:salam
setakat pembacaan sy ade ke perkara2 yg membatalkan mandi wajib ?
sebagai cth katela td die menyiang ikan pastu die mandi wajib .
mase nk solat tu baru sedar ade sisik ikan kat tgn dll . ape yg perlu die buat ?
or dah selesai solat , kena ulang solat ke ? tq
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Maksud soalan ini adalah merujuk kepada keadaan mandi wajib yang tidak sempurna; misalnya terdapat benda yang menjad penghalang kepada air.
Didalam isu ini, jika seseorang itu sudah selesai menunaikan solat, maka hendaklah dia menyempurnakan mandi wajib tersebut dan mengulangi solatnya.
Perkara yang diperselisihkan disini adalah : perlukan seseorang itu mengulangi mandi wajibnya atau Cuma membasuh tempat yang tidak dilalui sahaja. Ini merupakan persoalan ‘berturut-turut’ tanpa ada gap masa. Jumhur mengatakan bahawa Tertib dan Berturutam bukanlah syarat wajib mandi janaabah.
a. Ada dikalangan yang berpandangan bahawa berturutan itu wajib didalam mandi wajib, seperti Layth, beberapa pandangan Imam Ahmad dan segelintir ulama’ Mazhab Syafie.
b. Jumhur ulama’ berpandangan bahawa tidak perlu mengulangi mandi tersebut, memadai dengan membasahkan tempat yang terhalang air. Diantara dalilnya adalah Ibn Abbas ra. pernah berkata berkenaan dengan seseorang yang lupa berkumur2 dan memasukkan air kedalam hidungnya semasa madi wajib (janaabah) dan telah bersolat, katanya : hendaklah dia berkumur2 dan memasukkan air kedalam hidung, dan mengulangi solatnya [Riwayat Sa’ed didalam Sunannya).
Menurut Imam Syafie pula : jika seseorang itu tertinggal satu bahagian pada badannya, samada besar atau kecil, lalu dia bersolat, hendaklah dia membasuh bahagian yang di tertinggal dan mengulangi solat setelah membasuhnya (al-Umm, 2/88).
Menurut Ensaiklopedia Feqh :-
Kesimpulannya ialah seseorang yang tidak sempurna mandinya perlu mengulangi solatmya kerana dianggap masih tidak suci lagi. Ulama’ khilaf; apakah perlu mandi semula atau basuh bahagian anggota yang tidak terkena air ketika mandi. Jumhur mengatakan Cuma perlu dibasuh bahagian yang tertinggal sahaja. Dalam istilah ini, bukan batal mandi, tetapi mandi tidak sempurna. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين