SJ-01-0152 : Mempersoalkan taqdir.. jatuh murtad ke

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0152 : Mempersoalkan taqdir.. jatuh murtad ke

Salam,

Kalo seseorang mempersoalkan taqdir spt ayat berikut

"Kenapa Tuhan buat begini, aku tidak pernah mintak pun.."

jatuh murtad ke :wassalam

albaruhiyy (not verified)
Re: Mempersoalkan taqdir.. jatuh murtad ke

بسم الله ارحمن الرحيم ، الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد

Pertamanya, apa yang diucapkan dengan mempersoalkan takdir seperti di atas adalah satu ucapan yang sangat bahaya. Seorang Islam yang diberi nikmat Islam dan bermacam-macam nikmat lain tiba-tiba mempersoalkan takdir Allah Taala dan seolah-olah mencela hikmah yang ada disebalik setiap takdir.
Ucapan seperti ini sudah pasti merupakan satu dosa besar, dan boleh mengugat akidahnya. Sekalipun ia masih belum dihukumkan sebagai murtad. Allah Taala pasti mengetahu hikmah disebalik apa yang Dia takdirkan kepada hamba-hambaNya. Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 23 :
لاً يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْئَلونَ
Maksudnya : Ia tidak boleh ditanya tentang apa Yang ia lakukan, sedang merekalah Yang akan ditanya kelak.
Perbuatan sebegini mengundang murka Allah Taala. Sabda Nabi s.a.w.
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاءِ ، وَإِنَّ اللهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاهُمْ ، فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا ، وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
Maskudnya : “Sesunggunya balasan (ganjaran) yang besar ada bersama ujian yang besar, dan sesungguhnya Allah Taala apabila ia kasih kepada satu kaum, Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang reda maka baginya keredaan, dan barangsiapa yang marah maka baginya kemurkaan”. [al-Timizi, Ibn Majah dan ditashihkan al-Albani]

Kedua, sekiranya apa yang diucapkan adalah satu bentuk menghina dan mempermain-mainkan dan mengejek-ejek agama serta Allah Taala, maka ini boleh menyebabkan ia menjadi kufur. Firman Allah Taala dalam al-Taubah ayat 65 :
وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ . لاَ تَعْتَذِرُواْ قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِن نَّعْفُ عَن طَآئِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَآئِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُواْ مُجْرِمِينَ
Maksudnya : Dan jika Engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya Kami hanyalah berbual dan bermain-main". katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

Maka, dinasihatkan kepada setiap kita mestilah menerima semua takdir Allah Taala dan ia termasuk dalam rukun iman yang wajib dipercayai.
:aklam