1)saya membela kucing.saya selalu jugak memegang/membelai kucing selepas mengambil wuduk dan terus solat.adakah batal wuduk saya?atau tidak langsung menjadi kesalahan?
2)sya selalu menyedari di tangan saya terdapat kesan pen@liquid paper semasa menadah tangan untuk berdoa slps tahiyat akhir.adakah batal solat sya ini?dan perlukah mengambil wuduk lain atau sekadar mencuci kesan pen tadi dan meneruskan solat seperti biasa?
di harap cik dpt membantu keraguan sy ini. tq.
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1) Kucing tidak najis, sebagaimana hadis Abu Qatadah r.a.
ÅöäøóåóÇ áóíúÓóÊú ÈöäóÌóÓò ÅöäøóåóÇ ãöäó ÇáØøóæøóÇÝöíäó Úóáóíúßõãú æóÇáØøóæøóÇÝóÇÊö
Maksudnya: Ia (kucing) bukanlah najis. Ia adalah haiwan yang berkeliaran di sekeliling kamu.
Direkod oleh Abu Daud (no: 75), Tirmizi (no: 92) dan Nasaie (no: 68). Dinilai sahih oleh Tirmizi, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, Al-Hakim dll.
2) Permasalahan anggota wudhuk terkena bahan2 seperti dakwat pen, minyak dan lain-lain, sekiranya bahan2 itu jenis tidak telus air seperti cat, lilin, minyak gris, liquid paper, maka tidak sah wudhuk tersebut. Mesti dihilangkan terlebih dahulu. Kerana selagi terdapat bahan2 tersebut pada anggota wudhuk, bererti basuhan anggota itu tidak sempurna.
Nabi SAW pernah memerintahkan sahabat yang tidak meratakan basuhan kaki sekadar satu dirham supaya mengulangi wudhuknya dan solatnya. Direkod oleh Abu Daud (no: 175). Sanadnya dinilai jayyid (baik) oleh Imam Ahmad. (Tanqih al-Tahqiq 1/30).
Tetapi sekiranya ia daripada jenis bahan yang telus air, maka tidak menjejaskan wudhuk. Contohnya dakwat pen, inai, celak dll.
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com