Assalamualaikum,
Di sini saya ingin bertanya sedikit. Boleh tak setiap kali kita mengerjakan sembahyang fadhu dan sembahyang sunat dan sebagainya, kita bayangkan yang kita sembahyang di mekah di hadapan Kaabah atau masjid di sana?? Sah ke sembahyang saya itu??
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr nuraisyah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Adakah sah solat jika membayangkan dia bersolat di Mekah atau di hadapan Ka'bah? Solat tetap sah, kerana ia tidak meninggalkan mana-mana rukun solat atau sebab-sebab yang membatalkan solat i.e. berkata2, pergerakan yang banyak, terdapat najis di pakaian, terbuka aurat, menukar niat, beralih kiblat, ketawa dsb. Cuma ia mencacatkan pahala solah kerana meninggalkan amalan sunnah, iaitu khusyuk. Syiekh Dr Mustafa Khin didalam kitabya Al-Fiqh Al-Manhaji meletakkan khusyuk sebagai sunat ha'iah.
Kenapa perlu membayang-bayangkan Mekah, Ka'bah, Masjid dsb. Bayangan ini akan mengubah penumpuan kita dari menghadirkan hati didalam solat, lalu akan mencacatkan kekhusyukkan solat kita. Makna khusyuk menurut Syeikh Dr Mustafa Khin :
Yang dimaksudkan khusyuk ialah kita merasai setiap ayat yang di baca dan bukan membayang objek-objek yang lain. Hati (qalb) dikehendaki hadir bersama semasa membaca ayat-ayat a-Quran, zikir-zikir dan do'a-do'a. Syeikh Ibn Taimiyah membahagikan usaha khusyuk ini kepada dua :
(1)
(2)
----------
Beberapa Soal-Jawab dibawah ini boleh dijadikan rujukan kepada persoalan khusyuk yang telah kita bincangankan :-
1. SJ-05-0008 : Boleh Baca Terjemahan Masa Solat Fardhu?
url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=23860
2. SJ-05-0009 : Bacaan AlQuran
url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26992
Ada beberapa kaedah yang disarankan oleh ulama'-ulama', diantaranya kami telah sebut didalam Jawapan :SJ-0008.
a. Mengingati bagaimana para salaf bersolat (ÇáÊÃãá Ýí ÍÇá ÇáÓáÝ Ýí ÕáÇÊåã) ini akan menambahkan lagi kekkhusyukan. Apabila Ibn al-Zubair berdiri untuk bersolat, dia seolah-olah bagaikan kayu, berada didalam kekhusyukkannya. Suatu hari semasa beliau sedang sujud diwaktu peluru dari lastik yang besar di lancarkan, dimana Mekah telah di kepong, dan sebahagian pakaiannya koyak semasa bersolat, beliau tidak langsung mengangkatkan kepalanya. Ibn Taimiyah menceritakan :
Sa'd ibn Mu'aaz berkata :
b. Ketahui bahawa Allah swt memberi responnya kepada solat kita. Kita mesti merasakan bahawa kita seolah-oleh berkomunikasi dengan Allah swt semasa didalam solat. Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda :
c.Memikirkan tentang makna ayat tersebut. Tidak ada seorangpun akan memikirkan tentang sesuatu ayat al-Quran melainkan ia mempunyai pengetahuan mengenainya. Ini menunjukkan pelajaran tafsir al-Quran begitu penting didalam penghidupan seorang Islam. Ibn Jareer ra. pernah berkata :
Seperkara lain yang boleh dilakukan ialah berinteraksi dengan ayat al-Quran itu sendiri. Contohnya, jika ayat itu memuji Allah swt, maka kita berzikir 'alhamdulillah', jika ia menceritakan tentang azab; mohon perlindungan dari Allah swt dsb. Didalam sebuah riwayat Hudhaifah ra berkata :
d. Mengingati mati ketika bersolat. Nabi saw bersabda :
Nabi saw juga menasihatkan Abu Ayob ra :
----------
Begitulah serba sedikit mengenai kaedah yang dibawa oleh Nabi saw dan para sahabat agar seseorang itu dapat menghadirkan hatinya ketika solat. Tidak payahlah kita membayang-bayang Ka'bah, atau masjid al-Haram atau mana-mana objek lain semasa didalam solat. Lakukanlah sebagaimana yang dinyatakan diatas moga-moga kita menjadi seorang Islam yang khusyuk didalam solat, sebagaimana firman Allah swt :-
Wallahu'alam, wassalam
خيرالأمين