SJ-03-0051 : mohon jawapan (maksud 2 kolah)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0051 : mohon jawapan (maksud 2 kolah)

Assalamua'laikum..

saya ada 3 soalan disini.harap jawapan dari moderators and org2 cerdik pandai

1)apakah maksud 2 kolah..adakah bersamaan dgn 60cm lebar x 60cm panjang x 60cm dalam? dgn sukatan apa perkara ini diterangkan oleh nabi?

2)di kolah-kolah masjid, selalunya terdapat mendakan hitam apabila x dicuci selalu (selalunya najis2 cicak, najis2 tikus, tanah, mineral dll)
sucikan air tersebut digunakan utk bersuci ? selalunya jika mendakan tersebut x di gangu, ianya x merubah bau, rasa dan warna air dlm kolah tersebut.tapi bilamana mendakan tersebut hancur, ianya cukup utk merubah warna air tersebut..

3) adakah sah mandi hadas jika kita masuk ke dalam kolah di bilik air rumah kita ( melebihi sedikit dari dua kolah) dimana air tak mengalir berterusan daripadanya?

sekian,terima kasih

SJ-03-0051 : mohon jawapan (maksud 2 kolah)

:wassalam
alJawab:

1. Dua kullah atau Qullatain adalah sukatan zaman silam. Tak ada lagi orang yg tahu akan sukatan qullah ni. kerana 1 qullah sama dgn 250 rithl.
Maka 2 qullah = 500 rithl. Prof Dr Hasbi Siddiqiey menukar 500 rithl itu ke dalam sistem metric bersamaan dgn apa yang anda katakan 60cmX60cmX60cm bersamaan 216 liter. Sukatan ini tidak dijelaskan oleh Nabi saw cuma baginda menyebut dua qullah dan sukatan dua qullah itu adalah sukatan lama dan tidak ada orang yang betul-betul tahu sukatannya (Ibn Qayyim, Tahzib Sunan Abu Daud)

2. Sepatutnya sistem kolahitu dihapuskan dan diganti dgn sistem paip air sepenuhnya. jika masjid ingin mengekalkan sistem takungan air dua qullah, maka ia kekal seperti apa yang diputuskan dalam madzhab Syafi'iy, bahawa ia tidak dapat dinajiskan oleh apapun. namun menjadi tanggungjawab AJK mesjid memastikan kolah itu dibasuh secara berjadual untuk membuang klodak dan lumut di dasar kolah.

3. Air yg ditakung dalam kolah di rumah itu bukan untuk dimasuki dan berendam di dalamnya. Ini kerana ia akan menjijikkan pengguna yang lain, Cara penggunaan kolah mandian itu ialah menggunakan cebok. Jika anda bercadang berendam dalam kolah itu, ia adalah sah. Tapi nasihat kami, gunakan gayung.