Sumber Rujukan Islam Anda..
Apakah hukumnya menggunakan air mutlak untuk aktiviti seperti membasuh pakaian, beristinjak dan mandi. Mengapakah ia dihukumkan demikian?
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Taharah (bersuci) dari hadas dan najis adalah wajib.
Bersuci dari hadas kecil dengan berwuduk. Dari hadas besar dengan mandi wajib. Dari najis dengan basuhan.
Semuanya itu wajib menggunakan air mutlak. Dalilnya sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Rusyd al-hafid di dalam bidayatul
mujtahid:
Ruj: http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=231&CID=2#s2
Ayat pertama: Dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu (Al-Anfal: 11)
Ayat kedua: kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci)
Pada ayat pertama Allah menyatakan Dia menurunkan hujan (air) untuk digunakan untuk bersuci. Ayat kedua pula, jika tidak
memperoleh air, hendaklah bertayammum dengan tanah yang suci.
Air yang dimaksudkan di sini sudah tentu air mutlak, iaitu semata-mata air yang tidak dikaitkan dengan satu nama lain.
Air mutlak bersifat suci dan dapat menyucikan (thahuriah). Para ulama berselisih pendapat tentang thahuriah-nya apabila air
mutlak itu bercampur dengan suatu benda lain, samada benda itu suci ataupun najis.. Ini dapat kita perolehi dalam kitab2
feqh.
Wallahu a'lam
zain y.s
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Taharah (bersuci) dari hadas dan najis adalah wajib.
Bersuci dari hadas kecil dengan berwuduk. Dari hadas besar dengan mandi wajib. Dari najis dengan basuhan.
Semuanya itu wajib menggunakan air mutlak. Dalilnya sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Rusyd al-hafid di dalam bidayatul
mujtahid:
æÇáÃÕá Ýí æÌæÈ ÇáØåÇÑÉ ÈÇáãíÇå Þæáå ÊÚÇáì þ{þæíäÒá Úáíßã ãä ÇáÓãÇÁ ãÇÁÇ áíØåÑßã Èåþ}þ æÞæáå þ{þÝáã ÊÌÏæÇ ãÇÁ ÝÊíããæÇ ÕÚíÏÇ ØíÈÇþ
Ruj: http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=231&CID=2#s2
Ayat pertama:
Dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu (Al-Anfal: 11)
Ayat kedua:
kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci)