SJ-05-0066 : Takbir Intiqalah ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0066 : Takbir Intiqalah ?

assalamu'alay-kum

ada dalil sahih kah dlm smayang jemaah di mana ada makmum yg menguatkan bacaan takbir intiqalah sbgmana yg dilakukan di sesetengah masjid di negara terutamanya dlm semayang jumaat?

dan apakah syaratnya? apa relevannya berbuat demikian krn imam sndiri pon bukankah sudah disediakan microphone, jika tidak, logiknya sudah tentu dgn bacaan jahr imam pon tidak kedengaran. kenapa perlunya seorang penguat suara di belakang? (ada yg menceritakan kpd ana gelaran bg penguat suara bgitu ialah "muballigh") adakah skadar ingin mendapat pahala sunat?

pohon komentar.

WA

Re: Takbir Intiqalah ?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Insyaallah kami akan cuba menjawab soalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Memang terdapat dalil Sahih yang dipersetujui oleh semua (mutafaq alaih) imam2 hadith dimana hadith tersebut menceritakan Nabi saw pada sa'at kewafatannya mengimami solat secara duduk, dan Abu Bakar ra. berdiri sebagai makmum dibelakang baginda dan bertindak sebagai mubaligh; menyaringkan bacaan takbirnya agar didengari oleh makmum. Keadaan itu mengambarkan keadaan suara baginda :saw yang lemah dan kemungkinan tidak didengari oleh makmum yang lain.

Mubaligh atau muazzin mengulangi takbir yang dibaca oleh Imam pada asal hukumnya adalah tidak disukai atau suatu amalan yang tidak perlu dilakukan. Tujuan melakukannya menurut Syiekh Abi Ubaidah Masyhur adalah :-

áæÕæá ÇáÕæÊ áÌãíÚ ÇáãÃãæäíä : ÇáÊÈáíÛ Ýí ÇáÕáÇÉ ¡ åæ :ÑÝÚ ÇáãÄÐøäíä ÃÕæÇÊåã ÈÇáÊßÈíÑ ááÅÍÑÇã æÃÐßÇÑ ÇáÇäÊÞÇá áÅöÚáÇã ãä áã íÓãÚ ÕæÊ ÇáÅöãÇã . æáå ÃÕá Ýí ÇáÓäÉ ÈãÇ ßÇä ãä ÕáÇÉ ÑÓæá Çááå r ¡ Ýí ãÑÖ ãæÊå ¡ ÂÎÑ ÌãÇÚÉ ¡ ÅÐ Õáì ÞÇÚÏÇð ¡ æÃÈæ ÈßÑ Ü ÑÖí Çááå Úäå Ü íÈáøÛåã ÊßÈíÑå .
"untuk bagi menyampaikan suara kepada jemaah makmum didalam solat, dengan cara Muazzin mengeraskan suaranya pada Takbir al-Ihram dan Takbir intiqaal bagi memaklumkan kepada makmum yang tidak mendengar suara Imam. Asal perbuatan ini terdapat didalam sunnah tatkala Rasulullah saw menghampiri saat kematiannya, mengimami solat jemaah didalam keadaan baginda duduk dan Abu Bakar ra, menyampaikan (mubaligh) suara beliau". [Qaul Mubin, ms 67].

Ulama2 melihat 2 wajah (hukum) pada perbuatan ini :-

a. Imam2 Mazhab mengatakan bahawa diperbolehkan melakukan mubaligh didalam keadaan yang diperlukan.
b. Jika keadaan tidak memerlukan maka hukumnya adalah Bid'ah yang Mungkar.

Suasana yang diperlukan seumpamanya seperti :-

- Imam yang uzur yang tidak dapat didengar Takbirnya.
- berlakunya power failure atau gangguan elektrik dimana tidak mungkin suara Imam dapat didengari.
- Kedua point diatas ditambah pula dengan struktur dan kawasan masjid yang luas

Bagi Makmum yang lain, adalah sunnah melakukan bacaan, takbir dsb sebagainya secara perlahan (sir) tanpa mengganggu makmum yang lain.

Syiekh Abi Ubaidah Masyhur memetik kenyataan didalam Kitab Sirah al-Halabiyah yang menyebut :

ÇÊÝÞ ÇáÃÆãÉ ÇáÃÑÈÚÉ Úáì Ãä ÇáÊÈáíÛ ÍíäÆÐ Ü Ãí ÚäÏ ÚÏã ÇáÍÇÌÉ Åáíå Ü ÈÏÚÉ ãäßÑÉ ¡ Ãí ãßÑæåÉ ¡ æÃãÇ ÚäÏ ÇáÇÍÊíÇÌ Åáíå ÝãÓÊÍÈ
"Keempat2 Imam Mazhab sepakat bersetuju bahawa ketika tabligh tidak diperlukan, maka hukum melakukan adalah Bid'ah yang Mungkar; iaitu Makruh bagi sesiapa yang melakukannya. Apabila wujudnya keperluan, maka hukum melakukannya adalah mustahab/sunat (digalakkan)".

Seterusnya beliau memetik Kitab Ishlahu al-Masajid min al-Bidaa' wa al-'Awaa'id (ms 144) menyatakan :-

æßã ãä ãÓÌÏ ¡ íßÝíå ÕæÊ ÇáÅöãÇã ¡ æãÚ Ðáß ÝÊÑì æÑÇÁåõ ãÈáøÛÇð ¡ íÒÚÌ ÇáäøÇÓ ÈÕæÊå ¡ æíÔæÔ Úáíåã ÈÕíÍÊå.
"Berapa masjid yang sudah mencukupi dengan suara Imam sahaja, namun demikan masih menggunakan mubaligh bagi menyampaikan suaranya kepada manusia/makmum, dan ini mengganggu mereka2 (makmum) kerana suaranya..." [Qaul Mubin, ms 68].

Kesimpulannya adalah Mubaligh ini hanya diperbolehkan apabila keadaan memerlukan sahaja. Ulama2 amat berhati2 didalam menghukum amalan ini. Ini adalah kerana ada dikalangan muazzin contohnya dizaman Umayyah melagu2kan takbir ini, dan ini merupakan perbuatan yang ditentang oleh ulama2 ketika itu (Sharh Fath Qadir 1/370-371). Bagi mengelakkan mengadakan amalan mubaligh yang melampau2 ini, maka penggunaannya perlulah digunakan kepada situasi yang memerlukan sahaja, lebih2 lagi sekarang ini masjid2 sudah dilengkapi dengan alat audio yang canggih. :aklam

wassalam
=======
Rujukan :

1. Abu 'Ubaidah Masyhur bin Hasan bin Mahmud bin Salman. al-Qaul al-Mubiin fi Ikhathaa' al-Mushaliin. cet 4. Damsyik : Daar Ibn Qayyim, 1996. ms 382-393.

2. Muhammad Sideq al-Minsyawi. Ikhtaau al-Mushaliin. Daar al-Fadhilah, 1996. ms 67-68.

خيرالأمين