SJ-03-0016 : Soalan Tambahan Bab Bersuci

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0016 : Soalan Tambahan Bab Bersuci

:salam

Terima kasih Us. Kamin,

Saya ingin sedikit penerangan mengenai jawapan Us. Kamin berkenaan ayat yang berikut:

"Para fuqaha sepakat bahawa menghilangkan najis dengan air, sebab air adalah pokok untuk bersuci. Namun demikian mereka berbeza pendapat tentang menghilangkan najis dengan alat yang lain. Ibn Taimiyah berkata : adapun menghilangkan najis dengan selain dari air terdapat 3 pendapat :-

(a) Tidak boleh - sebagaimana yang disebut oleh Al-Syafie. Ini merupakan salah satu dari pendapat Malik dan Ahmad.
(b) Boleh, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Hanifah. Ini merupakan pendapat kedua dari pendapat Malik dan Ahmad.
(c) Didalam mazhab Ahmad, dibolehkan jika keadaan memerlukan. Sebagaimana penyucian kuching dengan air liurnya atau sucinya anak kecil dengan air liurnya dsb. "

pohon penerangan lanjut dari Us.

wassalam.

Re: SJ-03-0016 : Soalan Tambahan Bab Bersuci

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr assb4558 dengan kadar kemampuan terhad yang ada, Insyaallah.

Keseluruhan jawapan Soalan tersebut seperti yang kami nyatakan diambil dari buku Fiqh Al-Taharah, karangan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Bab yang sdr assb4558 quote kan itu kebetulan adalah kenyataan Syeikh Ibn Taimiyah yang dipetik oleh Syeikh Al-Qaradhawi didalam bukunya itu. Beliau menyebut bahawa ulama' Fiqh telah sepakat bahawa najis boleh dihilangkan dengan air, kerana ia memiliki sifat menyucikan. Namun demikian, Ibn Taimiyah berpendapat bahawa mereka berbeza pendapat mengenai ada benda lain yang boleh menghilangkan kesucian najis.

Ibn Taimiyah telah mendatangkan beberapa dalil, diantara nya ialah :-

- Nabi saw membenarkan istijmar menggunakan batu.
- Begitu juga membersihkan sepasang kasut/sandal dengan debu sebagaimana sabdanya : þËã áíÏáßåãÇ ÈÇáÊÑÇÈ ÝÅä ÇáÊÑÇÈ áåãÇ ØåæÑ / "Kemudian hendaklah dia menggosok-gosokkan dengan debu kerana debu boleh membersihkan kedua-duanya".
- Dan juga hujung baju/seluar/jubah dibersihkan dengan tanah juga :þíØåÑå ãÇÈÚÏåþ / "Ia membersihkan dengan berikutnya".

Kesemua ini dibawa oleh Ibn Taimiyah bagi menunjukkan dalil bahawa terdapat beberapa situasi yang menunjukkan najis boleh dihilangkan dengan benda lain.

Seterusnya Ibn Taimiyah mengambil contoh mengenai pandangan Mazhab Ahmad bahawa kucing menyucikan najis dengan air liurnya. Kata beliau :-

æãäåÇ Þæáå Ýí ÇáåÑþ:þ þ(þÅäåÇ ãä ÇáØæÇÝíä Úáßíã æÇáØæÇÝÇÊþ)þ ãÚ Ãä ÇáåÑ - Ýí ÇáÚÇÏÉ - íÃßá ÇáÝÃÑ¡ æáã íßä åäÇß ÞäÇÉ ÊÑÏ ÚáíåÇ ÊØåÑ ÈåÇ ÃÝæÇååÇ ÈÇáãÇÁ Èá ØåæÑåÇ ÑíÞåÇþ.þ .
"Baginda juga bersabda mengenai kucing : 'Sesungguhnya ia termasuk binatang yang sering dikeliling kamu'. - Bahawa kucing, kebiasaannya makan tikus, dan tidak ada tempat yang kucing dapat membasuhkan mulutnya dengan air. Dia membersihkan mulutnya dengan air".

Mungkin (wallahu'alam) yang dimaksudkan oleh Syeikh al-islam Ibn Taimiyah ialah, walaupun kucing mungkin memakan tikus dsb, namun kenajisan itu dibersihkan dengan air liurnya. Kucing, apabila ia menjilat/minum dari bejana air, sifat air yang menyuci itu kekal. Dengan erti kata lain, ia tidak najis. Ini boleh kita lihat dari hadith diatas dengan mengambil matannya yang awal: dari Kabshah bt Ka'ab ibn Maalik,

Ãä ÃÈÇ ÞÊÇÏÉ – æÇáÏ ÒæÌåÇ - ÏÎá ÚáíåÇ ÝÓßÈÊ áå æÖæÁÇð ÝÌÇÁÊ åÑÉ áÊÔÑÈ ãäå ÝÃÕÛì ÅáíåÇ ÇáÅäÇÁ ÍÊì ÔÑÈÊ ÞÇáÊ ßÈÔÉ : ÝÑÂäí ÃäÙÑ Åáíå ÝÞÇá : ÃÊÚÌÈíä íÇ ÇÈäÉ ÃÎí ¿ ÞÇáÊ : ÞáÊ : äÚã ¡ ÝÞÇá : Åä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÞÇá : áíÓÊ ÈäÌÓ ÅäåÇ ãä ÇáØæÇÝíä Úáíßã æÇáØæÇÝÇÊ "
berkata bahwa Abu Qutaadah (bapa kepada suaminya) meminta kepadanya dan dia menuang air untuk dia mengambil wudhu', lalu seekor kucing datang dan meminum air darinya. Kabshah berkata : "Dia melihat aku memandang kepadanya dan berkata .'Adalah ada mendapatinya pelik, wahai anak perempuan kepada saudaraKu?' Aku berkata : YA. Dia berkata 'Rasulullah saw bersabda :'Mereka (kucing) bukanlah najis, bahkan mereka adalah bintang yang sering dikeliling kamu". " -[diriwayatkan oleh al-Tirmudzi #92, al-Nasaa'i #68, Abui Daud #75, Ibn Majah #367, dikelaskan sahih oleh al-Albani. Ibn Hajar meriwayatkan didalam al-Talkhis bahawa al-Bukhaari mengkelaskan sebagai sahih].

Insyaallah, diruang dan ilmu yang terbatas ini, demikianlah serba sedikit penjelasan mengenai pandangan (Ijtihad) Syiekh Al-Islam Ibu Taimiyah yang dipetik oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam buku Fiqh Al-Taharahnya. WA.

Wassalam
===============
1. Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah. (susunan Abdul Rahman bin Mohammad bin Qaasim) Majmu' Fatawa - 21. Mekah : Maktabah Hukumah, 1969. ms 474-475.

خيرالأمين