SJ-02-0027 : Tentera Fisabilillah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0027 : Tentera Fisabilillah

Assalamualaikum semua,

saya baru dlm forum ni...baru join...x brp reti lagi nk mengajukan soalan2 ni...ni baru nk test power...hehehe

nk tanya...
betulkah pada zaman rasulullah dulu...angkatan tentera fisabilillah ni kena bersumpah dengan quran...taat kepada pemerintah,menyebarkan syiar islam dan lain2 yg memperjuangkan islam...dan amalan ini mmg benar dilakukan oleh rasullullah sendri?

sbb pada masa ini famous dengan kumpulan 3line,asalnya PEKIDA, tp sbb da menyimpang...tu pasal jd 3 lines,sarjan,apa lagi tah...

tp antara syarat dan peraturan,sumpah dgn quran,taat kepada ketua dan kena kena jaga ahli2 supaya berada di jalan lurus la... in term of perjuangan tu, adakah ianya mmg dilakukan oleh rasullullah?
cuma ahli2 ni je yg salah guna,salah perjuangan

SJ-02-0027 : Tentera Fisabilillah

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.

Kami meminta maaf tidak dapat menjawab persoalan yang menyentuh persatuan Pekida atau 3 line oleh kerana tidak mengetahui bagaimana perjalan persatuan ini.

Menurut Ibn Khuldon didalam Muqaddimah, bai’ah adalah ikrar / janji untuk ta’at. Secara umumnya, ba’aih dilakukan kepada pemimpin yang beragama Islam sahaja. Sumpah ketaatan dengan pemimpin atau Bai’ah tidak dilakukan dengan menggunakan al-Quran pada zaman baginda :saw.

Nabi :saw menerima ba’iah seseorang lelaki dengan perkataan dan juga sambil berjabat tangan. Didalam kes ba’iah wanita Islam, ia dilakukan dengan perkataan sahaja, sebagaimana didalam sebuah hadith A’ishah ra berkata :-

áÇ æÇááå ãÇ ãÓÊ íÏ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÏ ÇãÑÃÉ ÞØ ¡ ÛíÑ Ãäå íÈÇíÚåä ÈÇáßáÇã
dir="ltr"> “Tidak, demi Allah, tangan Rasullulah :saw tidak pernah menyentuh mana-mana wanita. Malah dia menerima bai’ah mereka dengan perkataan sahaja” [Hadith Riwayat Bukhari #5288, Muslim #1866].

Imam al-Nawawi rh ketika mensyarahkan hadith ini berkata : Ini menunjukkan bagi semua wanita, bai’ah dilakukan dengan perkataan sahaja, tanpa mengambil tangan pemimpin, dan bagi kaum lelaki ia dilakukan dengan perkataan dan mengambil tangannya.

Ta’at kepada pemimpin adalah selama-mana pemimpin tersebut taat kepada perintah Allah swt dan Rasulnya, dan berhukum dengan syariat Allah swt. Firman Allah swt :-

ÃóÝóÍõßúãó ÇáúÌóÇåöáöíøóÉö íóÈúÛõæäó æóãóäú ÃóÍúÓóäõ ãöäó Çááøóåö ÍõßúãðÇ áöÞóæúãò íõæÞöäõæäó
dir="ltr"> “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.” [Surah al-Maaidah : 50].

íóÇ ÏóÇæõÏõ ÅöäøóÇ ÌóÚóáúäóÇßó ÎóáöíÝóÉð Ýöí ÇáúÃóÑúÖö ÝóÇÍúßõãú Èóíúäó ÇáäøóÇÓö ÈöÇáúÍóÞøö æóáóÇ ÊóÊøóÈöÚö Çáúåóæóì ÝóíõÖöáøóßó Úóäú ÓóÈöíáö Çááøóåö Åöäøó ÇáøóÐöíäó íóÖöáøõæäó Úóäú ÓóÈöíáö Çááøóåö áóåõãú ÚóÐóÇÈñ ÔóÏöíÏñ ÈöãóÇ äóÓõæÇ íóæúãó ÇáúÍöÓóÇÈ.
dir="ltr"> “Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.” [Surah Saad : 26]

Secara kesimpulannya, bersumpah atau aku janji atau ba’iah kepada pemimpin tidak memerlukan seseorang itu memegang al-Quran. Adalah memadai bagi kaum perempuan dengan perkataannya dan bagi kaum lelaki dengan perkataan sambil berjabat tangan. Ketaatan kepada kepimpinan Islam itu wajib selama-mana dia taat kepada perintah Allah dan Rasulnya.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين