Transformasi Turki: Daripada Erbakan hingga Erdogan – Bahagian II

Primary tabs

Marwan Bukhari | Abduh Study Group, IRF

Dr Radwan Masmodi, pengasas dan Pengarah Center for The Study of Islam and Democracy (CSID) semasa awal kemenangan AKP – tahun 2002 – pernah menyebut dalam sebuah artikelnya yang bertajuk Turkey Leads The Way menulis:

“In Turkey today, we at last have a group of Muslim conservatives who are trying to develop a version of secularism that is acceptable to Muslims. Theirs is not the anti-religious sort of secularism that has been practiced in many quarters of the Muslim world, but an Islamically acceptable secularism, which says that the government belongs to the people and that religious practices and views should not be forced by the state.”


Tanpa  merujuk diri mereka sebagai Islamis, AKP cuba bertindak melawan arus  dalam memberi takrif dan makna sekularisme berbanding apa yang sedia  diketahui oleh rakyat Turki sebelum ini[Di negara Turki pada hari ini, kita melihat akan keberadaan kelompok Islam yang konservatif yang cuba untuk mewujudkan suatu versi tentang sekularisme yang dapat diterima oleh orang Islam. Sekularisme mereka bukannya bersifat anti-agama yang banyak dipraktikkan dibanyak negara di dunia Islam, tetapi sekularisme yang dapat diterima Islam yang menegaskan bahawa kerajaan adalah milik rakyat dan praktis keagamaan dan pandangan agama tidak boleh dipaksa oleh sesebuah Negara].

Wacana sekularisme sebagai sebuah mekanisme masih menjadi sensitif dalam kalangan Islamis, namun Erdogan dan angkatannya telah menjadikannya realiti, manakala situasi dan keadaan politik di Turki sangat mendorong hal tersebut untuk berlaku. Tanpa merujuk diri mereka sebagai Islamis, AKP cuba bertindak melawan arus dalam memberi takrif dan makna sekularisme berbanding apa yang sedia diketahui oleh rakyat Turki sebelum ini. Mereka memberi penekanan kepada soal hak dan kebebasan rakyat untuk berkeyakinan dan menghidupkan perbincangan agama di ruang awam.

Lebih menarik, Rachid Ghannouchi turut mengambil bahagian dalam wacana baru ini apabila beliau telah memberikan sebuah syarahan bersejarah dalam sebuah program anjuran Centre for the Study of Islam and Democracy [CSID] di Tunisia bertajuk al-‘Ilmaniyyah wa Alaqah al-Dawlah min Manzhur Harakah al-Nahdah - yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Secularism and Relations between Religion and the State from the Perspective of the Nahdha Party.

Menurut beliau: “The distinction between that which is political and that which is religious is clear in the Sahifah in that Muslims are a religious nation (ummah) and the Jews another, but the combination of the two plus other polytheists made up a nation in the political sense. This distinction can be witnessed in the Prophet’s dealings even if the boundaries were not always clear. Whereas the religious is the sphere of observance and obligation, the political is the sphere of reason and Ijtihad.”

[Perbezaan diantara apa yang diertikan sebagai politik dan apa yang diertikan agama adalah jelas di dalam Sahifah di mana golongan Islam adalah suatu ummah yang beragama, dan Yahudi pula kumpulan ummah yang lain, tapi percampuran kedua-duanya dengan golongan musyrik telah menghasilkan suatu bangsa-negara dalam ertikata politik. Perbezaan ini dapat dilihat semasa Nabi berurusan walaupun batas-batasnya tidak selalunya jelas. Manakala urusan agama itu merangkumi ruang ketaatan dan kewajipan, urusan politik merangkumi ruang akal dan ijtihad.]


Hijab: Pilihan Peribadi dan Bukan Undang-undang NegaraHijab : Pilihan Peribadi, Bukan Urusan Negara

Wacana berkenaan sejauh mana peranan agama di ruang awam ini sangat hangat terutamanya sejak AKP mengambil alih pemerintahan. Contoh yang paling sesuai ialah isu hijab yang sudah menjadi isu sekian lama sejak Revolusi Islam Iran.

Berbanding Iran dan Arab Saudi yang membuat pemaksaan undang-undang dalam soal hijab, Turki pada suatu ketika dulu pula senada dengan Perancis apabila melakukan larangan terhadap pemakaian hijab di bangunan-bangunan kerajaan, universiti dan sekolah-sekolah.

Pada Februari 2008, parlimen Turki secara praktikalnya sudah meluluskan pindaan perlembagaan yang memansuhkan bahagian dalam perlembagaan yang membenarkan kerajaan mengenakan larangan pemakaian hijab di tempat-tempat tersebut, namun kebimbangan lahir apabila ia diprotes oleh sekularis Turki yang diketahui umum mendominasi pihak tentera dan mahkamah. Akhirnya pindaan undang-undang tersebut dibatalkan pada Jun 2008 oleh pihak mahkamah.

Peraturan yang bercanggah dengan kebebasan individu tersebut disanggah keras oleh beberapa pihak, salah seorangnya ialah intelektual Muslim terkenal iaitu Prof Dr Louay Safi. Dalam sebuah artikel beliau bertajuk Hijab: Personal Choice Not State Law [Hijab: Pilihan Peribadi dan Bukan Undang-undang Negara] menyatakan:

“The debate over hijab is emotionally charged, with secular Turks presenting the move as the first step toward ending democracy in Turkey and forcing all Turkish women to wear headscarf. This alarmist language has clouded the debate and created a sense of panic, as the choices presented are based on the logic of either/or, as if the only choices society can make is that between banning or enforcing the hijab. These are of course false choices, as society can choose neither to ban nor enforce. The third choice is the one available to women in most Muslim countries. In most societies, the decision to wear headscarf, or to take it off, is a personal choice.”

[Perdebatan tentang hijab penuh beremosi, dengan pihak sekularis Turki mendakwa bahawa ia adalah langkah pertama ke arah penghapusan demokrasi di Turki dan memaksa wanita Turki untuk bertudung. Bahasa yang amat menggelisahkan ini telah mengaburi perdebatan dan menghasilkan perasaan panik, kerana pilihan yang dipaparkan adalah berdasarkan logik samada berhijab atau tidak sama sekali, yang mengertikan bahawa pilihan yang boleh dibuat masyarakat hanya samada melarang hijab atau memaksakan hijab. Sesungguhnya ini adalah pilihan yang batil kerana masyarakat boleh memilih untuk tidak menghalang atau memaksa. Pilihan ketiga ialah pilihan yang dipunyai oleh wanita dikebanyakan negara Islam. Dalam banyak masyarakat, keputusan untuk memakai hijab atau membukanya, adalah pilihan diri sendiri].

Persoalan hijab dan menghalang peranan agama untuk berperanan di ruang awam turut berlaku di Tunisia khasnya semasa pemerintahan Habib Bourguiba apabila beliau telah menutup sebuah universiti Islam terkenal iaitu Universiti Islam al-Zaytounah dan mengeluarkan arahan melarang pemakaian hijab. Hijab seolah-olah dilihat sebagai simbol agama yang menakutkan, sebagaimana fenomena segelintir masyarakat Barat pada hari ini yang melihat janggut sebagai simbol keganasan.

Isu sebenarnya bukannya sehelai kain bergelar hijab, sebaliknya sebuah masyarakat yang tidak menghayati hak kebebasan beragama, selain tidak meramahi inklusivisme dan pluralisme dalam bernegara dan bermasyarakat.

Bahkan isu sebenarnya ialah binary vision yang hanya memandang hitam atau putih semata-mata terhadap sesuatu perkara. Pokoknya, pandangan sempit sebegitu lahir dalam masyarakat yang berminda dogmatik tanpa mengira apa agama atau ideologi, sebagaimana pernah diulas oleh sosok intelektual Muslim terkenal era ini iaitu Dr Tariq Ramadan dalam tulisan beliau bertajuk The Quest For Meaning:

“The dogmatic mind displays, moreover, one further characteristic. It would be a mistake to think that it accepts the existence of only one point of view: the dogmatic mind is a binary mind. Whilst it states that its truth is the only truth, that its Way is exclusive and that its universal is the only universal, that is because it stipulates – at the same time – that anything that does not partake of that truth, that path and that universal is, at best, absolutely ‘other’ and, at worst, culpably mistaken.”

[Minda dogmatik memperlihatkan satu lagi ciri. Adalah suatu kesalahan untuk mengandaikan bahawa ia hanya menerima kewujudan hanya satu pandang arah: minda dogmatik itu adalah satu minda binari. Manakala ia menyatakan bahawa kebenarannya itu adalah satu-satunya kebenaran, jalannya pula begitu ekslusif dan universalnya hanyalah ia satu-satunya, kerana ia mengandaikan – pada masa yang sama – sesuatu yang tidak mengikuti kebenaran tersebut, jalan itu dan universal itu, paling tidak, sesuatu yang sama sekali “lain’ dan lebih parah, sesuatu yang salah].


Fethullah Gulen antara faktor perubahan cara berfikir dan pendekatan AKP. Dalam mencorakkan politik baru Turki.Pengaruh Pemikiran Gulen

Pada awal pelaksanaan pseudo-secular di Turki satu masa dahulu, telah bangkit ramai ilmuan agama menuntut hak mereka, termasuklah Bediuzzaman Said Nursi (1877-1960) yang sangat terkenal sebagai salah seorang tokoh yang berhempas pulas menuntut hak kebebasan beragama dan berkeyakinan, selain mengubat penyakit masyarakat Muslim pada masa itu daripada pengaruh kemalism. Latar belakang kebangkitan Muslim di Turki tidak dapat dipisahkan daripada kewujudan figur yang menjadi inspirasi mereka, sebagaimana halnya dengan Erbakan yang telah diinspirasikan oleh Shaykh Mehmed Zahid Kotku daripada gerakan sufi Naqsyabandi.

Sementara itu pengaruh wacana baru yang dibawa oleh Fethullah Gulen (1941 – sekarang) antara faktor perubahan cara berfikir dan pendekatan AKP. Dalam mencorakkan politik baru Turki, Gulen disifatkan oleh sebahagian pengkaji sebagai seorang tokoh pemikir dan intelektual yang bertanggungjawab membawa pemikiran sufi kontemporari, ilham daripada Jalaluddin Rumi dan Yunus Emre. Berhubung demokrasi, Ihsan Yilmaz membawa satu pandangan Gulen - dipetik daripada buku yang memuatkan pandangan beliau bertajuk Essays, Perspectives, Opinions - yang menegaskan bahawa politik Islam bersifat pragmatik berdasarkan maslahah (kepentingan umum) dan zeitgeist (ruh zaman):

“Islam does not propose a certain unchangeable form of government or attempt to shape it. Instead, Islam establishes fundamental principles that orient a government’s general character, leaving it to the people to choose the type and form of government according to time and circumstances.”

[Islam tidak mencadangkan suatu bentuk kerajaan yang tidak anjal atau cuba untuk mereka-bentuknya. Akan tetapi, Islam menegakkan prinsip-prinsip yang fundamental yang mengorientasikan ciri-ciri umum sesebuah kerajaan, dan membiarkan ia kepada rakyat jelata untuk memilih jenis dan bentuk kerajaan menurut peredaran masa dan suasana].

Pandangan beliau tersebut secocok dengan pandangan ramai tokoh reformis lain termasuk Rachid Ghannouchi, Tariq Ramadan dan Abdel Wahab el-Affendi. Beliau juga berhujah dengan ayat al-Qur’an daripada surah al-Ra’du:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.” [13: 11]

Ayat tersebut menurutnya menunjukkan bahawa setiap kehendak individu menentukan apa yang bakal diterimanya sama ada di dunia mahupun di akhirat. Justeru pembangunan dan kemunduran sesuatu masyarakat bergantung kepada kehendak, pandangan alam dan gaya hidup warganya.

Menurut Gulen lagi:

Islam considers a society to be composed of conscious individuals equipped with free will and having responsibility toward both themselves and others. Islam goes a step further by adding a cosmic dimension. It sees humanity as the “motor” of history, contrary to fatalistic approaches of some of the nineteenth century Western philosophies of history such as dialectical materialism and historicism. Just as every individual’s will and behavior determine the outcome of his or her life in this world and in the hereafter, a society’s progress or decline is determined by the will, worldview, and lifestyle of its inhabitants. The Koran says: “God will not change the state of a people unless they change themselves (with respect to their beliefs, worldview, and lifestyle).” [13: 11]

[Islam menganggap sesuatu masyarakat itu terdiri daripada manusia yang sedar yang dipersiapkan dengan pilihan sendiri dan mempunyai tanggungjawab terhadap diri mereka dan orang lain. Islam melangkah setapak lagi dengan menambahkan dimensi kosmik. Ia melihat kemanusiaan sebagai “motor” yang menggerakkan sejarah. Hal ini bertentangan dengan pendekatan fatalis sesetengah falsafah sejarah Barat abad ke-sembilanbelas seperti materialis dialektik dan historisisme. Sepertimana kehendak dan kelakuan seseorang individu itu akan menatijahkan hasil kehidupannya di dunia ini maupun di hari akhirat, kemajuan dan kemunduran sesuatu masyarakat itu ditentukan oleh kehendak, pandangan sarwa dan gaya hidup umat itu sendiri. Al Qur’an menyebutkan: “Sesungguhnya Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri merubah apa yang ada dalam dirinya (berupa keyakinan, pandangan sarwa dan gaya hidup]” [13: 11]

Selain itu, Gulen turut dikenali sebagai aktivis sosial yang berjasa besar dalam memainkan peranan dalam abad ke-21 masyarakat sivil terutama dalam soal pendidikan dan kebajikan. Menerusi gerakan Hizmet, mereka telah menubuhkan dua buah sekolah pada awal 1980-an dan setelah hampir dua dekad, bilangan sekolah telah menjadi ratusan, malahan mencapai 500 buah sekolah di seluruh dunia. Beliau turut dikenali dengan penolakannya terhadap Islamisme seperti gerakan Erbakan yang mana menurut beliau hal ini telah menjadikan Islam sebagai ideologi politik sedangkan ia bertentangan dengan semangat Islam yang cocok dengan demokrasi.

Barton  dalam bukunya Progressive Islamic Thought, Civil Society and the Gulen Movement in the National Context: Parallels with Indonesia memetik pandangan beliau:

“… This vision of Islam as a totalizing ideology is totally against the spirit of Islam, which promotes the rule of law and openly rejects oppression against any segment of society. This spirit also promotes actions for the betterment of society in accordance with the view of the majority.”

[… Visi Islam sebagai suatu ideologi yang mencakupi segalanya adalah sebenarnya bercanggah dengan ruh Islam itu sendiri. Islam menganjurkan aturan hukum dan secara terang-terangan menentang segala bentuk penindasan ke atas mana-mana segmen masyarakat. Ruh ini juga menganjurkan tindakan untuk pengislahan masyarakat bersesuaian dengan pandangan kelompok majoriti.]

Di samping itu, gerakan Gulen juga sangat dikenali dengan komitmen mereka dalam melakukan dialog antara tamadun dan agama, selain pandangan beliau yang lebih toleran terhadap Barat menjadikan beliau berbeza dengan pandangan Erbakan dan sedikit sebanyak telah mempengaruhi dasar luar negara Turki. Pim Valkenberg dalam sebuah kertas kerjanya Fethullah Gülen’s Contribution to Muslim-Christian Dialogue in the Context of Abrahamic Cooperation memetik satu pandangan Gulen iaitu:

“Interfaith dialogue in a must today, and the first step in establishing it is forgetting the past, ignoring polemical arguments, and giving precedence to common points, which far outnumber polemical ones.”

[Dialog antara agama adalah suatu kemestian sekarang ini. Dan langkah pertama dalam melaksanakannya ialah melupakan peristiwa yang lalu, menghindari pertelingkahan polemik, dan memberikan keutamaan kepada perkara yang disepakati, yang semestinya lebih banyak daripada perkara yang bersifat polemik.]


Refleksi dan Konklusi

Gerakan-gerakan  Islam diseluruh dunia sepatutnya mecontohi Hizb an-Nahdah di Tunisia  dan AKP di Turki dalam membincangkan soal pemisahan ruang antara  pemerintahan dan ruang awam, berteraskan hak kebebasan berkeyakinan dan  beragamaPeralihan wacana Islamis yang berlaku di Turki sangat menarik untuk ditinjau secara kritis, terutama perihal kebijakan politik dan keberanian Young Turks melakukan perubahan sehingga menyebabkan gelenekciler tertinggal jauh di belakang. Soalnya bukan siapa di hadapan atau di belakang memandangkan pemikiran Erbakan mempunyai jasa dan sumbangan tersendiri di Turki, namun bagaimanakah interaksi AKP dalam mewajahkan politik baru secara realistik wajar dipuji dan dicontohi oleh gerakan Islam lain di seluruh dunia.

Berdasarkan pengalaman Turki di atas, pada pandangan kami, sikap sesetengah gerakan Islamis yang mencampur adukkan antara peranan negara dan peranan masyarakat  wajar dinilai secara kritis. Tugas masyarakat untuk melakukan nasihat dan amar makruf nahi munkar khasnya dalam urusan peribadi warga seperti isu hijab telah disalah-ertikan sebagai suatu tanggungjawab negara.

Dalam hal ini, Prof Louay Safi, yang pernah menjawat Pengarah Penyelidikan di International Institute of Islamic Thought (IIIT) menyatakan:

The Islamic state, it should be emphasized, is not an institution devoted to advancing the interests of the Muslim community, but a political system based on universal principles, and one committed to maintaining peace, security, and welfare for all citizens, irrespective of their doctrines, religions, nationality, race or gender.”

[Sebuah Negara Islam, perlu ditekankan di sini, bukannya sebuah institusi yang hanya mengketengahkan kepentingan masyarakat Islam sahaja, tetapi suatu sistem politik yang bersandarkan prinsip-prinsip yang universal. Ia bersungguh-sungguh dalam mengekalkan keamanan, keselamatan dan kebajikan kesemua rakyatnya tanpa mengira perbezaan doktrin, agama, kawarga-negaraan, bangsa maupun gender.]

Komentar yang diberikan oleh Louay Safi di atas menuntut perbincangan secara kritis soal membezakan urusan keagamaan (deeni) dan kepolitikan (siyasi) mesti diluaskan oleh terutamanya oleh gerakan Islam, kerana tindakan generalisasi semua urusan menyebabkan berlaku campur aduk.

Perbincangan ini akan berkait dengan sekularisme sebagai mekanisme, justeru memerlukan kesediaan aktivis gerakan Islamis untuk melontarkan pandangan mereka secara ilmiah dan realistik sebagaimana dilakukan oleh Ghannouchi dalam syarahannya di CSID. Islam sememangnya menolak pemisahan agama daripada kehidupan termasuk soal politik, disebabkan itu Islam mewajibkan prinsip-prinsip keadilan, kesetaraan, pemerintahan yang baik (good governance), pengagihan ekonomi yang sama rata dan sebagainya.

Namun dalam masa yang sama, gerakan-gerakan Islam diseluruh dunia sepatutnya mecontohi Hizb an-Nahdah di Tunisia dan AKP di Turki dalam membincangkan soal pemisahan ruang antara pemerintahan dan ruang awam, berteraskan hak kebebasan berkeyakinan dan beragama.

Justeru sekali lagi, gerakan Islam hendaklah melibatkan diri dalam perbincangan ini secara matang, bukannya sekadar cukup dengan ungkapan “sekularisme ialah jalan pintas menjadi kufur”. Kesediaan gerakan Islam akan lebih terbukti jika mereka berani “merakyatkan” perbincangan ini kepada para pengikut tegar mereka kerana sebilangan para pengikut dan pendokong perjuangan Islam akan membawa visi, misi dan kefahaman yang dilaungkan oleh para pimpinan mereka.

Gerakan mahasiswa Islam juga sepatutnya sudah berani membawa perbincangan ini dan memasukkannya ke dalam silibus mereka, bukan semata-mata bergantung dengan silibus ciptaan generasi 80-an dan 90-an, lantaran pemikiran politik merupakan sesuatu yang sentiasa berubah-ubah dan tidak statik.

Intihan, pergolakan pemikiran politik Turki meninggalkan banyak kesan yang bisa dipelajari. Salah satu yang paling penting yang tidak sempat diulas dalam tulisan ini, ialah dasar luar negara AKP yang menarik perhatian ramai penganalisis. Slogan zero problem with neighbours yang diketuai oleh Menteri luarnya, Ahmet Davutoglu turut wajar diamati oleh gerakan Islam supaya bukan lagi berjiwa pembangkang dengan retorik anti-Barat dan sebagainya, sebaliknya bersedia dengan posisi yang kukuh untuk memerintah. Dan semua perkara ini sudah tentu menuntut komitmen dan jiwa yang besar daripada semua pihak, bahkan AKP sendiri tidak muncul dalam masa satu malam!