SJ-03-0084 : Perantara najis berat?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0084 : Perantara najis berat?

:salam

minta maaf,soalan ini agak remeh-temeh dilihat,tapi memberi byk kesan kat diri ana..

utk pengetahuan para ahli panel fiqh,ana ada pelihara seekor anak kucing selama ini. anak kucing ini dikurung dlm bilik mcm setor,tapi disediakan tmpt buang hajat dan makan minum lah.. maklum lah kalau tak kurung 2,nanti akan digigit anjing2 kat sini. sebab kawasan perumahan kami,majoriti anjing2 peliharaan termasuk jiran ana.

ana sibuk dgn urusan2 kerja ana.. jadi,kadang2 itu,ibu ana(bukan muslim) lepaskan anak kucing itu utk bersiar-siar kat luar bilik.. takkan asyik nak kurung 24 jam dlm bilik je,kan.. anak kucing ni nakal juga kadang2,sebab anak kucing ni takut juga dgn anjing2 jiran ana,tapi nak mendekati juga anjing2 itu.. di sini,timbul lah masalah yg fobia juga.

walaupun antara rmh kami dgn rmh jiran dipagari,tapi mana tau air liur anjing/salakan anjing itu terkena kat anak kucing ana semasa anak kucing itu mendekati anjing2 tersebut.. perkara ini,ibu ana ada bagitau pasal anak kucing itu mendekati dgn anjing2 itu..

sebelum ini,ana suka membelai-belai dan main2 dgn anak kucing ini,tapi sejak ana tau pasal itu,ana tak berani lagi nak sentuh dgn anak kucing itu,juga tidak benarkan anak kucing itu mendekati ana. skrg,ana layan anak kucing ni mcm dingin dan zalim sikit pula. sebab ana bimbang sgt dgn najis berat anjing yg ada pada anak kucing.. mungkin ini sangkaan ana je,blh jadi betul atau salah,tapi ana takut lah terkena najis berat ni melalui perantara anak kucing ana..

macamana ni ya? apakah dlm bab ini,cuma yg direct dari air liur anjing,baru diambil kira itu najis berat? soalan tambahan,macamana juga ya kita berdepan dgn org2 yg memelihara anjing2? apakah kita perlu menjauhi org2 yg memelihara anjing2? apakah kita tak blh tersentuh atau bersalam tangan dgn mereka? persoalan2 ini masih bermain2 dlm fikiran ana..

Jazaka Allahu Khoiron...

SJ-03-0084 : Perantara najis berat?

:wassalam

al-Jawab:

1. Kucing hukumnya suci. Dalil hadith dari Abu Qatadah, Nabi saw bersabda, kucing itu tidak najis." HR alKhamsah, disahihkan oleh al_termidzi (Fiqh Sunnah, 1/31)

2. Kucing tidak mungkin bernajis hanya berdasar sangkaan (dzaan). Dalam kaedah fiqh, sesuatu yg diyakini tidak dapat digugat oleh keraguan. anak kucing anda menjadi najis jika anda melihat ia dijilat anjing dengan mata kepala anda. Jika ia hanya disalak anjing sahaja, maka tidak ada sebab kenapa ia bernajis kerana nas secara jelas menyebut, jika anjing menjilat bukannya disalak anjing.

3. Orang kafir tidak najis secara zahir. Maksud kenajisan orang kafir ialah najis pemikiran dan kepercayaannya sahaja. Hatta ibu anda yg bertaraf non-muslim juga adalah suci secara zahirnya. Maka tidak perlu anda memikirkan urusan yg ghaib kerana Islam adalah agama yg mudah dan praktikal dan tidak memberatkan umatnya dengan sesuatu yg ia tidak nampak. sekian