SJ-04-0019 : terjun sungai+niat wuduk=wuduk sah???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0019 : terjun sungai+niat wuduk=wuduk sah???

:salam
ustazoon fadhiloon....boleh tak if kte trjun sungai/kolam air wuduk kalau nk berwuduk...sah ke?mandi wajib sah ke kalau buat cra gini??? :wassalam

SJ-04-0019 : terjun sungai+niat wuduk=wuduk sah???

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Petapa dengan kadar kemampuan yang ada.

Terjun didalam kolam/Sungai/Tub dengan menepati rukun2 mandi wajib (Janaabah), adalah sah Mandinya . Kaifiat wajibnya :-

a. Niat
b. Pastikan semua anggota2 yang zahir mengenai air tersebut.

Dan jika seseorang itu sempat berkumur2 dan memasukkan air kedalam hidung, maka wudhu'nya pun sah juga (tetapi lebih afdal berwudhu' dahulu sebelum mandi). Menurut Syeikh Ibn Utsaimin rh. :-

ÝÅÐÇ ßÇä Úáì ÇáÅäÓÇä ÌäÇÈÉ æÇäÛãÓ Ýí ÈÑßÉ Ãæ Ýí äåÑ Ãæ ãÇ ÃÔÈå Ðáß ¡ æäæì ÈÐáß ÑÝÚ ÇáÌäÇÈÉ æÊãÖãÖ æÇÓÊäÔÞ : ÝÅäå íÑÊÝÚ ÇáÍÏË Úäå ÇáÃÕÛÑ æÇáÃßÈÑ º áÃä Çááå ÊÚÇáì áã íæÌÈ ÚäÏ ÇáÌäÇÈÉ Óæì Ãä äØøóåøóÑ ¡ Ãí : Ãä äóÚõãøó ÌãíÚ ÇáÈÏä ÈÇáãÇÁ ÛÓáÇð ¡ æÅä ßÇä ÇáÃÝÖá Ãä ÇáãÛÊÓá ãä ÇáÌäÇÈÉ íÊæÖà ÃæáÇð º ÍíË ßÇä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÛÓá ÝÑÌå ÈÚÏ Ãä íÛÓá ßÝíå Ëã íÊæÖà æÖæÁå ááÕáÇÉ ¡ Ëã íÝíÖ ÇáãÇÁ Úáì ÑÃÓå ¡ ÝÅÐÇ Ùä Ãäå ÃÑæì ÈÔÑÊå ÃÝÇÖ Úáíå ËáÇË ãÑÇÊ ¡ Ëã íÛÓá ÈÇÞí ÌÓÏå .
"Jika seseorang jubub dan merendamkan dirinya didalam kolam air atau sungai dsb, dengan niat membersihkan diri dari hadas besar (janaabah), dan dia membasuh/berkumur2 mulut dan hidung : maka sesungguhnya dia telah membersihkan dirinya dari hads kecil dan besar! Kerana sesungguhnya kewajpan Allah, hanya diperintahkan kepada kita untuk membersihkan diri kita dari janaabah. iaitu : kita memastikan agar air tersebut sampai kepada semua bahagian2 didalam badan. Akan tetapi adalah lebih afdal (baik) bagi sesiapa yang ingin mandi wajib melakukan wudhu' dahulu, kerana Nabi :saw pernah membasuh kemaluannya setelah membasuh tangan, kemudian dia akan melakukan wudhu' sebagaimana sebelum solat, kemudian dia akan mencurahkan air diatas kepalanya, kemudian apabila dia merasakan air tersebut sampai kepada kulitnya, dia akan menyiram air dikepala sebanyak 3 kali, dan kemudian dia akan membasuh anggota2 yang lain" [Majmu’ Fataawa al-Sheikh Ibn ‘Utsaimin, 11/Soalan #182], WA.

wassalam

خيرالأمين