assalammualaikum
saya ingin bertanya
1. saya mandi wajib pd sblh pagi dan yakin telah menyempurnakan semua rukun. keesokannya sewaktu saya sedang istinjak saya terlintas adakah bhgn dubur saya tekena dgn air.saya cuba ulangi apa yang saya buat sewaktu mandi wajib sebelum itu dan selepas itu saya yakin ia telah dibasahi. soalanya adakah perlu saya mandi semula kerana meragui mandi saya yang awal?
2. adakah perasaan was-was atau meragui ibadah yang kita lakukan menyebabkan ibadah itu tidak sah.
terima kasih atas perhatian saudara semua.wasslam
:salam
Kaedah fiqh mengatakan "al-yakin la uzaalu bil-syak" iaitu 'yakin tidak dibatalkan dgn keraguan'. Imam Suyuthi menyebut bhw kaedah ini menjadi 3/4 dr hukum fiqh. Maka berdasarkan kaedah ini, mandi sdr adalah sah. Keraguan tidak boleh memberi apa2 impak ke atas satu2 ibadah yg telah yakin terbina.
Ketahuilah juga bhw was2 itu mainan syaitan. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz g@y@t diatas repons diatas.
Nabi :saw telah memberi 2 tips utama didalam mencegah bisikan (waswas) syaitan ini :-
1. Kembali kepada Allah dengan memohon pertolongan darinya. Firman Allah swt :-
Terdapat banyak sekali hadith2 Nabi :saw mengajar kita berdo'a dan memohon perlindungan Allah dari hasutan2 syaitan, contohnya do'a sebelum masuk tandas, do'a sebelum berjima', do'a semasa berhenti disesuatu tempat. Kesemua do'a2 ini mengajar kita memohon perlindungan Allah swt dari gangguan2 syaitan. Begitu juga dengan bacaan2 al-Mi’wadhatayn seperti : surah al-Falaq dan surah al-Naas.
2. Apabila berlaku waswas tersebut, hendaklah tidak melayannya, dan menyibukkan diri kita melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. Syiekh Ibn Taimiyah rh telah memberi tipsnya didalam kitab Dar’ al-Ta’aarud, 3/318, katanya :-
Beberapa perkara yang lain yang boleh anda lakukan adalah :-
1. Mempelajari amalan2 Islam (terutama ibadat)yang benar datang dari al-Quran dan Sunnah Nabi :saw. Perkara bid'ah yang dilakukan didalam ibadat akan mengundang banyak lagi waswas; contohnya Lafaz Niat, dilakukan berkali2 sebelum melakukan solat, cuba melalukan Niat ketika takbir al-ihram. Dengan mengetahui syarat shahih didalam sesuatu ibadat dapat mempertingkatkan lagi keyakinan didalam ibadat. Contohnya : Aku telah melakukan Solat sepertimana yang dilakukan oleh Nabi :saw, dan syaitan tidak boleh menghasut ibadat solat aku. Syaitan akan kalah dengan ilmu pengetahuan Islam yang tulen, Insyaallah.
2. Mempelajari doa2 khusus dari hadith Nabi :saw yang shahih didalam bab2 memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan.
3. Sentiasa menyibukkan diri kita dengan berzikir kepada Allah swt; dengan kata lain, sentiasa mengingati Allah swt.
4. Sentiasa mendekat diri dengan jemaah dan memilih kawan2 yang alim dan soleh.
5. Sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt.
Demikianlah beberapa tips yang boleh dilakukan agar dapat menghilangkan bisikan syaitan dan mempertingatkan keyakinan kepada Allah swt. :aklam.
wassalam
خيرالأمين