adakah benar dakwaan bahawa bermazhab atau taklid kepada Mazhab 4 atau Mazhab tertentu dalam segala masalah agama itu hukumnya TIDAK WAJIB dan TIDAH SUNNAH, tetapi BID'AH.
hujjahnya..
Dasar Hukum Haramnya Taklid Kepada Mazhab-Mazhab Tertentu/ Orang-Orang Tertentu
Firman Allah SWT dalam Al -Isro' Ayat 36 yang bermaksud:
"Dan jangan kamu kerjakan apa yang tidak ada ilmu bagimu dengannya, sesungguhnya pendengaran dan pengelihatan dan hati semuanya itu akan ditanya (dari apa yang telah dikerjakan)". Al-Isro' ayat 36.
"Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan jangan kamu ikuti jalan-jalan yang lain maka kamu akan terpisah dari jalan Allah SWT, demikianlah wasiat Allah SWT kepada kamu dengannya supaya kamu sekelian bertakwa." (Al-An'an ayat 153)
Dan lagi
"Dari Ady Bin Hatim berkata: Aku datang kepada Nabi Muhammad SAW dan di dalam leherku ada salib yang diperbuat dari emas, maka Nabi bersabda: "Hai Ady buanglah dirimu berhala ini dan aku mendengar beliau membaca surah Al Baro'ah. Mereka telah menjadikan Ulama-ulama dan pendeta-pendeta mereka menghalalkan untuk mereka sesuatu lantas mereka menghalalkannya dan ketika Ulama-ulama dan pendeta-pendeta mengharamkan atas mereka sesuatu maka mereka mengharamkannya (Hadis Tirmidzi Juz 5 Halaman 278)
"Jauhilah perkara baru dalam agama kerana tiap-tipa perkara baru dalam agama itu bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat." (H.R. Abu Daud)
Perkataan Para Sahabat dan Para Imam Tentang Taklid
1) " Berkata Ibnu Mas'ud, jangan sekali-kali taklid salah satu kamu sekelian tentang agamanya kepada seseorang, jika iman, imanlah dan jika kafir, kafirlah, maka sesungguhnya tidak ada contoh dalam keburukan/kejelekan (I'lamul-Muwaqi'in juz 2 halaman 194)
2) "Berkata Ibnu Abbas, tidak ada seorangpun kecuali dapat/boleh diambil ilmunya dan dapat/boleh ditinggal kecuali Rasulullah SAW' (Rowahu- Thobroni)
3) " Telah tetap dari Imam Abi Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad serta lain-lain Rohimahumulloh, sesungguhnya mereka berkata: Tidak halal bagi seseorang berfatwa dengan ucapan kami atau mengambil ucapan kami selagi belum mengerti dari (dalil) mana kami mengambilnya." (Halil Muslim halaman 8-9)
4) " Dikatakan kepada Abi Hanifah, mudah-mudahan Allah SWT Ta'ala memberi rahmat kepadanya, jika engkau berkata suatu perkataan dan kitabullah itu menyalahinya. Dia berkata: tinggalkanlah perkataanku kerana kitabullah, maka dikatakan: Jika khabar dari Rasulullah itu menyalahinya. Dia berkata: Tinggalkanlah perkataanku kerana khabar dari Rasulullah, maka dikatakan kepadanya, jika ada perkataan sahabat Radiallahuanhum itu menyalahinya dia berkata: Tinggalkanlah perkataanku kerana perkataan sahabat Radiallahuanhum." (Halil Muslim halaman 21)
5) "Berkata Imam Malik Rohimahullohu Ta'ala, setiap manusia itu diambil (perkataan) daripadanya dan diambil atasnya (ditolak) kecuali penghuni kubur ini. Dan Imam Malik memberi isyarat kepada kubur Rasulullah SAW." (Halil Muslim halaman
6) " Telah berkata Imam Syafie Rohimahullohu Ta'ala, ketika aku mengatakan suatu perkataan dan ada dari Rasulullah SAW itu menyalahi perkataanku, maka apa-apa yang shoheh dari hadisnya Rasulullah SAW itu lebih utama, maka janganlah kamu bertaklid kepadaku." (Halil Muslim halaman 21)
7) "Dan berkata Imam Syafie, tiap-tiap masalah yang telah sah di dalamnya khabar dari Rasulullah SAW di sisi ahli hadis dengan menyalahi apa-apa yang telah kukatakan maka aku akan kembali darinya di dalam hidupku dan sesudah matiku." (Iqadzul Humam halaman 99) dan (Halil Muslim halaman 63).
"Dan berkata Imam Ahmad Rohimahullohu Ta'ala, jangan kamu bertaklid kepadaku dan jangan kamu taklid kepada Imam Malik dan jangan kaum taklid kepada Imam Abu Hanifah dan jangan kamu bertaklid kepada Imam Syafie dan jangan kamu bertaklid keapda Imam Auza'i dan jangan kamu bertaklid kepda Imam Tsauri Rohimahullohu Ta'ala dan ambillah (hukum agama) dari mana mereka mengambil." (Halil Muslim halaman 32)
minta komentar... :?:
:salam
Di sana ada yg berlebih2 dlm hal sebegini. Ada yg mewajibkan taqlid pada semua level, pintu diijtihad sudah ditutup, hanya boleh taqlid dlm lingkungan 4 mazhab sahaja spt yg disebut oleh Syeikh As-Shawi Al-Makki:
"tidak dibenarkan taqlid selain kpd 4 mazhab sekalipun pendapatnya sesuai dgn perkataan sahabat, hadith sahih mahupun ayat quran. kerananya, seseorang yg keluar dari mazhab fiq yg 4 adalah sesat dan menyesatkan. boleh jadi, hal itu, bahkan membawanya kpd kekufuran. sebab, mengambil hukum berdasarkan makna zahir alquran dan assunnah adalah termasuk dasar kekufuran." (Hasyiah as-shawi `ala al-jalalain 3/9)
di sana juga, ada aliran yg mengharamkan taqlid pada semua level tatkala pada orang yg jahil, orang tidak faham agama juga dilarang bertaqlid. pendokong yg kuat aliran ini ialah muhammad bin hazm, as-syaukani dsb.
Pendapat yg pertengahan, taqlid harus sesuai dgn tingkatan pemikiran seseorang itu. tidak bertaqlid harus sesuai dgn darjat keilmuan dan kefaqihan seseorang itu terhadap agamanya. apabila seorang muslim itu sudah mampu melakukan penelitian terhadap pendapat tertentu, maka sudah tentu dibolehkan spt yg disebut oleh Imam As-Syahid hassan albanna: ==dajarat an-nahzr fi adillati al-ahkam== (tingkatan kemampuan seseorang itu mengkaji dalil2 syariat).
rumusan:
1. wajid taqlid kpd mereka yg tidak berkemampuan meneliti hal2 agama, tidak ada basis serta lemah.
2. haram taqlid pada mereka memiliki darjat ketinggian ilmu spt fuqaha2 besar yg mampu meneliti, mentarjih, mentahqiq sesuatu hukum.
http://www.zayed.com
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah. Saya cuma nak menambah sedikit sahaja. Dewasa ini memang kita lihat ramai sekali mereka yang berminat untuk mengikuti ajaran Islam yang pure dan original bersumberkan al-Quran dan hadith Nabi saw, lebih2 lagi mengambilkan era pembelajaran yang dikecapi oleh ulama2 salaf. Akan tetapi didalam suasana ini, ramai yang terperangkat dengan fikrah2 yang melampau2 sehingga ke tahap menafikan sama sekali peranan ulama2 selepas zaman salaf!!
Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. didalam fatwanya menyatakan tidak wajib bertaklid kepada 4 mazhab. Pada asalnya memang harus bertaklid, sehinggalah seseorang mempunyai keupayaan mempelajari dalil2 mengenai sesuatu hukum.
Sebagai contoh; mengajar anak kita bersolat, sudah tentu pada peingkat umur 7-10 tahun, tidak mungkin kita boleh memaparkan dalil2 perbuatan solat kepada mereka. Terpingga2 anak2 kecil itu?! Kanak2 ini akan mengikut secara bertaklid kepada Mazhab ibu-bapa atau sesiapa yang mengajar mereka. Begitu juga dengan pelajar2 agama, tidak mungkin mereka didedahkan kepada fiqh tarjih dan fiqh muqaran pada peringkat permulaan. Sudah pasti mereka akan didedahkan dengan feqh2 mazhab Syafie (sebagai contoh di Malaysia)sebagai asas pembelajaran mereka.
Peringkat Taklid ke ittiba' itu merupakan satu proses. Ia bukan satu revolusi yang boleh dilakukan sekelip mata. Sebagai contoh mudah, pelajaran subjek EKONOMI di peringkat tingkatan 6 tidak mungkin sama dengan pelajaran subjek EKONOMI di peringkat Degree (BA), MA atau pun PhD. Mana mungkin seorang pelajar sekolah menengah membuat thesis PhD?? Banyak lagi tahap2 pembelajaran yang perlu dilalui. Apa yang penting ialah proses peningkatan ini perlu ada tanpa menafikan tahap2 yang perlu dilalui.
Kesimpulannya, bermazhab kepada yang 4 bukanlah wajib, dan mengikutinya pula bukan bid'ah. kemungkinan link dibawah ini juga dapat membantu memperluaskan lagi perbincangan ini, Insyaallah.
SJ-01-0029 : Berubahnya mazhab di dalam kalbu...ewah!
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27496
wassalam
خيرالأمين