SJ-03-0100 : orang kafir najis

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0100 : orang kafir najis

adakah orang kafir itu najis dan adakah kita perlu mengambil wuduk jika bersalam dengan mereka?apakah hukumnya makan satu bekas dengan mereka?

SJ-03-0100 : orang kafir najis

Wa’alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Friman Allah swt :-

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÅöäøóãóÇ ÇáúãõÔúÑößõæäó äóÌóÓñ
dir="ltr">"Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis....." [Surah al-Taubah : 28]

Kenajisan kaum Musyrikin bukanlah najis hissiyah, dan apa yang dijelaskan didalam al-Quran didalam ayat diatas bermaksud ketidak sucian kaum musyrikin terhadap AQIDAH mereka yang mensyirikkan Allah swt.

Berkata Dr Yusuf al-Qaradawi :-

äÌÇÓÉ ÇáãÔÑßíä äÌÇÓÉ ãÚäæíÉ ¡ ÅáÇ Ãäå ÞÏ ÐåÈ ÈÚÖ ÇáÝÞåÇÁ - ãËá ÇáÒíÏíÉ æÇáÙÇåÑíÉ - Åáì Ãä ÇáãÔÑßíä æÇáßÝÇÑ äÌÓæä äÌÇÓÉ ÔÑÚíÉ ÍÓíÉ
dir="ltr"> “Kenajisan orang musyrikin adalah Najis Ma’nawiyah, melainkan ada segelintir fuqaha’, seperti Zaidiyyah dan Zahiriyyah mengatakan orang musyrikin dan kufar adalah najis hissiyah”.

Al-Qaradhawi memetik kata Imam Shaukani rh bahawa apa yang dimaksudkan adalah najis tersebut bukanlah najis hissiyah, bahkan ia adalah najis hukum. Ini bermaksud bahawa aqidah orang-orang kafir ini yang najis, dan bukanlah fizikal badan mereka.

Malah kata al-Qaradhawi didalam riwayat Sahih bahawa Nabi :saw dan para sahabat pernah minum dan mengambil wudhu’ dari bijana orang Musyrikin. Baginda juga makan makanan hidangan orang kafir.

Dr Khaled Muhammad Abdul Kadir, pensyarah Universiti Lebanon menyatakan bahawa adalah dibenarkan lelaki Islam beristerikan ahli kitab, mereka boleh bersentuhan, baik keatas alat-alat perabot ataupun pakaian mereka. Suami juga boleh makan makanan yang disediakan oleh isteri ahli kitab dan boleh menggunakan pinggan, mangkuk dan gelas yang sama. Jelas INI menunjukkan kenajisan mereka bukanlah fizikal badan mereka.

Kesimpulannya, jumhur ulama’ mengatakan maksud orang kafir itu najis adalah kepada aqidah mereka yang tidak suci, dan bukanlah fizika badannya sehinggakan batal wudhu’ jika menyentuh mereka. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين