SJ-01-0031 : Menangis? : tidak redha dgn ketentuan Tuhan ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0031 : Menangis? : tidak redha dgn ketentuan Tuhan ?

assalamu'alay-kum

satu kemusykilan sebenarnya..

adakah terlalu banyak menangis kerana hal-hal keduniaaan beerti kita kurang redha dengan ketentuan Illahi?


kerana Allah SWT telah berfirman, jangan sia-siakan air matamu kerana hal dunia, menangislah kerana dosa-dosa yang telah dilakukan....

minta penjelasan.......

WA

Re: SJ-01-0031 : Menangis? : tidak redha dgn ketentuan Tuhan

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Menangis merupakan mekanisme tindak balas fizikal manusia akibat sesuatu yang biasanya negatif yang berlaku, misalnya perasaan sedih, takut, hiba, menyesal, dsb. Apabila menangis ini disebabkan rasa takut dan khusyuk kepada Allah swt, maka itulah peringkat yang tertinggi didalam tangisan. Ada juga menangis yang disebabkan oleh tindakan positif, misalnya bersama syukur dikurniakan Allah swt sesuatu nikmat.

Akan tetapi apabila tangisan itu diakibatkan oleh sesuatu yang terjadi pada hal-hal dunia, ia bukan lagi tangisan yang berbentuk spiritual. Ia mungkin diakibatkan sedih, misalnya kematian sahabat baik. Ini dibenarkan didalam Islam. Akan tetapi jika ia menjadi keterlaluan seperti meratap, merayu dsb, maka perbuatan di di larang oleh syara'. Syiekh Ibn Taimiyah rh didalam komentar mengenai isu ibu menangisi kematian anak mengatakan :

ÃãÇ ÏãÚ ÇáÚíä æÍÒä ÇáÞáÈ ÝáÇ ÅËã Ýíå , áßä ÇáäÏÈ æÇáäíÇÍÉ ãäåí Úäå
"Malah tidak ada dosa mengalirkan air mata dan merasa sedih dihati, akan tetapi menangis tersesak-esak dan meratap adalah ditegah"- [Majmu' fatawa 24/380]

Malah Nabi saw telah kelihatan beberapa kali menitiskan air mata di beberapa peristiwa kematian orang yang disayangi, misalnya kematian anaknya Ibrahim sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhaari 2/105 dan Muslim 7/76 dari hadith Anas ra. Begitu juga dengan peristiwa kematian salah seorang anak perempuannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhaari #1258 dari hadith Anas ra.

Bagi tangisan yang berlebih-lebihan pula, misalnya menangis berlebihan diakibatkan kehilangan harta-benda dunia; ini seolah-olah menunjukkan satu protes kepada Allah swt. Sikap ini disebabkan oleh penyakit wahan, iaitu jiwanya sudah mencintai dunia melebihi akhirat. Didalam sebuah hadith yang menceritakan peristiwa akhir zaman ada menyebut :-

Úä ËæÈÇä ÞÇá ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã : (íæÔß ÇáÃãã Ãä ÊÏÇÚì Úáíßã ßãÇ ÊÏÇÚì ÇáÃßáÉ Åáì ÞÕÚÊåÇ ÝÞÇá ÞÇÆá æãä ÞáÉ äÍä íæãÆÐ ÞÇá Èá ÃäÊã íæãÆÐ ßËíÑ æáßäßã ÛËÇÁ ßÛËÇÁ ÇáÓíá æáíäÒÚä Çááå ãä ÕÏæÑ ÚÏæßã ÇáãåÇÈÉ ãäßã æáíÞÐÝä Çááå Ýí ÞáæÈßã Çáæåä ÝÞÇá ÞÇÆá íÇ ÑÓæá Çááå æãÇ Çáæåä ÞÇá ÍÈ ÇáÏäíÇ æßÑÇåíÉ ÇáãæÊ)
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". - [Hadith Riwayat Abu Daud]

Inilah yang dimaksudkan menangis akibat cintakan dunia dan takut menghadapi hari akhirat, atau takut meninggalkan harta dunia. Akan tetapi, menangis juga menyebabkan seseorang itu tergolongan dikalangan 7 orang yang dilindungi Allah swt di hari akhirat kelak. Sabda Nabi saw :-

ÓóÈúÚóÉñ íõÙöáøõåõãõ Çááøóåõ Ýí Ùöáøöåö íóæúãó áÇ Ùöáøó ÅáÇ Ùáøõåõ : ÅöãÇãñ ÚÇÏöáñ ¡ æÔÇÈøñ äóÔóÃó Ýí ÚöÈóÇÏóÉö Çááøóå ÊóÚÇáì ¡ æóÑóÌõáñ ÞóáúÈõåõ ãõÚóáøóÞ ÈÇáãóÓóÇÌöÏö ¡ æóÑóÌõáÇäö ÊóÍóÇÈøóÇ Ýí Çááøóå ¡ ÇÌÊóãóÚÇ Úóáóíåö æÊóÝóÑøóÞóÇ Úóáóíåö ¡ æóÑóÌóáñ ÏóÚóÊúåõ ÇãúÑóÃóÉñ ÐóÇÊõ ãóäúÕöÈò æóÌóãÇáò ÝóÞóÇáó : Åöäøí ÃóÎÇÝõ Çááøóå ¡ æÑóÌõáñ ÊóÕóÏøóÞó ÈöÕóÏóÞóÉó ÝÃóÎúÝÇåÇ ÍÊøóì áÇó ÊóÚúáóãó ÔöãÇáåõ ãÇ ÊõäúÝöÞõ íóãöíäåõ ¡ æÑóÌõáñ ÐóßóÑó Çááøóå ÎÇáöíÇð ÝóÝóÇÖóÊú ÚóíúäóÇåõ
"Tujuh golongan dimana Allah swt akan melindungi dengan bayangannya pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungannya :
1. Imam yang adil
2. Pemuda yang membesar beribadat kepada Allah swt
3. Lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid
4. Dua lelaki yang mencintai sesama kerana Allah, bertemu dan berpisah kerananya.
5. lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang berstatus tinggi dan sangat cantik, lalu berkata :'Sesungguhnya Aku takut akan Allah'
6. lelaki yang bersedekah secara rahsia sehinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanannya
7. lelaki yang mengingati Allah semasa ia berseorangan dan air mata keluar dari matanya" - [Hadith Riwayat al-Bukhaari #660, Muslim #1031].

Menangis kerana takut kepada Allah swt merupakan satu tuntutan kepada orang-orang yang berilmu, lebih-lebih lagi apabila mendengar ayat-ayat yang tertentu dari al-Quran. Firman Allah swt :-

æóíóÎöÑøõæäó áöáúÃóÐúÞóÇäö íóÈúßõæäó æóíóÒöíÏõåõãú ÎõÔõæÚðÇ
"Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk." - [al-Isra' : 109]

al-Qurtubi didalam memberi komentar kepada ayat diatas mengatakan :-

æÍõÞøó áßáø ãä ÊæÓøã ÈÇáÚáã æÍÕøá ãäå ÔíÆÇð Ãä íÌÑí Åáì åÐå ÇáãÑÊÈÉ º ÝíÎÔÚ ÚäÏ ÇÓÊãÇÚ ÇáÞÑÂä æíÊæÇÖÚ æíÐáø ¡ æÝí ãÓäÏ ÇáÏøÇÑãíø Úä ÃÈí ãÍãÏ Úä ÇáÊøóíúãíø ÞÇá : ãä ÃõæÊíó ãä ÇáÚáã ãÇ áã íÈõúßöåö áÎáíÞñ ÃáÇ íßæä ÃõæÊí ÚáãÇð º áÃä Çááå ÊÚÇáì äÚÊ ÇáÚáãÇÁ ¡ Ëã ÊáÇ åÐå ÇáÂíÉ ¡
"Adalah menjadi tanggung-jawab setiap orang apabila mencapai ilmu di tahap ini, apabila dia mendengar al-Quran, ia akan merasakan takut dan rendah diri. Didalam Musnad al-Daarimi yang diriwayatkan dari Abu Muhammad bahawa al-Taymi berkata : Barangsiapa yang diberi ilmu dan tidak pernah menangis, dia lebih sesuai tidak mempunyai apa-apa ilmu, kerana Allah menjelaskan siapa mereka yang mempunyai ilmu; lantas dia pun membaca ayat ini" - [Al-Jaami’ li Ahkaam il-Qur’aan, 10/341-342. ]

Kesimpulannya menangis kerana terlalu cintakan dunia merupakan satu protes kepada Allah swt disebabkan sesuatu yang terjadi kepada dirinya. Sikap berlebihan cinta kepada dunia adalah ditegah oleh Islam. Akan tetapi, menangis kerana takutkan Allah merupakan tahap kecintaan yang tertinggi sebagaimana ia akan tergolongan dikalangan 7 orang yang dilindungi Allah swt di hari akhirat kelak. WA.

wassalam

خيرالأمين