SJ-03-0097 : Kulit dan bulu babi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0097 : Kulit dan bulu babi

:salam
hendak bertanya sedikit. babi haram dimakan. Cuma apabila terpegang kulit babi yang telah menjadi jaket, kasut, beg tangan dan sebagainya serta penggunaan berus dari bulu babi (banyak di Malaysia), adakah tangan kita perlu dibasuh.
Keldai juga haram dimakan, tetapi tidak pernah dengar tangan kotor kalau pegang beg tangan kulit keldai.
:wassalam

SJ-03-0097 : Kulit dan bulu babi

:wassalam

al-Jawab (ringkas):

1. Jika tersentuh jaket dan barangan kulit yang diperbuat dari kulit babi.

madzhab syafi'iy: kulit babi walaupun di proses (tanning), ia tidak menjadi suci.
muhaqqiqin (al-Qardhawi): kulit apa pun jika ditanning menjadi suci.
Dalilnya: Muslim (366) dari Ibn Abbas," bila kulit disamak, ia menjadi suci."
Jika menyentuh jaket atau barangan kulit dalam keadaan kering, maka tidak apa-apa, jika menyentuh dalam keadaan basah, maka hendaklah menyucikannya dgn air sahaja tanpa tanah. Ini pendapat dalam madzhab syafi'iy, tapi kalau ikut tarjih Qardhawi, tidak ada apa-apa masalah menyentuh baik dalam keadaan kering atau basah kerana kulit yg sudah di tan, sudah bersih. (Fiqh Thaharah)

2. Jika tersentuh bulu babi
Najis menurut syafi'iyah, tapi suci menurut Jumhur. Kata Ibn Taymiyah, pendapat yg rajih (lebih tepat) ialah sucinya bulu apa pun kerana tidak ada darah yang mengalir di dalamnya (Majmu' fatawa jld 21)

jika anda kekal memegang pendapat syafi'iy, maka hendaklah elakkan menyentuh bulu babi dan jika ia basah, maka menjadi najis, dan kena basuh tangan anda. Tapi madzhab jumhur, tidak ada apa-apa kerana bulu haiwan adalah suci. (Fiqh Taharah)

3. Kulit himar atau keldai lebih ringan hukumnya dari kulit babi. Maka ia tidak releven dibahaskan. sekian WA