SJ-01-0090 : merayakan perayaan non-muslim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0090 : merayakan perayaan non-muslim

Assalamualaikum. Saya seorang pelajar di sebuah kolej yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama. Ada beberapa persoalan di sini.

1. Baru-baru ini berlangsung Mooncake Festival. Dan saya merupakan salah seorang yang terlibat dalam menjayakan persembahan pada malam itu. Apa hukumnya?

2. Tidak lama lagi Deepavali bakal menjelang. Pihak pengurusan Deepavali nights telah melantik saya untuk menjadi slaah seorang ahli committe pada malam itu. Wajarkah saya menerima tawaran ini?

3. Pihak pentadbiran kolej merancang untuk mengadakan sambutan Aidilfitri dan Deepavali serentak(pada satu malam). Adakah perkara ini dibenarkan?

SJ-01-0090 : merayakan perayaan non-muslim

:wassalam

al-Jawab:

Isu ini amat sulit kerana ia bercampur dua strategi yg tidak jelas. Pertama: dasar perpaduan kebangsaan yg dianjurkan oleh Pemerintah kearah membina suatu bangsa Malaysia yang mengadunkan agama dan budaya semua kaum dan saling toleransi. Kedua: agenda Jaringan Islam Liberal (JIL) yg menyelinap masuk dalam agenda Perpaduan Nasional lalu mempromosi manhaj " semua agama saja" Many religions , One God...

Dasar Islam ialah kita berbuat baik dengan non-muslim yg juga berbuat baik kepada kita terutama yg berkongsi taraf kewarganegaraan yg sama spt Malaysia. Dalilnya: AQT 60:08 (Allah tidak melarang kamu utk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang2 yg tidak memerangi kamu kerana agama)

Dasar toleransi Islam amat jelas, bahawa kita mengiktiraf keengganan mereka untuk menolak Islam dan kekal dgn agama pilihan mereka setelah datang kepada mereka dakwah yang terang, Dalilnya: 2:256 (Tiada paksaan utk memasuki Islam). Kita isytiharkan AQT 5:3 (Pada hari ini Aku telah sempurnakan utk kamu agamamu)

Dasar Islam dalam sambutan upacara perayaan juga jelas. RasuluLlah SAW menyatakan dalam sahih Muslim dari Aisyah, " Tiap-tiap kaum mempunyai hari raya mereka dan hari ini adalah hari raya kita."

Hari Raya adalah terlalu personal kepada umat itu kerana ia berkait dengan agama dan silsilah umat itu, jika umat lain tumpang sekali utk merayakan, ia tidak membawa apa-apa erti. Maka dasar terbaik Islam ialah, membiarkan setiap umat dan agama merayakan perayaan/Ied mereka secara eksklusif.

Itulah dasar Islam, amat jelas dan tidak membawa apa-apa kesan kepada perpaduan nasional. Cuma kita bimbang dgn anasir JIL yang memasukkan jarum mereka dalam agenda perpaduan.
Mari kita lihat soalan anda satu persatu:

1) Menjadi AJK Festival Tanglung dan makan kuih Bulan.

Mooncake festival yang disambut oleh kaum China, Taiwan dan Korea adalah upacara yg bersifat tradisional kerana ia bersangkutan dgn folklore atau cerita rakyat masyarakat China. Jadi Muslim sepatutnya tidak menjadi AJK sambutannya kerana ia tidak ada kena mengena dgn kaum lain.

2) Upacara Deepavali atau Diwali adalah upacara sambutan keagamaan kaum Hindu dan Sikh. Ia merayakan kejayaan Tuhan Rama ke atas Ravana atau Tuhan Krishna ke atas Natakasura. apabila ia jelas upacara keagamaan, maka umat Islam tidak sepatutnya berganding bahu merayakan kemenangan itu. Toleransi Islam tidak sampai ke tahap ini. Kita benarkan mereka bersuka ria tapi kita tidak perlu pun bersama-sama menjadi agen pendorong.

3) Sambutan KongsiRaya ni agak sensitif kerana ia juga dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Tapi Majlis Ulama Indonesia yg dipengerusikan oleh Bung Hamka pada tahun 80'an telah mengeluarkan fatwa haram berkongsi raya. Majlis Fatwa KSA pun menetapkan perkongsian sambutan Raya ini adalah tidak dibolehkan.

Paradigma yg benar ialah dasar toleransi Islam ialah Islam membenarkan mana-mana kaum dan agama merayakan festival mereka dengan bebas, sebgmn kita juga bebas merayakan Ied kita. Islam tidak menyuruh kita sampai ke tahap menjadi AJK sambutan festival agama lain utk menjelaskan dasar dan semangat toleransi kita.
Ini adalah deklarasi surah al-Kafirun yg jelas...
Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami. maksudnya untukmu festival kamu, bagi kami festival kami. Kita tak mengharapkan mereka menjadi ajk sambutan Ied kita dan kita pun tak perlu menjadi ajk sambutan Ied mereka. sekian