:salam
Saya ada kemusykilan. Bende nih dah lama saya buat atas nasihat kira-kira sorang ustaz kat kpg saya nih..
Dah dekat bulan posa nih baru saya teringat... dan bersangkutan dgn jawapan tuan kamin dlm satu s.jawap, tak silap saya SJ-05-0008, mengenai waktu semayang tak leh tgk makna Al-fatihah di dinding @ sebagainya lah.. jad mcm nih, ustaz kat kpg saya ckp bole memandang ke Al-Quran kalu nak baca ayat Al-Quran dlm semayang-maksudnya letak Al-Quran atas kerusi ke apa ker, pastu kita baca ayat lepaih Fatihah tu dr Al-Quran, jad kita kena memandang ler Al-Quran tuh...- dan itu dikira memandang ke tempat lain dlm semayang...
Mcm mana tuh?
Dis is very important coz sampai skg saya masih lagi buat camtu...(da problems is kita mmg tak hapai ayat Al-Quran tuh!)
Harap dapat penjelasan...tak kira dr Hadith ker apa ker, @ bole tak org biasa mcm saya nih buat camtu @ org yg lancar dlm bacaan Al-Quran saja yg bole cam tu?
:roll:
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr annahs dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Merujuk kepada jawapan kamin didalam soalan SJ-05-0008 : Boleh Baca Terjemahan Masa Solat Fardhu?, kamin tidak mengatakan 'tidak boleh membaca terjemahan al-Quran dari mushafnya semasa solat" tetapi "tidak digalakkan" oleh kerana ia boleh menghilangkan khusyuk didalam solat. Ada beza perkataan "TIDAK BOLEH" dengan "TIDAK DIGALAKKAN". TIDAK BOLEH, bermakna melakukan sesuatu yang dilarang, manakala TIDAK DIGALAKKAN merujuk kepada kemungkinan ia boleh mengurangkan pahala solat, oleh kerana khusyuk adalah sunat hai'ah didalam solat.
Apa yang digalakkan oleh para ulama' ialah menghadirkan hati (qalb) semasa solat dan bukan membaca terjemahannya. Dengan kata lain, kita mengetahui akan makna ayat tersebut terlebih dahulu sebelum melakukan solat. Menurut Ibn Taimiyah, dikatakan khusyuk ialah :
Kesimpulan yang diambil dari SJ-05-0008 ialah, eloklah dihafal makna ayat didalam surah al-fatihah, lagi pun cuma 7 ayat sahaja , dan amatilah/merasailah didalam minda kita akan makna-maknanya semasa didalam solat sebagaimana yang disebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah.
Berbalik kepada soalan sdr annahs, Bolehkah membaca al-Quran dari Mushafnya didalam solat? Secara ringkasnya, Ulama' berpendapat lebih afdal membaca al-quran dari Mushafnya semasa diluar solat; dan menurut al-Imam al-Nawawi ia merupakan pendapat Mazhab Syafie dan pendapat ulama salaf yang terkenal. Manakala didalam solat, Syiekh Ibn Utsaimin berpendapat lebih afdal membaca al-Quran dari hafalan/ingatannya daripada membaca dari Mushaf (sila lihat fatwa beliau dibawah).
Merujuk /melihat kepada mushaf al-Quran dibolehkan sebagai rujukan kepada ayat-ayat yang terlupa. Ini biasanya dilakukan oleh Imam yang mengimami makmum didalam solat.
=====================
Berkata Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi (membaca al-Quran menggunakan mushaf diluar solat) :-
Bekata Syiekh Ibn Utsaimin (membaca al-Quran menggunakan mushaf didalam solat):-
åÐÇ æÈÚÖ ÇáãÃãæãíä äÔÇåÏåã ÎáÝ ÇáÅãÇã íÍãáæä ÇáãÕÍÝ íÊÇÈÚæä ÞÑÇÁÉ ÇáÅãÇã æåÐÇ ÃãÑ áÇ íäÈÛí áãÇ Ýíå ãä ÇáÃãæÑ ÇáÊí ÐßÑäÇåÇ æáÃäå áÇ ÍÇÌÉ Èåã ÅáÇ Ãä íÊÇÈÚæÇ ÇáÅãÇã .
äÚã áæ ÝÑÖ Ãä ÇáÅãÇã áíÓ ÈÌíÏ ÇáÍÝÙ æÞÇá áÃÍÏ ÇáãÃãæãíä : Õáø æÑÇÆí æÊÇÈÚäí Ýí ÇáãÕÍÝ ÅÐÇ ÃÎØÃÊ ÝÅä åÐÇ áÇ ÈÃÓ Èå .
Kami melihat beberapa orang apabila bersolat dibelakang Imam, membawa Mushaf dan mengikuti bacaan Imam. Ini adalah suatu perkara yang tidak sepatut dilakukan, dengan alasan yang kami sebut diatas, dan juga kerana dia tidak perlu melakukan apa-apa melainkan mengikuti Imam.
Walaubagaimana pun, jika Imam tidak mempunyai ingatan yang baik, dan berkara kepada seorang ahli jemaah, "Solat dibelakangku, dan ikuti bacaanku didalam Mushaf, dan jika aku membuat salah, betulkan ku", maka tidak ada salah melakukan demikian." -tamat petikan --(fataawa Syeikh Ibn Utsaimin, al-Fataawa al-Islamiyyah, 8/4).
--------------------
Diharap pandangan diatas ini jelas. Ia lebih menunjukkan keafdalan (perkara yang diberi keutamaan) dan bukannya perkara larangan. Jika didalam keadaan Imam yang tidak hafal bacaan al-Quran didalam solat, bolehlah beliau menggunakan mushaf untuk membantunya mengkoreksi bacaannya. Wallahu'alam.
wassalam
خيرالأمين