Saya ada sedikit kemusykilan dan ingin bertanyakan kpd Panel² Feqh..
saya br jer berkahwin,pertanyaan saya disini ialah perlu ke saya & isteri mandi wajib jika saya hanya menekan kepala zakar ke bibir faraj shj tanpa menyalur kedalamnya..?
Amat bagus jika ada dalil untuk rujukan..
Sekian, wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-04-0117 : kene mandi wajib ke kalau...
Primary tabs
Wed, 23/12/2009 - 4:08pm
#1
SJ-04-0117 : kene mandi wajib ke kalau...
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
Wajib mandi ialah apabila berlaku jimak walaupun tanpa keluar mani. Jimak yang dimaksudkan ialah apabila kepala zakar (hasyafah) masuk ke dalam faraj. Kerana berdasarkan hadis sahih:
إذا جلس بين شعبها الأربع ومس الختان الختان فقد وجب الغسل
"Apabila dia duduk antara empat anggota isteri (dua tangan dan dua kaki), dan tempat khitan (lelaki) menyentuh tempat khitan (wanita), maka wajib mandi". (Sahih Muslim no: 349).
Kata Imam Nawawi, "Maksudnya apabila anda memasukkan zakar anda ke farajnya, bukan dengan menyentuh sebenar-benarnya. Kerana tempat khitan wanita terletak di bahagian atas faraj, dan ia tidak tersentuh oleh zakar ketika jimak". (Syarah Sahih Muslim 4/42)
Terdapat lafaz hadis yang jelas menunjukkan bahawa mandi hanya wajib jika hasyafah (kepala zakar) telah masuk ke dalam faraj.
إذا التقى الختانان وتوارت الحشفة فقد وجب الغسل
"Apabila bertemu dua tempat khitan, dan hasyafah (kepala zakar) telah tersembunyi, maka wajiblah mandi". Direkod oleh Ibn Majah (no: 611).
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com