SJ – 2793 : ISTERI YANG MEMOHON CERAI

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2793 : ISTERI YANG MEMOHON CERAI

Saya ingin bertanya soalan.Apa yang saya tahu adalah berdosa besar apabila seorang isteri meminta cerai(tdk masuk syurga)dari suaminya.Saya sebagai isteri kedua dan suami tdk berlaku adil terhadap saya.sering mambezakan dan sentiasa mendahulukan isteri pertama sehingga sanggup tdk balik kerumah saya berminggu lamanya sedangkan hari2 pulang kerumah isteri pertamanya.Selain itu dia juga takut/mengikut kata isteri pertamanya.Perkahwinan kami adalah di luar pengetahuan isteri pertamanya.Tujuan kami kahwin adalah utk megelakkan diri dari terjerumus kelembah hina tetapi akhirnya saya menjeruk rasa disbbkan ketidak adilannya.soalan saya :
1)Saya sering menyuarakan ketidakpusan hati saya dan meminta hak saya ditunaikan.akibatnya pergaduhan berlaku krn suami saya ingin menjaga serta tdk mahu melukakan hati isteri pertamanya.berdosakah saya sbg seorang isteri? saya cuma meminta hak saya.Tdk lebih dari itu.suami saya juga tdk boleh bertolak ansur dgn saya dalam perkara ini.
2)Berdosakah saya sekiranya meminta cerai darinya kerana tdk tahan dgn keadaan tersebut dan mencari org lain sebagai pengganti?saya cuma mahu suami yang bertanggungjawab dan dpt menjaga saya.utk pengetahuan tuan , kami belum mempunyai anak.

Harap tuan boleh beri penjelasan .

Re: isteri yg memohon cerai

:salam

Soalan ini nampaknya belum ditangani oleh panel al-Ahkam. Kalau gitu saya nak cuba-cuba jawab, tapi ikut logik akal saya saja.

(i) saya tidak nampak apa salahnya jika isteri meminta cerai daripada suaminya jika suaminya itu seorang yang cuai terhadap tanggungjawabnya atau langsung tidak bertanggungjawab terhadap isteri-(isteri)nya ATAU jika suami itu buruk perangai.

(ii) itu sebabnya barangkali kenapa ada lafaz "taklik talak" di belakang "surat nikah", sama ada pasangan berkenaan nikah di Malaysia atau nikah di Siam atau nikah di Indonesia - dengan syarat-syarat tertentu, umpamanya kegagalan suami untuk memberi nafkah selama 3 bulan atau lebih; suami pukul balun isteri; suami mengainaya isteri-- ainaya tu macam-macam --- ainaya fizikal atau/dan ainaya mental.... nafkah pun macam-macam:-- nafah zahir (makan minum, pakaian; make-up; perubatan); nafkah batin pun macam-macam juga : seks; kasih sayang; pergaulan yang makruf; pendidikan agama; nasihat dsb

(iii) termasuk dalam hal tidak nmemberi nafkah itu macam-macamlah . tidak adil kepada isteri (kalau berpoligami)... adil di sini adalah adil dari segi syarak/ Islam.. tidak mengauli isteri, dan macam-macam lagi;

(iii) kalau minta cerai melalui takliq susah; isteri boleh minta cerai melalui fasakh atau khuluk;

(iv) bagaimanapun, sebelum bercerai ada baiknya dilantik penasihat/kaunselor... atau melantik hakam/penimbang tara... mudah-mudahan segala kekusutuan dapat diuraikan..

(v) di setiap jabatan agama negeri ada disediakan 'perunding cara/kaunselor perkahwinan" bertujuan menasihati pasangan-pasangan yang bermasaalah sebelum boleh membawa kes mereka ke mahkamah syariah ... usahakanlah.

(vi) tapi kalau tak boleh jugak.. kena bercerai juga... perceraian merupakan jalan terbaik ... sudah tidak ada makruf/kebaikan dalam perkahwinan-- maka kenalah juga bercerai.

(vii) uruskanlah hal-hal hadanah & nafkah anak (kalau ada anak); nafkah edah, mut'ah, & harta sepencarian... sebab matlamat perkahwinan adalah antaranya, untuk mecari kebahagiaan.. kalau dah tak bahagia, buat apa teruskan perkahwinan .. betul tak.

sekian dulu,

WA

:wassalam

Re: SJ – 2793 : ISTERI YANG MEMOHON CERAI


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2793 : ISTERI YANG MEMOHON CERAI

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Puan Melati yang mengemukakan soalan di atas . Dan terima kasih juga kepada moderator kami , Saudara Jawana yang memberikan gambaran mengenai prosedur jabatan guaman di dalam mengendalikan kes seperti ini .

Memang benar terdapat beberapa hadis yang sahih bersumber daripada Baginda Rasulullah s.a.w yang melarang seseorang wanita itu meminta talaq ( diceraikan ) daripada suaminya . Di antara hadis tersebut ialah :

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÃóíøõãóÇ ÇãúÑóÃóÉò ÓóÃóáóÊú ÒóæúÌóåóÇ ÇáØøóáóÇÞó ãöäú ÛóíúÑö ãóÇ ÈóÃúÓò ÝóÍóÑóÇãñ ÚóáóíúåóÇ ÑóÇÆöÍóÉõ ÇáúÌóäøóÉö

Ertinya : Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda : “ Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya TANPA ADA SEBARANG SEBAB YANG MENDESAK , maka haramlah baginya ( wanita itu ) mencium bau syurga “~ Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad rh di dalam musnadnya ( 5 / 277 ) , Al-Imam Abu Daud ( 2 / 2226 ) , Al-Imam at-Tirmizie rh ( 3 / 1187 ) , Al-Imam Ibnu Majah rh ( 1 / 2055 ) , Al-Imam Ibnu Hibban rh ( 6 / 191 Ihsan ) dan Al-Imam al-Hakim rh di dalam Al-Mustadrak ( 2 / 2002 ) . Al-Imam at-Tirmizie rh mengatakan hadis ini berstatus HADIS HASAN , manakala Al-Imam al-Hakim rh pula mengatakan ia berstatus HADIS SAHIH MENURUT SYARAT al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh , dan ia disokong oleh Al-Imam az-Zahabi rh serta dianggap sahih oleh Syeikh al-Albani rh ( Sahih al-Jamie’ as-Soghir : 1 / 2706 ) .

### Yang jelas daripada hadis di atas , wanita yang tidak akan dapat mencium bau syurga ialah wanita yang memohon cerai ( talaq ) daripada suaminya TANPA ADA sebarang sebab-sebab yang dibenarkan syarak . Contohnya : Si isteri meminta cerai kerana suaminya sudah tidak mampu lagi berlaku adil , ataupun kerana sudah tiada lagi cara untuk mendamaikan hubungan di antara suami-isteri , ataupun di sebabkan si isteri sudah mula membenci suaminya hinggakan tidak lagi mampu melayan suaminya sebagaimana layanan yang patut diberikan oleh isteri kepada suaminya .

### Daripada hadis di atas dan masalah yang puan kemukakan , maka tindakan puan meminta cerai daripada suami puan adalah SATU PERKARA YANG DIBENARKAN OLEH SYARIAT ISLAM . Dan ia dibenarkan oleh syariat Islam lantaran sesebuah kehidupan rumah-tangga itu MESTILAH diasaskan di atas perasaan saling bertanggung-jawab ke atas pasangan masing-masing dan apabila sifat itu sendiri sudah tiada pada salah-seorang daripada mereka ataupun kedua-dua , maka sudah tentu tiada ertinya lagi hidup bersama sebagai sepasang suami – isteri .

### Dan sebagai mana seseorang lelaki itu dibenarkan menceraikan isterinya yang nusyuz ( derhaka ~ menurut pandangan syariat ) , maka begitulah juga dengan si isteri yang boleh memohon diceraikan apabila berhadapan dengan situasi sebagai mana yang puan nyatakan di atas .

### Kalaulah TIDAK BOLEH LANGSUNG menceraikan isteri secara talaq dan jika TIDAK BOLEH LANGSUNG si isteri memohon cerai secara fasakh ataupun khuluk ( sebagai mana ajaran Kristian ) , maka apalah ertinya Allah Ta’ala membenarkan talaq ( cerai ) itu dilakukan di kala sudah tiada lagi jalan untuk berdamai ataupun hidup bersama ? .

### Namun , sebelum puan mengambil keputusan yang nekad itu , silalah fikirkan kembali semasak-masaknya dan cubalah lagi cari jalan penyelesaian . Di samping bermohon kepada Allah Ta’ala agar suami puan kembali ke pangkal jalan dan dapat melaksanakan tugasnya dengan baik sebagai seorang suami misali .

Mudah-mudahan Puan Melati sentiasa diberikan petunjuk dan pimpinan Ilahi dan semoga Allah Ta’ala sentiasa memberikan kita petunjuk-Nya di dalam segala perkara yang diredhai-Nya . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :doa

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-‘Allamah Imam al-Hafiz as-Suyuthi rh .
Jilid 2 , Hadis : 2944
Terbitan : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz , Riyadh

2 ~ FAIDHUL QADIR SYARH AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Abdul Rauf al-Manawi rh
Jilid : 3 , Hadis : 2944 , Halaman : 178
Terbitan : Darul Kutoob al-Ilmiyah , Beirut

3 ~ Penerangan Lisan Daripada Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi ha
{ MA Hadis , Universiti al-Azhar & Pendakwah Kem. Waqaf , Mesir }


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
01 / Jumadi Tsani / 1424 H
31 / Julai / 2003 M

ISNIN ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum