icon_salam
sy suka kucing. sy bela kucing. kucing sy sgt cantik. pada suatu hari, anak kucing sy kencing di atas karpet. anak kucing yg masih menyusu dgn mak beliau. bkn emak kucing yg kencing. sy pun lap dgn kain buruk sebnyk 3X bilasan air paip yg bersih lagi membersihkan.
persoalannya skang, adakah sah solat sy jika sy solat di atas karpet tersebut dgn beralaskan sejadah sy yg cantik?
icon_ilal
salam,
alJawab...
aik, macam dok berlatih karangan bahasa melayu aje...
Kami pun tak mengerti kenapa anda kemukakan soalan ini kerana telah melakukan operasi taharah dengan sempurna tapi masih bertanyakan kepada kami.
1. anda telah iktiraf bahawa air kencing anak kuching adalah najis. Syara' pun setuju bahawa kencing bayi kucing adalah najis.
2. anda telah melakukan operasi taharah dengan baik dan sempurna kepada carpet anda, lap, basuh pun 3X dan anda telah berpuashati bahawa najis telahpun hilang.
3. kemudian bila solat, anda lapik pulak sejadah atas karpet. Maka tak ada apa-apa isu dan permasalahan fiqih taharah dalam kes ini. Semua beres dan teruskan begitu.
sekian