SJ-04-0039 : luka masa solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0039 : luka masa solat

:salam:

ustaz,

saya ada satu kemuskilan yg kecik tapi agak menganggu benak hati dan emosi saya. Ia pasal luka. Okeh ceritanya macam ini. Saya ada luka dan telah kering dan berkeruping. Tapi sebagai contoh, time tunggu solat, saya ada tergaru kaki dan keruping itu terkopek. Tup2 masa solat baru saya ternampak dekat kaki mcm ada keluar darah sket dari keruping tersebut, adakah ini membatalkan wudho lantas solat saya?

terima kasih di dahulukan kepada panel.

wassalam.

SJ-04-0039 : luka masa solat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan penjejak_badai dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Imam Nawawi rh. berkata didalam al-Majmu' bahawa tidak ada dalil yang mengatakan bahawa pendarahan (bleeding) membatalkan wudhu'. Begitu juga pandangan Syiekh Ibn Sa'di rh yang menyebut bahawa pendarahan samada sedikit atau banyak, tidak terdapatnya dalil ia membatalkan wudhu'.

Didalam sebuah riwayat, al-Hassan mengatakan :

ãÇ ÒÇá ÇáãÓáãæä íÕáæä Ýí ÌÑÇÍÇÊåã
dir="ltr">"Orang Islam masih bersolat walaupun mereka luka" [hadith Riwayat al-Bukhari].

Di riwayatkan juga bahawa Ibn Umar memicit jerawatnya sehingga berdarah akan tetapi tidak memperbaharui wudhu'nya.

Begitu juga al-Hafiz didalam al-Fath al-Bari (1/281) meriwayatkan bahawa Umar al-Khattab ra. bersolat walaupun darah sedang mengalir darinya.

'Ibbad ibn Bishr ditusuk panah semasa solat, akan tetapi beliau masih meneruskan solat (Rwiayat Abu Daud, Ibn Khuzaimah dan al-Bukhari).

Kesimpulannya : luka yang berdarah tidak membatalkan wudhu' dan solat. WA.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين