SJ-04-0055 : Sambungan Wuduk - SJ-04-0053

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0055 : Sambungan Wuduk - SJ-04-0053

Salam,

Terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana Ust Abu Umair telah menjelaskan soalan yang diajukan di http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33588&sid=d90f77afdf3296a451b7d79a29d00ebe

Kesimpulannya, saya boleh berwuduk cara mazhab Syafie dan bila tersentuh kulit dengan isteri, saya masih boleh terus solat. Kerana kata Imam Syafie: " Apabila sahih sesuatu hadis maka itulah mazhabku".

Mohon izin untuk menanya soalan-soalan seterusnya.
1. Bolehkah saya ajarkan hal ini kepada anak saya nanti TAPI bila mereka telah berumahtangga nanti, kerana di usia bangku sekolah mungkin akan timbul masalah celaruan pendapat.

2. Bagaimanakah saya boleh meyakinkan isteri saya dengan berwudukkan mz. Syafie dan tersentuh kulit dengannya, wuduk saya tak terbatal. Saya telah cuba bincangkan masalah ini dengannya dan selalunya berakhir dengan perselisihan pendapat dan emosi. Dia suruh memastikan yang jawapan saya beri itu adalah dari seorang pakar kalau tidak tak boleh pakai jawapan itu. Yang menjadi masalah agak besar, isteri saya ni seorang ustazah dan saya rasa dia terlalu berpegang kepada apa yang telah diajar dan mengajar kepada murid-muridnya.

3. Kenapakah hal ini tidak diperbetulkan kepada umat Islam Melayu di Malaysia yang saya rasa ramai berpendapat seperti isteri saya. Bukan bererti kita akan mengakibatkan wujudnya kumpulan berfahaman mengamalkan mazhab yang senang saja, tetapi untuk kebaikan umat Islam Melayu Malaysia. Bukankah ini telah dibuktikan dalam pembayaran zakat kita.

Maaf saya pohonkan sekiranya perkataan saya ini ada yang tersalah atau menyinggung mana-mana pihak.

Terima kasih.

SJ-04-0055 : Sambungan Wuduk - SJ-04-0053

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå
ÃãÇ ÈÚÏ

1- Azam anda untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak anda adalah suatu yang terpuji. Malahan menjadi kewajipan ibu bapa memberikan anak-anak pendidikan yang sahih dan betul.
Walaupun begitu, mestilah berdasarkan tahap pemikiran masing-masing.

Kata Ali bin Abi Talib: Berbicaralah dengan manusia dengan apa yang mereka fahami. Riwayat Bukhari secara taaliq (no: 127).

Ibn Mas'ud berkata: Kamu tidak bercakap dengan satu kumpulan tentang suatu perbicaraan yang tidak dijangkau oleh fikiran mereka, melainkan akan melahirkan fitnah kepada sebahagian mereka. Riwayat Muslim dalam Muqaddimah Sahihnya (m/s 10).

Oleh itu, dalam suasana pengajian formal di Malaysia yang bermazhab Syafie, biarkanlah anak-anak mempelajarinya sebagai asas memahami feqah secara tersusun.
Dalam pada itu, anda berperanan menyuntik fikrah dan manhaj yang betul dalam amalan ibadah. Ingat, mulakan dengan perkara asas, bukan perkara cabang.

2- Oleh kerana perkara ini adalah masalah khilafiyyah fiqhiyyah, maka setiap orang berhak memilih pendapat yang diyakini benar, daripada sumber yang dipercayai. Walaubagaimanapun, dalam bab 'menyebar ilmu', anda boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk memberi kefahaman kepada keluarga anda. Selain berbincang secara langsung, boleh diperdengarkan cd/kaset kuliah ustaz2 yang dihormati dan dipercayai oleh mereka. Ataupun, dengan cara memberi bahan bacaan yg ditulis oleh tokoh yang dihormatinya.

3- Wujud usaha untuk memberi fahaman yang sahih kepada masyarakat, cuma dahulu kita kekurangan tenaga, dan tiada tempat dalam media perdana.
Tetapi usaha seperti ini, mestilah berterusan dengan manhaj yg sahih iaitu mengamalkan feqah berdalil, bukannya mengamalkan feqah taisir (memudahkan). Kerana dasar 'mudah' sebenarnya sudah ada dalam syariat jika dilaksanakan dengan betul.