Nota Ringkas Sahih Muslm Sekitar Hukum Khamar/Arak, Cuka Dan Sebagainya

Primary tabs

Oleh: zain-ys

Terdapat empat nota ringkas yang saya buat berdasarkan kuliah Sahih Muslim Maulana Muhamad Asri mengenai khamar dan yang berkaitan dengannya.

Kuliah berkenaan membabitkan pengajian Sahih Muslim tahun 2009 iaitu pada:

20/05/09, 27/05/09, 03/06/2009 & 17/06/2009

Pada nota ini selain dari dinyatakan poin-poin penting, saya sertakan juga dengan durasi pada video. Poin berkenaan ada pada minit keberapa di dalam video. Jadi ia memudahkan orang yang mahu menonton poin yang dia mahu sahaja.

Berikut ini siri kuliah berkenaan:

  • Siri 1:  Pengharaman Khamar / Arak

Isikandungan: 

Apa itu khamar/arak? Pada kuliah ini kita akan disajikan perbahasan feqh berkenaan takrifan khamar. Kita lihat terdapat perbezaan antara jumhur ulama dan Imam Abu Hanifah tentang takrifan khamar.

Kepada sesiapa yang ingin mengkaji tentang hukum arak, alkohol dan yang berkaitan dengannya di samping mereka membaca pelbagai fatwa ulama kontemporari mengenainya, adalah dicadangkan juga untuk mengikuti isikandungan kuliah ini dan siri berikutnya. Ia akan membawa kita kembali kepada perkara paling asas atau bahan mentah berkenaan hukum-hakam arak dan alkohol. Kita akan didedahkan dengan ijtihad para imam salaf mengenainya.

Link: http://www.al-ahkam.net/home/content/nota-syarah-sahih-muslim-bab-pengha...

 

  • Siri 2: Pengharaman Khamar - (Keunikan Pendapat Imam Abu Hanifah)

Isikandungan:

Imam Abu Hanifah tidak memasukkan apa sahaja minuman yang memabukkan ke dalam kategori khamar. Ini tidak sebagaimana jumhur ulama yang mengatakan apa sahaja minuman yang memabukkan adalah khamar. 

Untuk mengatakan sesuatu itu khamar atau tidak, Imam Abu Hanifah membataskan beberapa bahan sahaja. Dan ada sebahagian bahan yang perlu dilihat pula cara pemerosesannya atau pembuatannya.

Ijtihad ini nanti akan mempengaruhi beberapa hal, antaranya ialah haram atau tidak meminumnya sedikit atau banyak. Apakah peminumnya akan dikenakan hukuman had ataupun tidak. Apakah alkohol yang terhasil itu najis ataupun tidak.

Link: http://www.al-ahkam.net/home/content/nota-syarah-sahih-muslim-bab-pengha...

 

  • Siri 3: Proses Cuka Dan Bolehkah Berubat Dengan Arak?

Isikandungan: 

Tajuk yang dibincangkan: Pengharaman Memproses arak untuk dijadikan cuka. Pengharaman berubat dengan arak. Menyatakan semua yang direndam untuk dibuat arak daripada kurma, tamar dan anggur itu dinamakan khamar/arak. Larangan Merendam Buah Tamar Dan Buah Zabib Dengan Mencampurkan Kedua-duanya Sekali

Link: http://www.al-ahkam.net/home/content/nota-sahih-muslim-03062009-proses-c...

 

  • Siri 4: Larangan Mencampur Rendaman Buah Tamar Dan Zabib

Isikandungan:

Larangan Merendam Buah Tamar Dan Buah Zabib Dengan Mencampurkan Kedua-duanya Sekali. Mengapa larangan ini dibuat? Apa latarbelakangnya? Mengapa orang Arab dahulu merendam kurma kering ke dalam air?

Link: http://www.al-ahkam.net/home/content/nota-sahih-muslim-17062009-larangan...

 

Kategori Berita: