Assalamualaikum kepada seluruh warga al-ahkam. Moga-moga kita semua berada di dalam rahmat dan limpah kurnia dari Allah s.w.t terutama sekali pada bulan yang mulia ini.....
Saya ada beberapa kemusykilan....
:?
:?
:lol:
1. Baru-baru ini saya ada mendengar suatu ceramah berkenaan perang UHUD oleh seorang ustaz.
Memang menarik, cuma ada satu persoalan yang timbul apabila dia menyebut adalah HARAM menyebut rasullullah kalah dalam peperangan UHUD.
Sebelum ini saya ada membaca kisah sejarah berkenaan peperangan UHUD ini, dan sememangnya ada dikalangan ulama' yang mengatakan Rasullullah tidak kalah dalam peperangan UHUD, tetapi tidaklah sampai mengatakan HARAM dan boleh membawa kepada 'kekafiran' kepada siapa yang mengatakan Rasullullah kalah dalam peperangan UHUD.
iskh.. musykil la... camner ... kat maner nak rujuk perkara nih...
Sekian terima kasih
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr kakashi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Bab ini merupakan bab menjaga adab kita terhadap Rasulullah saw. Kita tidak boleh mengatakan bahawa beliau KALAH didalam peperangan. Berikut adalah persoalan yang dijawab oleh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi, seorang ulama didalam Ensaiklopedia Fiqh Kuwait dan salah seorang anggota Fatwa Negara Kuwait :-
Soalan :
Jawapan :
ÝæÇÌÈ ÇáãÓáã ÇáÊÃÏÈ ãÚ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå ÊÚÇáì Úáíå æÓáã¡ æáíÓ ãä ÇáÃÏÈ Ãä ÊÞæá Ðáß.
æÇááå ÊÚÇáì ÃÚáã.
Adalah WAJIB bagai seseorang Islam beradab dengan Rasulullah saw, dan tidaklah beradab bagi sesiapa yang mengatakan begitu. WA"
Kita hendaklah menjaga adab kita dengan Nabi saw, dan salah satunya ialah memilih perkataan2 yang sesuai kepada baginda Nabi saw. Malah ulama' sendiri mengatakan bahawa Nabi saw tidak kalah didalam Perang Uhud, semangat baginda kental dan berani. Menurut Fatwa Markas Dr Abdullah Faqih :-
Kekalahan yang berlaku ialah kepada kalangan orang Islam yang tidak mematuhi perintah Nabi saw, sebagai didalam fatwa lain menyebut :-
Kesimpulannya, Nabi saw tidak kalah didalam peperangan Uhud. Baginda dan para sahabat berjuang bermati-matian dan akhirnya dapat menghalau kaum Musyrikin. Akan tetapi peristiwa ini mengajar kaum muslimin akan wajib patuh kepada perintah baginda saw. Mengatakan Nabi saw kalah didalam Uhud, seolah2 mencerca Nabi saw, lantas berdosa (haram) mengatakan demikian. Malah jika seseorang itu sengaja mencerca Rasulullah saw, boleh menyebabkan aqidahnya tergelincir. Umat Islam wajib menjaga adabnya terhadap Rasulullah saw. WA
wassalam
==========
Rujukan :
1. Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi. ãÚÑßÉ ÃÍÏ. url : http://islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=13696#26309
2. Markas Fatwa bimbingan Dr Abdullah al-Faqih. áã íäåÒã Úáíå ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Ýí Ãí ÛÒæÉ . url : http://www.islamweb.net/ver2/Istisharat/ShowFatwa.php?lang=A&Id=22406&Option=FatwaId
خيرالأمين