SJ-04-0113 : Basuh celah kuku semasa mandi wajib

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0113 : Basuh celah kuku semasa mandi wajib

Assalamualaikum ustaz,

bagaimanakah cara untuk meratakan air ke bawah kuku semasa mandi wajib? sekiranyanya kuku tidak berapa panjang, adakah memadai dengan menjirus air ke atas kuku atau kena belek2 kuku supaya air dapat lalu ke bawahnya?

Terima kasih.

Re: Basuh celah kuku semasa mandi wajib

:salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Apa yang penting dalam mandi wajib ialah meratakan air keseluruh anggota badan.Terpulanglah kepada saudara/i untuk melakukan cara yang bagaimana supaya dapat melalui / sampai keseluruh tubuh badan semasa mandi wajib.Apabila diyakini bahawa air telah sampai / melalui dibawah celahan kuku tanpa sebarang syak wasangka , maka mandi saudara/i tersebut adalah sah.

Kebiasaannya , apabila kuku tidak panjang ,maka air yang lalu diatas kuku tersebut akan mengenai bahagian anggota dibawah kuku itu juga ketika mandi.

Wa Allahu A'alam

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com