK “
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10062

SJ-1204: HALALKAH PENDAPATAN SEBAGAI PENYANYI ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5551

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ FATWA : DI ANTARA GAJI DENGAN KEMAHIRAN
Oleh : Al-'Allamah Dr. Abdul Karim Majid ha
{ Pensyarah Fakulti Pengajian Islam , Sarajevo }
Fatwa bertarikh : 6 / April / 2002 m
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=68137

2 –FATWA : HUKUM MENIPU DI DALAM PEPERIKSAAN MENENGAH LALU BERJAYA BELAJAR DI MENARA GADING ?
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiyyah Saqr ha
{ Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif }
Fatwa bertarikh : 8 / April / 2003 m
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=96013

3 – MENIPU DI DALAM PEPERIKSAAN
Kitab : “ Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam “ – Jilid 2 , Bahagian ke- 10 , Halaman : 666 - 667
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiyyah Saqr ha
{ Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif }
Terbitan : Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
22 / Jumadi Awwal / 1424 H
22 / Julai / 2003 M

SELASA ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum