SJ-03-0002 : Mazi berterusan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0002 : Mazi berterusan

Setiap kali saya bangun Subuh, di kemaluan saya sering ada cecair seperti mazi. Selalu saya bangun awal untuk mencucinya tapi ia sering keluar semula semasa saya solah subuh. Kekadang saya berlari-lari anak, membongkok dan sebagainya bagi memastikan ia benar-benar habis keluar. Bagaimana keadaan solah saya jika ia masih juga keluar?

re: SJ-03-0002 : Mazi berterusan

wa'alaikumussalam wbrt

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr anakmurid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Hukum mengenai pemasalahan keluar mazi secara berterusan (ãÐí) adalah sama seperti mereka yang menghadapi kencing tidak lawas (ÓáÓ Èæá), angin selalu keluar (ÑíÍ) dan bagi wanita yang menghadapi istihaadah (ÇáãÓÊÍÇÖÉ).

Kami ingin memetik jawapan Al-Fadhil Ustaz thtl yang menjawab persoalan kencing tidak lawas yang agak serius yang diambil dari arkib al-ahkam :-

Quote:
Jawab:
1. Nampaknya penyakit kencing tidak tus anda ini agak serius dan kami tidak tahu samada anda hanya membiarkan sahaja (penyakit ini) tanpa mendapatkan khidmat pakar atau mencuba beberapa jenis medication di pasaran, antaranya ubat persediaan herba spt Saw Palmetto, Homeopathy, urut-refleksologi, dsbnya.

2. Jika ia serius begini, kami syorkan anda menggunapakai Fatwa Imam alHafeedz Ibn Qayyim aljauzea rh (Makaid asySyayaatin) supaya anda hanya menggunakan satu wudhu' untuk satu kali solat sahaja. Jika anda merasakan ada kencing menitis juga, ia dianggap umum albalwa (kesulitan yg sukar dihindari), yg dima'afkan.

3. Untuk mengelakkan penggunaan underwear yg banyak, kami syorkan anda menggunakan panty-liner (selalunya digunakan oleh orang perempuan) atau kertas tissue untuk melapik underwear anda. Jika ada titisan yg keluar, ia diserap oleh panty-liner atau tisu dan anda tidak perlu menukar underwear. Jika tidak mahu menggunakan panty-liner, maka anda perlulah menukar underwear setiap kali solat.
4. madzi juga najis dan jika ia sentiasa meleleh di luar kawalan, maka gunakan tatacara yg sama dari no 1-3 (waLlahu a'alam)

sumber : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=8654

Secara umumnya, barangsiapa yang menghadapi permasalahan yang sentiasa membatalkan wudhu', seperti keluarnya mazi yang tidak menentu, kencing yang tidak lawas, angin selalu keluar dan sebagainya hendaklah mengambil wudhu' bagi setiap waktu solat (apabila masuk waktu), dan bersolatlah fardu dan sunat-sunatnya dengan wudhu' tersebut, sehinggalah masuk waktu solat yang lain. Dalilnya telah diriwayatkan oleh Dua Shahih dari A'isyah ra berkata :

ÌÇÁÊ ÝÇØãÉ ÈäÊ ÃÈí ÍÈíÔ Åáì ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝÞÇáÊ : íÇ ÑÓæá Çááå Åäí ÇãÑÃÉ ÃÓÊÍÇÖ ÝáÇ ÃØåÑ ÃÝÃÏÚ ÇáÕáÇÉ ¿ ÝÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã : áÇ ¡ ÅäãÇ Ðáß ÚÑÞ æáíÓ ÈÍíÖ ¡ ÝÅÐÇ ÃÞÈáÊ ÍíÖÊß ÝÏÚí ÇáÕáÇÉ æÅÐÇ ÃÏÈÑÊ ÝÇÛÓáí Úäß ÇáÏã Ëã Õáí ¡ Ëã ÊæÖÆí áßá ÕáÇÉ ÍÊì íÌíÁ Ðáß ÇáæÞÊ . ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí ( 226 ) – æÇááÝÙ áå – æãÓáã ( 333 )
"Telah datang Fatimah bt Hubaysh kepada Nabi saw dan berkata :'Ya Rasulullah, saya seorang wanita yang menghadapi istihaadah, dan saya tidak boleh suci, Apakah saya mengelak dari bersolat?' Baginda Rasulullah saw bersabda ,'Tidak, sesungguhnya ia adalah dari urat dan bukan haid. Apabila tiba masa kebiasaan haid, maka berhentilah bersolat, dan setelah tamat tempohnya, maka basuhlah darah dari diri anda dan bersolat, maka ambil wudhu' pada setiap kali solat sehingga tiba waktu yang lain'". - [Hadith riwayat Al-Bukhaari #226 (ini lafaz beliau), dan Muslim #333].

Akan tetapi jika seseorang itu tahu bahawa air kencing atau mazi akan berhenti pada masa yang membolehkan dia bersuci dan bersolat, maka hendaklah dia melewatkan solat sehingga waktu tersebut.

Sheikh Utsaimin menegaskan bahawa salah satu dari scenario dibawah ini mesti diapplikasikan :

ÇáÃæáì : ÅÐÇ ßÇä ãÓÊãÑøÇð ÚäÏå ÈÍíË áÇ íÊæÞÝ ¡ ÝßáãÇ ÊÌãøóÚ ÔíÁ ÈÇáãËÇäÉ äÒá : ÝåÐÇ íÊæÖà ÅÐÇ ÏÎá ÇáæÞÊ æíÊÍÝÙ ÈÔíÁ Úáì ÝÑÌå ¡ æíÕáøöí æáÇ íÖÑøõå ãÇ ÎÑÌ .
Pertama : Jika ia keluar berterusan dan tidak berhenti, dan setiap kali bila ia berada di pundi-pundi ia akan keluar, maka apabila masuk waktu solat, dia hendaklah menutup kemaluannya dengan sesuatu dan solat, dan jika keluar apa-apa pun jangan dipedulikan.

ÇáËÇäíÉ : ÅÐÇ ßÇä íÊæÞÝ ÈÚÏ Èæáå æáæ ÈÚÏ ÚÔÑ ÏÞÇÆÞ Ãæ ÑÈÚ ÓÇÚÉ : ÝåÐÇ íäÊÙÑ ÍÊì íÊæÞÝ Ëã íÊæÖà æíÕáøöí ¡ æáæ ÝÇÊÊå ÕáÇÉ
Kedua : Jika ia berhenti selepas membuang air kecil, atau 10 minit, atau suku jam lepas itu, maka dia hendaklah tunggu sehingga ia berhenti, maka ambil wudhu' dan solat, walaupun tertinggal solat berjemaah" -[As'ilah al-Baab al-Maftooh, Soalan:17, no. 67.]

Berkata Al-Bahooti :

(æÇáãÓÊÍÇÖÉ æäÍæåÇ) ããä Èå ÓáÓ Èæá Ãæ ãÐí Ãæ ÑíÍ . . . (ÊÊæÖà áÜ) ÏÎæá (æÞÊ ßá ÕáÇÉ) Åä ÎÑÌ ÔíÁ (æÊÕáí) ãÇ ÏÇã ÇáæÞÊ (ÝÑæÖÇ æäæÇÝá) ¡ ÝÅä áã íÎÑÌ ÔíÁ áã íÌÈ ÇáæÖæÁ
"bagi wanita yang mengalami istihaadah dan bagi mereka yang mengalami keluarnya mazi yang berterusan atau angin.... hendaklah mengambil wudhu' apabila masuk waktu (setiap kali solat), jika sesuatu keluar, dia hendaklah terus melakukan solat fardu dan sunat sepanjang waktu solat tersebut, jika tidak keluar sesuatu maka tidak perlu mengambil wudhu' lagi" - [Al-Rawd al-Murabba', ms57].

Akhir kata, kami memetik kata-kata Sheikh Abdul karim Al-Khudri :-

ÓáÓ ÇáÈæá æãÇ Ýí Íßãå ããÇ íÎÑÌ ãä ÇáÓÈíá ÈÏæä ÅÑÇÏÉ ¡ æáÇ íãßä ÇáÊÍßã Ýíå áÇ íáÊÝÊ Åáíå ¡ Èá íÕáí ÇáÅäÓÇä Úáì ÍÓÈ ÍÇáå æáæ ÎÑÌ åÐÇ ÇáÓÇÆá ÃËäÇÁ ÇáÕáÇÉ ááãÔÞÉ æÇáÍÑÌ Ýí ÇáÅÓÊäÒÇå ãäå ¡ ÞÇá ÊÚÇáì : ( æãÇ ÌÚá Úáíßã Ýí ÇáÏíä ãä ÍÑÌ ) ¡ áßä Åä ÎÔí ÊáæíË ÈÏäå æËíÇÈå ¡ áÝøóå ( ÃÚäí ÝÑÌå ) ÈãäÇÏíá æÔÈååÇ ¡ æíÕáí ÈÚÏ æÖæÆå ¡ æáÇ íáÊÝÊ Åáì Ãí ÎÇÑÌ áÇ íãßä Ãä íÊÍßã Èå ¡ æåÐÇ ãÑÖ ÚÇÏí ¡ æãäÊÔÑ ßËíÑÇ ð ¡ æáíÓ ãä ÕäÚ ÇáÌä ¡ æáÇ ÈÓÈÈåã æÇáØåÇÑÉ ÖÑæÑÉ Úáíß ÊÌÏíÏåÇ áßá ÕáÇÉ ( ÝÑíÖÉ ) .
"Tidak lawas kencing (Urinary incontinence) dan kondisi yang sama dengannya dimana cecair dsb keluar secara tidak boleh dikawal merupakan suatu situasi yang tidak perlu diberi tumpuan kepadanya, malah seseorang itu hendaklah melakukan solat menurut situasi tersebut, walaupun cecair itu keluar semasa solat, kerana adalah terlalu sukar untuk mengelakkannya. Firman Allah swt :-

'Dan tidak dijadikan keatas kamu didalam agama sesuatu yang menyusahkan" - [al-Hajj : 78]

Akan tetapi jika anda khuatir bahawa badan atau pakaian akan dikotori, anda hendaklah melapek (eg: bahagian kemaluan) dengan kain atau sebagainya, dan solat setelah berwudhu', dan janganlah diberi tumpuan tentang apa-apa yang datang dari apa yang tidak boleh kita kawal. Ini merupakan penyakit yang biasa, dan bukan disebabkan oleh Syaitan. Tahaarah adalah perlu, anda perlu memperbaharuinya (wudhu') bagi setiap kali melakukan solat wajib" - tamat petikan.

Wallahu'alam. wassalam

خيرالأمين