SJ-04-0029 : S2 - Ajar hal niat pada anak (urgent)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0029 : S2 - Ajar hal niat pada anak (urgent)

Assalammualaikum,
3a. Bagaimana pula dgn niat mandi wajib? Adakah sama hal dgn niat berwudhu dan solat? Adakah keinginan/plan hendak ke toilet nak mandi wajib sudah dikira berniat? atau niat mandi wajib bermula semasa di dlm toilet (nak start take shower/jirus air)?

b. Adakah berdiri sahaja, ready nak take shower/jirus air & tak sebut apa-apa di dlm hati itu sudah dikira berniat? sebab berdiri & ready, kira dah ada plan nak mandi wajib.

c. Adakah sebut simple begini spt soalan S1(no. 2) 'Aku mandi wajib krn Allah' di dlm hati dikira lintasan hati? atau itu dikira bid'ah?

Harap ustaz beri jawapan secepat mungkin. Terima kasih.

SJ-04-0029 : S2 - Ajar hal niat pada anak (urgent)

:wassalam

alJawab:

Kesan dari ajaran salah mengenai talaffudz Niyyat (berlafadz Niyat) telah meninggalkan kesa psikologi yang amat mendalam dalam jiwa umat Islam nusantara.
Lambakan kitab-kitab fardhu 'Ain, Perukukan dan kitab2 Jawi di pasaran buku tanahair terus menekankan teknik ''usyalli' dan ini terus menghantui umat Melayu setiap kali mereka ingin memulakan ibadah. Kita akui kesan saikologi ajaran salah ini memang berkesan sebagaimana umat Melayu amat takut kepada polong, hantu, pontianak dan langsuir setiap kali tiba malam atau melintasi kawasan yg dilabel sebagai 'keras'.

3a. Persoalan Niat ni sama saja, tak kira mandi wajib, solat, wudhu', puasa atau Haji. Semuanya bila kita ikhlas dan melakukan dengan sedar dan sengaja. Lintasan ini mandi wajib dan bukannya mandian menyegarkan badan sudah memadai.

3b. Bahkan bila kita capai tuala dan masuk toilet tu dah kira Niat. Sebolehnya kita lakukan sunnah-sunnah mandi wajib sebagaimana mandian RasuluLlah saw. (kita akan bahaskan nanti dalam syarah Fiqh Sunnah akan kaifiyatnya Mandi wajib Cara Nabawi)

3c. Apa saja bentuk susunan secara lafadz adalah bid'ah kerana itu semua kesan dari ajaran salah yang amat menekankan lafadz, sedangkan ajaran salaf menekankan keikhlasan dan kesengajaan sahaja.

Ruj:
1. I'lam alMuwaqqi'in oleh alhafidz alFaqih Ibn Qayyim
2. Dr Yusof Abdullah alQaradawi, Fiqh Taharah
3. alSayyid Sabiq, Fiqh Sunnah

sekian